Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 808 articles
Browse latest View live

Nasi Kunyit

$
0
0

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi koleksi resepi pilihan ita iaitu Nasi Kunyit.




Sebagaimana yang kita sedia makhlum, kunyit adalah antara bahan yang banyak kegunaannya di dalam bidang tradisional bermula sejak 2,500 tahun dahulu. Walaupun kunyit atau lebih di kenali sebagai curcumin terkenal dalam masakan, rempah tersebut juga telah memperlihatkan sifat perubatannya sejak berabad lamanya.

Kunyit terkenal kerana keupayaannya di dalam pencegahan banyak penyakit. Penyelidikkan menunjukkan kunyit boleh di gunakan untuk mencegah penyakit seperti cancer kolorektum, Alzheimer, Arthritis dan ganguan kulit

Rujukan : Pancasihat 13. 07. 2014


Hari ini sekali lagi ita kongsikan resepi sentuhan air tangan Pak Engku. Resepi hasil rujukan ita daripada buku masakkan beliau Resepi Kenduri Khawin.

Cara masakan nasi yang sangat mudah, dengan ramuan yang cukup minima. Tidak sangka ia menghasilkan nasi yang wangi aromanya, sedap pulak tu... dan enak pula rasanya.

Nasi ini menurut Pak Engku enak di gandingkan bersama sambal sotong, udang, ayam goreng dan sebagainya. Ita pula gandingkan bersama lauk Ayam masak hijau yang akan ita kongsikan resepinya kemudian.

Sukatan resepi Pak Engku adalah dalam sukatan yang besar dan ita dah kurangkan sukatan mengikut jumlah untuk hidangan ita 3 beranak sahaja



NASI KUNYIT
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

3 cawan beras wangi ~ cuci dan toskan airnya
2 helai daun pandan ~ di simpul
100 ml santan pekat
3 cawan air ( sukatan air bergantung pada beras, sukatan sama macam masak nasi biasa)
1 inc kunyit hidup ~ di kisar dan ambil jusnya sahaja
2 batang serai ~ di titik
2 inc Halia ~ di titik atau di hiris kasar


Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan
Kemudian masukkan santan dan jus kunyit
Masukkan juga daun pandan, serai dan halia
Perasakan dengan garam dan biarkan ia mendidih

Di dalam peruk nasi pula, letakkan beras yang telah di cuci bersih dan telah di toskan airnya
Kemudian curahkan santan kunyit yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi.
Tanak nasi seperti biasa hingga masak sempurna
Sedia di hidangkan dengan lauk - pauk pilihan




Kuih Jongkong Mangkuk yang marvelous..!

$
0
0

Kuih Jongkong adalah kuih yang cukup popular di kampung ita. Kuih tradisional yang tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas....
Tapi kebiasannya ianya di bungkus di dalam daun pisang. Cara membungkusnya pula lebih kurang sama dengan cara membungkus tapai.

Kalau di Pontian, selalunya dan kebiasannya mereka menjual kuih jongkong ini sebagai pemanis mulut di waktu pagi atau juga sebagai hidangan untuk minum petang. Kebiasannya juga kuih ini berwarna putih dan terdapat gula Melaka yang mencair di tengahnya. Rasanya memang cukup creamy dan enak bangat...





Masa ita kecik-kecik dulu ita selalu juga tanya dengan emak kenapa kuih ini di berikan nama kuih jongkong. Emak membuka pembalut bungkusan dan menunjukkan bentuk kuih yang seakan bentuk jongkong. Kata emak itulah sebabnya gelaran itu di berikan kepada kuih tradisional ini.

Kesan arus pembangunan yang pesat dan kesukaraan untuk mendapatkan bekalan daun pisang, mungkin juga turut mengubah nasib kuih tradisional kita. Kini kebanyakkan kuih tradisional telah di berikan sentuhan moden selaras dengan era moden kini.

Ianya di katakan lebih ringkas, mudah dan lebih bersih.


Suami ita memang cukup mengemari kuih tradisional Melayu lebih-lebih lagi yang lembut dan manis. Cuma ita aje yang kurang berminat nak buat.. bukannya apa.. bila ita buat banyak pula dia makan.. hihi kuih ni kan manis lagi pula menggunakan santan.. ita bimbang akan kesannya pada kesihatan beliau.. kalau ikut selera dia.. mana boleh di tahan-tahan..

Sebagai isteri, tugas kita bukan sahaja memasak, tapi kita juga kena pastikan apa yang kita masak itu adalah terbaik untuk kesihatan seisi keluarga.


Hari ini ita akan kongsikan kuih jongkong versi moden, Kuih Jongkong Mangkuk. Namanya pula pasti sealiran dengan cara penyediaannya di dalam mangkuk kecil yang comel. Resepi oleh perkongsian Kak Fida di My Resepi. Sedap tau kuih jongkong mangkuk ni.. kalau anda peminat kuih tradisional.. anda harus mencuba!

Sukatan dari Kak Fida agak banyak untuk ita sekeluarga. Ita kurangkan dan buat 1/2 daripada adunan sahaja. 



KUIH JONGKONG MANGKUK
Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan : My Resepi


Mula-mula kita sediakan bekas kecil atau mangkuk kecil. Boleh juga guna bekas dadih yang comel tu.
Potong Gula Melaka kecil-kecil dan letakkan di dasar mangkuk atau cawan kecil. Tekan-tekan sedikit bagi padat.
Selain gula Melaka anda boleh juga menggunakan gula timbang atau gula merah

Adunan Hijau

1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu
5 cawan santan cair  (100ml KARA campur dengan air jadikan 5 cawan)
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur


Satukan semua bahan dan kemudian tapis. masukkan di dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat.


Masukkan adunan hijau tadi ke dalam mangkuk atau cawan yang telah di letakkan gula Melaka tadi dan ratakan.


Kemudian di kukus hingga masak lebih kurang 10 minit
Sementara tunggu ia masak kita sediakan adunan kuningnya pula

Adunan Kuning

1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu
5 cawan santan pekat ( 400 ml santan KARA campur dengan air jadikan 5 cawan)
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning


Sama juga seperti lapisan hijau, satukan semua bahan dan kemudian tapis. Masukkan di dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat.


Tuang atas lapisaan hijau dan kukus semula hingga masak. Lebih kurang 15 minit hingga 20 minit.
Dah siap bolehlah di hidangkan ketikan masih hangat atau boleh juga di dinginkan di dalam peti ais.


Waaa.... banyaknya dapat...
Sedapnya lah.. tak sabar nak ngap!





Ayam Masak Hijau

$
0
0

Ada yang panggil ayam masak hijau dan ada juga yang mengelarnya ayam sambal hijau. Antara kedua-duanya tak banyak beza dan masing-masing menggunakan ramuan yang sama.

Resepi yang agak mudah, ringkas dan cepat penyediaannya. Tak banyak bahan yang kita perlukan di dalam menyiapkan hidangan ini.

Sebetulnya ita tidak berkesempatan untuk ke pasar minggu ini kerana ita sedikit sibuk menguruskan anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan. Jadi ita masak mana yang ada di dalam peti ais aje..



Kebetulan ada lagi ayam yang ita beli kemarin.. dan banyak pula cili hijau dalam peti ais baki ita buat jeruk cili hari itu..
Ita pun ambil keputusan untuk masak ayam masak hijau dan di lawankan dengan nasi Kunyit yang ita sediakan di SINI

Alhamdulillah berselera sekali anak-anak dan suami menikmati hidangan tengahari yang ita sediakan.
Kepada yang nak mencuba resepi ringkas ini, ita kongsikan di sini pula


AYAM MASAK HIJAU

1 ekor ayam potong dan cuci bersih
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng hingga keemasan atau 1/2 masak
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga
Daun pandan ~ di simpul
1 batang serai ~ di titik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili hijau


Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan tumisan, daun pandan dan serai hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi cukup rasa jika suka atau boleh juga jika nak tambahkan kiub ayam
Merenihkan sebentar
Masukkan ayam goreng tadi
Gaul rata
Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air
Masak hingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya
Sedia di hidangkan






Talam Jalamas

$
0
0

Talam amat sesuai sebagai hidangan untuk santapan pada waktu pagi atau juga sebagai hidangan minum petang. Jika dahulu talam boleh di kira dengan jari.. tapi kini kemunculan talam moden telah menyemarakkan lagi kuih muih tradisi.
Kata orang tak ada yang lama pasti tak akan adalah yang baru..
Walaupun muncul yang baru bagai cendawan tumbuh lepas hujan.. talam yang lama tetap terpahat di hati..



Hari ini muncul satu lagi talam moden yang popular dengan namanya jala mas. Talam yang di lapisi soon di tengahnya ini melengkapkan lagi koleksi resepi talam yang sedia ada..
Bagi pengemar talam pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya.


Kenapa di berikan namanya jalamas..?
Mungkin warna sson yang keemasan itu yang membuatkan perekanya menamakannya begitu sesuai dengan keunikkannya.

Resepi ini ita ambil dari blog Kak Yah. Terima kasih atas perkongsian..
Kuih talam ita ni ita rasa macam kurang manis, mungkin sebab lapisan coklat ita tu nipis sangat kot. Lain kali ita kena gandakan sikit bahagian coklat tu.

Peringatan ya, bahagian coklat tu untuk bahan A masak gula dan gula merah dengan air, bila dah masak sukat untuk dapatkan sukatan 130 ml kalau tak ia terlalu pekat kerana airnya dah sejat masa kita masak.Kalau nak lebihkan 150 pun ok!

Untuk lapisan putih pula kena kurangkan tepung beras tu, jika tidak adunan akan keras sangat. Ikut macam sukatan kak Yah 80 gm tepung beras dan 60 gm tepung hongkwee

Jika suka manis, bahagian lapisan tengah tu boleh lebihkan sedikit sukatan gula, kerana ia kurang manis pada ita la.. kalau yang tak suka manis sukatan ni dah ngam kot..


TALAM JALAMAS
Resepi dari : Kak Yah


Lapisan coklat

Bahan A
130ml air
125gm gula merah
25gm gula pasir
Masak semua bahan sehingga larut

Bahan B
2 biji telur
90gm tepung beras
40gm tepung gandum
10gm tepung ubi
200ml santan
Perisa pandan
Secubit garam
Pewarna coklat

Satukan semua bahan B dan campur dengan bahan A dan kacau.
Kacau di atas api sehingga naik wap dan sedikit pekat.(bahagikan kepada 2)
Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik dan kukus selama 10 minit.

Lapisan Tengah

Bahan C
115gm tepung beras (kakyah kurangkan 80gm..tepung beras habisss)
20gm tepung hongkwee putih (kakyah tambah menjadi 60gm)
600ml santan ~ 200 ml santan KARA campur air jadikan 600 ml
40gm gula

Bahan D
60gm sohon

Direndam dengan air panas dan dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Bila lembut (rendam 10 minit) guntingkan biar sedikit halus.
Masak bahan C sehingga pekat.
Angkat dari dapur dan campurkan dengan sohoon yang telah direndam.
Kukus di dalam loyang tadi selama 15 minit.

Lapis dengan bahagian berwarna coklat yang berbaki tadi selama 15 minit.
Sejukkan dan boleh dihidangkan.

*Kalau lapisan bercoklat sedikit pekat masukkan sahaja mengikut aturan dan untuk meratakannya tekan sedikit dengan plastik atau apa2 sahaja yang sesuai.




Ayam Masak Prune sedapnya lah.. aiii

$
0
0


Ayam masak prune adalah hidangan yang ita sajikan untuk suami dan anak-anak untuk makan tengahari kami semalam. Ita suka lauk ni kerana pada ita ianya sedap sangat di selera ita. 
Resepi ini pernah ita kongsikan sebelum ini dengan daging. Resepi asal adalah daripada Kak Hanieliza dengan menggunakan daging. Tapi kali ini ita olah dengan ayam dan ita masak ikut style ita lah kan..
Ita tambah mana yang ita suka sesuai selera kami sekeluarga.. 




Ita gandingkan resepi ini dengan nasi hujan panas yang juga sangat enak daripada Pak Engku, yang tu nanti ita kongsikan kemudian ya...

Memang sangat berselera sekali kami menikmati hidangan makan tengahari kami.. Selain nasi hujan panas ianya juga sesuai di gandingkan dengan nasi beriani.. nasi minyak.. nasi tomato ke.. atau apa-apa yang di rasakan sesuai.. kalau nasi putih pun dah sedap dah lauk ni..

Bagi anda yang gemarkan kelainan boleh lah mencuba!
 

AYAM MASAK PRUNE

1 ekor ayam - dipotong dan cuci bersih
gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng hingga keemasan. angkat dan ketepikan.

1/2 cwn buah prun - dibuang bijinyer hiris separuh dan separuh lagi biar dia sebijik-sebijik
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan minyak masak
1/2 cwn air
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam
sedikit gula melaka
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan biji pelaga

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inc halia
15 tangkai cili kering rendam lembut dan kisar


Panaskan minyak
Tumiskan rempah tumis hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing
tambahkan air jika terlalu pekat
Masukkan kiub ayam
tambahkan juga gula Melaka
Tambahkan sos tiram
Tambahkan juga kicap pekat
Kacau hingga mesra dan renihkan sebentar
Masukkan ayam
Perasakan dengan garam dan gula
Perasakan dengan maggi cukup rasa jika suka
Akhir sekali masukkan buah prune
Biarkan kuah mendidi dan sedia di hidangkan


Nasi Hujan Panas yang sangat menyelerakan...

$
0
0


Selamat malam...
Maaf lah malam-malam baru nak kongsi resepi.. orang pun dah nak tidor dah kan..
Tapi tak pe.. manalah tahu dapat ilham dalam mimpi nak masak apa untuk esok.. atau mimpi makan nasi hujan panas ni.. ngeee...



Sebenarnya nak kongsikan siang tadi.. tapi maklumlah hari ni ita lagi sibuk dok urus anak yang ambil periksa. Anak pun balik lewat petang hari ni kerana kertas terakhir pada pukul 4. 30 petang. Cuaca pulak hujan lebat, jalam jam sana-sini akibat banjir kilat. Maklumlah banyak sangat kerja-kerja pembaikkan jalan kat kawasan rumah ita ni.. tu yang jalan sibuknya lah.. lubang sana-sini.. dengan jalan yang di korek untuk di turap. Bila hujan habislah semuanya di masuki air.. dan amat-amat berbahaya bagi penunggang motosikal sebenarnya.. hati-hatilah ya bila bawa kenderaan dalam cuaca yang tak menentu ni..


Berbalik kepada resepi nasi yang ita janjikan.. Nasi Hujan Panas
Sedap nasi ni.. bertambah tertarik kerana warnanya yang berwarna-warni.. sangat membuka selera.
Satu lagi resepi sentuhan Pak Engku yang harus di cuba!

Nasi ni amat sesuai sebagai hidangan untuk merai tetamu.. kalau nak buat kenduri-kendara atau majlis perkhawinan. Warnanya yang ceria dan keenakannya juga memang sangat sesuai..
Jom ita kongsikan resepi dan kaedah ita memasaknya.


NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia



Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai






Talam Lapis Pulut Hitam

$
0
0


Ada peminat talam malam ni..?
Dah malam baru dapat di tayang kuih talam yang ita sediakan untuk minum petang hari ini.
Talam yang bukan sahaja cun melecun ni.. tapi juga sangat sedap rasanya adalah air tangan Chef yang tak asing lagi dan merupakan salah seorang chef yang menjadi idola ita dalam dunia masakan. Beliau yang ita maksudkan adalah Chef Asma.



Resepi kuih talam ini ita ambil dari sebuah majalah nourish ! yang di terbitkan oleh Nourish Publishing & Events Sdn Bhd.
Semalam ita bawa anak ita Dalili pergi tengok wayang cerita Plane. Sementara nak tunggu wayang mula pukul 10 : 10 malam, ita pun duduk lah cuci mata di Haris, kedai buku Popular. Kebetulan Dalili nak cari buku cerita. Biasa kalau cuti sekolah pasti Dalili minta belikan buku Novel untuk di baca. Sementara tunggu Dalili pilih buku kesukaannya ita pun belek-belek lah magazin dan nampaklah muka depan majalah yang buatkan ita tak sabar nak tengok inti di dalamnya..
Memang tak silap tekaan ita.. gambar muka depan adalah hasil sentuhan air tangan Chef kesukaan ita. Apa lagi ita pun rembat lah buku tu.. mana boleh di lepaskan resepi dari chef hebat ni..


Dalam majalah ini ada beberapa lagi resepi yang Chef Asma kongsikan.. insyaallah ita akan cuba jika mempunyai kesempatan.

Chef Asma yang berusia 41 tahun ini mempunyai banyak pengalaman di dalam pembuatan kuih muih tradisional dan kek lapis hingga tidak hairanlah jika gelaran Ratu Kuih Lapis di kalungkan kepada beliau. Mempunyai Studio Culinary di bawah nama Chef Asma Culinary Studio yang telah beroperasi selama 3 tahun. Beliau juga merupakan seorang Chef Lecture di UNITAR International University.

Beratus pelajar lahir dari ilmu yang beliau curahkan dan kini ramai yang telah mengorak langkah sebagai usahawan hasil didikan beliau.  Beliau buka sahaja seorang guru yang hebat bahkan beliaulah yang mepelopori gelanggang kuih muih tradisional yang di berikan sentuhan moden dengan pelbagai viarasi, keunikan tersendiri tetapi masih kekal dengan identiti asal kuih Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.


Wanita ini memang cukup hebat dan antara idola ita. Tidak pernah lokek berkongsi pengalaman beliau yang dah bertahun di dalam bidang yang beliau minati ini. Chef Asma pernah mengutus email pada ita dan menasihatkan ita untuk menjadi seorang usahawan. Dengan nasihat dari beliaulah ita memberanikan diri dan mula menerima tempahan daripada rakan-rakan.. Terima kasih Chef, jika bukan atas galakan dan nasihat daripada Chef ita masih lagi takut dan kurang keyakinan pada bakat yang ada dalam diri ini.

Sebenarnya ita teringin sangat nak menuntut ilmu dengan belaiu. Beberapa kali juga beliau mempelawa ita mengunjungi studio beliau dan pernah juga mempelawa ita untuk melihat beliau mengajar di UNITAR. Cuma masa belum mengizinkan ita.. insyaallah ita akan luangkan juga masa ita suatu hari nanti untuk dapatkan ilmu yang sangat berharga daripada beliau.


Kepada rakan-rakan ita yang berminat nak dapatkan ilmu daripada Chef yang cukup berpengalaman ini jangan lah lepaskan peluang anda untuk dapatkan seberapa banyak ilmu daripada beliau.. bak kata pepatah tuntutlah ilmu walaupun terpaksa ke negara Cina. Jika berminat jangan lupa untuk kunjungi blog beliau di Chef Asma Culinary Studio. Kalau tak silap ita Chef ada kelas Talam pada 20 hb Sept ni tau!..  ada 12 jenis kuih talam yang akan beliau ajar cuma dengan harga RM 190 aje... murahnyaaaa.... Ya Allah kalau lah ita dapat pergi alangkah seronoknya dapat berguru dengan beliau... beliau bukan sahaja mengajar buat talam aje tau... sebaliknya beliau turut berkongsi pengalam beliau.. berkongsi tips dan panduan.. di samping turut mengajar bagaimana nak memasarkan produk.. nak potong talam supaya cantik.. packaging dan lain-lain lagi.. rugiinyaaaa.. kalau tak rebut peluang ini.. cepat ita pun tak tau samada masih lagi ada kekosongan.. cubalah hubungi beliau.. harap anda bertuah...


Ok lah.. ita tak nak curi masa anda lama-lama sangat.. Pasti anda semua tak sabar kan nak tahu resepi dan cara menyediakan kuih talam yang sedap ni.. ya Allah... memang sedap tau talam ni.. lembut aje.. dan liut-liut.. ita suka.. ita suka...!
Mesti anda pun suka..
Jom ikut ita..


TALAM LAPIS PULUT HITAM
Resepi Oleh : Chef Asma
Rujukan : nourish!
Terbilan :  Nourish Publishing & Events Sdn Bhd

Resepi Chef Asma ini banyak tau! untuk loyang 10 x 10. Ita buat 1/2 daripada adunan sahaja dan ita gunakan loyang 7x7 inc.
Terpulang pada anda nak buat ikut sukatan asal yang ita kongsikan atau nak buat 1/2 adunan. Kalau nak buat untuk jual atau kenduri-kendara buatlah 1 adunan. Tapi kalau nak makan untuk keluarga yang tak besar ita cadangkan anda buat 1/2 daripada adunan sahaja dan guna loyang 7 x 7 inc atau 6x6 inc.


Bahan A

50 gm pulut hitam

Mula-mula kita kena rendam pulut hitam dahulu bagi dia lembut dan keluar warna hitamnya tu.
Cuci bersih dan rebus hingga ia empuk.
Ita tambahkan sikit gula masa rebus ni, ita letak 2 sudu besar dan secubit garam, supaya pulut rasa lemak manis, kalau tak nak pun tak apa sebab dalam resepi asal memang tak ada.
Lepas dia dah empuk, biarkan sejuk, kemudian cuci bersih dan toskan.
Ketepikan



Bahan B

500 gm gula halus
600 ml santan ~ ita guna KARA
1200 ml air
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh air alkaline atau air kapur.  (air kapur ni anda ambil air kapur yang jernih yang kapurnya dah mendak kat bawah)
2 helai daun pandan ~ di simpul


Semua bahan B anda satukan dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Biarkan suam


Bahan C

200 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi


Satukan tepung di dalam bekas yang besar.
Tuangkan Bahan B ( santan) dan kacau rata.
Jika tepung masih bergentel, masukkan dalam blender dan kisar

Kemudian bahagikan tepung kepada 3 bahagian


Bahagian 1

600 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 300 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna merah jambu
sedikit esen ros

Satukan bahagian 1 dan kemudian bahagikan kepada 2 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak






Bahagian 2

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna hijau apple
sedikit esen pandan atau pandan emulco

Satukan bahagian 2 dan kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak


Bahagian 3

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
50 gm pulut yang telah di rebus tadi

Satukan bahagian 3 kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak


Sediakan loyang 10 X 10 inc lapik dengan plastik dan sapukan loyang dengan minyak jagung.
Tuangkan lapisan pertama warna merah jambu.
Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit dalam kukus yang telah mendidih airnya

Bila dah masak ulang langkah yang seterusnya dengan warna adunan yang berlainan. Untuk turutan warna anda boleh ikut seperti rajah di bawah


Lapisan 1 ~ merah jambu
Lapisan 2 ~ pulut hitam
Lapisan 3 ~ hijau apple
Lapisan 4 ~ pulut hitam
Lapisan 5 ~ hijau apple
Lapisan 6 ~ merah jambu
Lapisan 7 ~ pulut hijam
Lapisan 8 ~ hijau apple

Setiap lapisan di kukus selama 7 minit.
Untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit

Bagi anda yang membuat 1/2 adunan macam ita dengan loyang 7 atau 6 inc. Masa memngukus setiap lapisan 5 minit dan lapisan terakhir kukus selama 15 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan talam sejuk dengan sepenuhnya sebelum di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan pisau plastik yang telah di oles sedikit minyak jagung untuk mendapatkan potongan yang cantik


Selamat mencuba!



Putu Mayam

$
0
0


Putu mayammmm......
Putu mayammmmm....
pon.... pon....
sambil menekan hon di tangannya

Pasti ita yang akan berlari-lari mendapatkannya... sambil melompat-lompat
Nak putu mayam.. nak putu mayam..
Dia pantas mengeluarkan kertas surat khabar yang kemudiannya di lapik plastik nipis
Di letakkan beberapa keping putu mayam, di letakkan gula merah dan kelapa parut
Aya... gula nak lebih... 
Sambil tersenyum dengan barisan gigi yang putih bersih... bole.. bole.. katanya sambil kepalanya tergeleng-geleng..




Begitulah unik dan istimewanya kita rakyat Malaysia. Hidup dalam rimpunan keamanan dan yang uniknya kita berkongsi citarasa yang sama tak mengira bangsa Melayu, India dan Cina .

Ita memang cukup mengemari putu mayam. Berkeping-keping pun ita boleh habiskan. Di cicah bersama kelapa dan gula merah memang mengasyikkan.. sampai ke petang ita tak menjamah nasi kerana kekenyangan.

Masa ita mengandungkan Dalili, ita kemaruk nak makan putu mayam. Setiap hari pasti ita memasang telinga mendengar honnya di bunyikan..
Ita akan merengek bagai anak kecil minta di belikan.. kalau tak dapat sampai petang mood semua ke laut.. adoiii... teruk betul perangai anak dalam perut ni... bisik ita

Kawasan perumahan yang ita tinggal dan kejiranan pada waktu itu amat menyukarkan ita membeli putu mayam. Kalau motor aya yang jual putu mayam itu berhenti depan rumah.. pasti ada mata-mata yang menjeling..  lepas tu berbakul-bakul lah ita di tazkirahkan..
Ada masa hati ita cukup tersentuh.. nak makan pun tak boleh..


Setiap hari suami ita pasti menunggu aya yang jual putu mayam di simpang jalan.. supaya tidak ada yang memandang.. dan tidak menjadi bualan dan umpatan orang.

Punyalah seronok bila suami bawakan sebungkus putu mayam.. ita makan dengan cukup berselera sekali. Kadang di bungkus pula untuk bekalan malam kalau tiba-tiba penghuni dalam perut ini  teringin putu mayam di malam hari..
Setiap kali makan putu mayam ni.. ita kerap berdoa.. agar anak yang lahir ini biarlah putih macam putu mayam.. janganlah macam aya yang menjual putu mayam tu..

Masa bersalin ita pejam mata tak mahu tengok anak ita kerana ita bimbang akan doa ita terbalik pula..
Bila misi tu kata.. Putihnyaaa.... comel ikut siapalah putih ni.... baru lah ita berani buka mata...
Ya Allah... putih macam putu mayam...


PUTU MAYAM

2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung
2 cawan tepung beras
daun pisang
Gula merah atau gula Melaka di hiris halus
Kelapa parut putih di gaul dengan secubit garam


Mula-mula kita sediakan daun pisang dahulu
Daun di cuci bersih dan lap kering
Gunting bentuk bulat dan sapukan sedikit minyak jagung supaya putu mayam tidak melekat di atas daun. Ketepikan

Kemudian kita panaskan air dahulu hingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan garam dan minyak jagung, gaul rata
Tutup api dan masukkan tepung beras sikit-sikit sambil terus kacau hingga ia menjadi doh yang lembut.
Hati-hati ya sebab panas.
Masa doh panas-panas tu terus masukkan dalam acuan maruku.
Pilih lubang yang paling kecil ya untuk putu mayam


Putar acuan bentuk bulatan dan biarkan doh bertali itu jatuh atas daun pisang
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.


Susun dalam kukus
Sebelum tu air kukusan hendaklah di panaskan hingga didih
Kemudia kukus putu mayam
Tutup kukusan hendaklah di bungkus dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitik pada putu mayam dan buakan ia lembik nanti
Kukus jangan lama sangat tau nanti dia lebik anggaran 2 ~ 3 minit gitu dah angkat


Kemudian bolehlah di hidangkan bersama kelapa parut putih yang dah di campurkan secubit garam. Di makan juga bersama gula merah atau gula Melaka.

Kalau putu mayam yang warna hijau tu, air yang di gunakan air pandan. Ambil 5 helai daun pandan campur dengan 2 cawan air dan kisar. Kemudian tapis.
Air tu kita masak, kalau kurang hijau tambahkan sedikit pewarna hijau apple.
Mudah aje kan buat putu mayam ni..
Cuma yang tak tahannya tangan melecur sebab panas doh tu masa nak tekan...


Ini Malaysia kita...








Satay... satay.. mari makan satay...

$
0
0

Apa kata malam ni kita pekena satay pulak!
Ita suka sangat satay.. Tapi ita tak boleh makan banyak.. Paling banyak ita makan 5 cucuk. Itu pun ita dah tersandar kekenyangan...



Satay.. satu lagi makanan yang menjadi kesukaan ramai tidak mengira bangsa. Ia juga bukan sahaja popular di Malaysia malahan turut di kenali di negara-negara Asia Tenggara. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga satay, tetapi saiznya lebih besar.
Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya satay di benua Amerika Selatan.


Satay adalah kepingan daging yang di perap dengan rempah kemudian di cucuk pada batang lidi. Ianya kemudian di bakar atau di salai atas bara api. Satay di makan bersama kuah kacang atau kuah satay. Selain itu ia juga di makan bersama ketupat atau nasi himpit , timun dan bawang.

Kali pertama ita makan satay ketika ita kecil lagi.. Pada masa itu setiap kali bapa ita dapat gaji, beliau akan membawa kami makan satay. Ketika itu satay masih lagi di jual secara tradisional. Kalau ada sesiapa yang masih ingat, di bandar Johor Bahru dahulu di hadapan pasar lama, ada seorang pak cik tua yang menjual satay secara di kandar. Dia menjual satay di deretan kedai di hadapan pasar. Kami memanggilnya wak satay. Seronok sangat bila di bawa makan satay. Kami duduk atas bangku rotan yang kecil-kecil tu.. mungkin sebab bangku itu daripada rotan dan kecil-kecil , ia memudahkan wak satay untuk memgandarnya. Sedap sungguh satay wak.. kami makan dengan berselera sekali.


Itulah pengalaman ita makan satay yang pertama. Tapi kalau nak tahu, mak ita dia tak makan satay.. kata orang kalau tak makan satay ni pakai susuk... hihihi... tak adalah mak ita dia memang tak suka makan satay... ruginyaaaa.... kan?

Satay yang popular di Malaysia pastilah satay Kajang. Ita selalu juga makan satay Kajang. Ita suka juga sebab dia ada sambal asing.. maknanya kalau kita nak pedas kita letaklah sambal tu.. kalau tak suka pedas tak payahlah letak sambal.

Kalau di Johor, satay yang ita rasa paling sedap di Jalan Yunos,  Kampung Dalam, Pontian. Orang Pontian kalau buat satay memang sedap!. Ita pernah makan satay yang pada ita sangat sedap dengan dagingnya yang lembut berempah dan manis serta  kuah kacangnya yang memang power. Tapi pak cik ni dia jual kat rumah aje.. kebanyakkan orang yang datang beli adalah regular customer.. jiran-jiran dan juga orang kampung. Memang sedap giler sataynya... tapi ita tak taulah dia ada jual lagi atau tidak sekarang. Ita makan sataynya masa ita bertandang ke rumah mak cik suami di Pontian, masa tu mak cik suami ita  angkatkan kami satay.. memang sedap.. tapi sebab masa tu baru berkhawin.. malu-malu kucing lah nak makan..


Satu lagi satay yang ita suka ialah Atan Satay yang berniaga di tepi bustand Pontian, berhampiran Dewan Jubli Intan Pontian. Selain sataynya sedap abang Atan ni dia cukup peramah... sesiapa yang melintas di gerainya semua di sapa sambil menghulurkan beberapa cucuk satay untuk di rasa..
Kerana suka satay abang Atan ni setiap bulan pasti kami akan pergi makan di sana. Masa ita tinggal di Desaru, kami sanggup drive dari Desaru ke Pontian semata-mata untuk makan satay abang Atan. Hingga kini kalau kami datang dari jauh abang Atan dah melambai-lambai dengan riuh-ramah suaranya..

Hari ini ita nak berkongsi satu resepi satay yang pada ita sangat sedap!
Ita dapat resepi ini sewaktu melintas di fb Mamak Haji. Terima kasih sangat kepada Mamak Haji atau mungkin lebih sopan jika ita memanggil sebagai Tuan Mamak Haji, kerana sudi kongsikan kepada kami resepi satay yang istimewa ini.



Seronok sangat bila dapat membuat sendiri satay dan menjadi kesukaan suami dan anak-anak. Anak ita Dalili makan bercucuk-cucuk... selalu kalau pergi makan satay paling banyak Dalili makan 2 cucuk.. yang lain dia dok bantai makan timun.. hihi sebab Dalili ni dia suka sangat makan timun..
Tapi kali ni ita sangat teruja bila di makan bercucuk-cucuk dan minta buatkan lagi satay..

Tak sabar rasanya nak berkongsi keseronokkan ita menyediakan satay bersama anda semua.. Semoga dengan perkongsian ini melipat gandakan lagi pahala buat Tuan Mamak Haji dan menambahkan lagi ilmu buat suri rumah semua.


SATAY DAGING ATAU AYAM
Resepi Oleh : Mamak Haji

Resepi ini boleh di gunakan untuk daging, ayam , kambing atau apa-apa daging yang di rasakan sesuai. Sukatan ni untuk keluarga yang sederhana, kalau ramai buatlah lebih-lebih takut tak cukup pulak!

Bahan-Bahan 

1 kg daging lembu atau ayam
3 sudu besar madu  atau gula merah
2 sudu kecil garam
kayu lidi secukup dan direndam semalaman ~ ini untuk mengelakkan lidi hangus semasa proses membakar satay nanti

Bahan Kisar

8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
3 batang serai dihiris ~ ambil bahagian putih saja
4 cm halia
3 cm kunyit hidup

Bahan Sangai

2 sudu besar biji jintan manis ~ disagai dan ditumbuk halus.
2 sudu besar biji jintan putih ~ disagai dan ditumbuk halus.
3 sudu besar biji ketumbar ~ disagai dan ditumbuk halus.

2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam dan gula secukup rasa.

Mula-mula kita potong daging terlebih dahulu. Potong daging bentuk kiub, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Jika besar sangat nanti masa bakar satay lambat masak. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
Sementara itu kita sangai dahulu bahan sangai dan kisar atau tumbuk halus.
Kisarkan juga semua bahan kisar. Kalau nak satukan dengan bahan sangai dan kisar bersama pun boleh.
Gaulkan daging dengan madu, kalau tak ada madu boleh guna gula merah.
Gaulkan juga dengan bahan kisar dan bahan sangai yang kita dah tumbuk halus tadi.
Jangan lupa perasakan dengan garam dan juga gula.


Perap bahan ini paling kurang 2 jam di dalam peti ais, tapi sebaik-baiknya semalaman supaya semua bahan perapan meresap dalam daging.


Keluarkan daging  yang telah perap dan  mulakan cucuk di lidi satay. Cucuk daging cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas daging telah cucuk , tekan sedikit dengan ibu jari dan jari penunjuk untuk meleperkan sedikit daging supaya senang masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit supaya daging masak luar dan dalam. Tak lah luar dah hangus tapi dalam masih tak masak.

Nota: Air perapan daging ini jangan dibuang, simpan untuk membuat kuah satay.


Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi daging. Api atau bahang panas tidak boleh di sasar pada batang lidi kerana di khuatiri batang lidi hangus terbakar. Oleh kerana daging cepat kering apabila di kenankan bahang api arang, maka gunakan minyak merenjis  untuk disapukan  atau di renjiskan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian perdu serai memadai). Terbalikan satay dua atau tiga kali untuk daptkan warna satay yang menarik.




Minyak untuk disapu pada daging semasa bakar

1 biji buah keras ~ ditumbuk lumat atau di kisar
1 sudu besar gula
1 sudu besar air
1 sudu besar minyak masak
1 batang serai ~ di titik

Satukan semua bahan kecuali serai  dan kisar halus
Serai yang telah di titik perdunya di gunakan sebagai berus untuk merenjis minyak atas daging


Mudah aje kan cara nak membuat satay ni.. Ok sekarang kita sediakan kuah sataynya pula. Kuah satay ni ita buat ikut style ita tapi masih lagi menggunakan resepi original Tuan Mamak haji. Cuma cara ita masak ita ikut style yang biasa ita buat kuah kacang.




KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

4 biji buah keras
1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
3 cm lengkuas
1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan  goreng bawang merah dan bawang putih
Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

1 cawan gula Melaka atau gula kabung
1/2 cawan minyak untuk menumis
1/2 cawan santan
1 batang serai ~ di titik
40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya  ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
Air lebihan perapan daging


Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak
Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.
Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.
Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan
Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.
Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!





Selain itu satay turut di makan bersama timun, ketupat atau nasi himpit dan juga bawang.
Fulamakkkk... sedap giler satay ni..
Aduhhh... rugi kalau tak cuba!

Jangan jadikan alasan tak ada tempat membakar satay sebagai penyebab tidak mahu mencuba. Ita pun tak ada tempat membakar satay.. tapi biasalah.. bak kata perpatah.. kalau tak ada rotan akar pun berguna juga...

hihi.. ita guna kaedah DIY untuk tempat bakar satay ni. Mudah aje, ambil tin biskut dan tebuk lubang, pada salah satu bahagian sisinya. Lubangkan tepinya untuk di letakkan dawai, ita guna pencucuk ayam tu.. bahagian penutup di buka untuk memudahkan kita nak letak arang dan menyalakan api. haaa... mudah aje kan.. tak payah nak beli-beli.. kitar aje semula..





Ini Malaysia kita




Passembur makan jangan tersembur-sembur ya..

$
0
0







Hari ini ita nak perkenalkan atau kongsikan satu lagi menu atau resepi ini Malaysia kita
Resepi yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum..
Unik kan Malaysia kita ni.. Boleh berkongsi citarasa yang sama.
Jika sebut pesembur pasti semua tahu kan...?




Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, daun salad, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya. Ia dihidangkan  bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate tapi lebih manis.

Pesembur adalah gelaran yang di berikan di utara Semenanjung Malaysia. Ia biasa di kaitkan dengan Pulau Pinang , di mana pesembur terbaik boleh di dapati di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia kebiasannya ianya di gelar Rojak Mamak.


Jika di Johor, namanya berubah mengikut bahan yang di makan bersama, walaupun kuahnya lebih kurang sama. Asma Rojak adalah gelaran yang di berikan di Johor Bahru. Bahan yang di makan juga pelbagai, dengan tempe goreng, ketam goreng, cucur yang pelbagai jenis, telur yang telah di rebus kemudian di goreng, sotong dan pelbagai lagi makanan laut. Pendek kata anda boleh pilih apa sahaja untuk di makan bersama kuahnya.

Jika di Muar ia akan di letakkan mee kuning dan di gelar Rojak Mee.  Sama juga seperti di Singapura dan lebih di kenali sebagai Rojak Singapura. Di Kelantan juga ia di panggil rojak dan turut meletakkan mee kuning. Tapi versi kelantan cukup manis dan ita memang angkat tangan.. tak boleh nak makan kerana manis sangat.

Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim ini menjual di gerai atau dengan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil.

Pasembor biasanya dimakan di waktu petang atau waktu santai. Ianya sangat mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.


Hari ini satu lagi ilmu masakan ita perolehi dari Tuan Mamak Haji. Memang dah lama ita nak cari resepi pesembur ni. Sebenarnya kesedapan pesembor ni bergantung pada kuahnya. Jika sedap kuahnya maka sedaplah hidangan pesembur kita.

Tidak salah memilih dan inilah pilihan yang tepat daripada orang yang cukup berpengalaman berniaga makanan sejak berkurun. Kuahnya cukup lemak manisnya memang bila makan menikam kalbu lah.. terus jatuh cinta dan tak payah nak ke utara untuk merasa sepinggan pesembur.. Hebat dan sedap!


PESSEMBUR
Resepi Oleh : Mamak Haji

Pesembur di makan bersama kuah pesembur dan juga bahan-bahan yang lain.
Mula-mula kita sediakan bahan yang perlu di goreng seperti tauhu.
Tahu di goreng kemudian potong dadu.
Anda juga perlu sediakan kentang jika suka. Yang ni ita tak buat sebab semua tak makan. Kalau anda suka ambil beberapa biji kentang bersaiz kecil, kupas kulit dan rebus hingga empuk. Kemudian di celupkan kentang tadi dalam bancuhan tepung beras yang di bancuh bersama air dan sedikit garam, kemudian di goreng.
Anda juga perlu sediakan cucur udang atau cucur sayur. Ita buat cucur sayur. Kalau nak buat cucur udang pun boleh guna resepi yang sama. Jom kita lihat dahulu kaedah penyediaan cucur pessembur.


CUCUR PASSEMBUR
Resepi Oleh : Mamak Haji
Rujukan :Resepi Perniagaan Katering & Restoran

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut kering.
1 sudu kecil (tsp) Yis segera atau  Mauripan 11gm setengah paket.
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam ( pastikan bukan air panas )
3/4 sudu kecil (tsp) garam.

Bahan Lain
Daun kucai di potong 1 inc
taugeh
cili merah di cincang halus
udang basah jika nak buat cucur udang
Jika nak letak udang, udang perlulah di salut dengan tepung jagung terlebih dahulu. Ambil sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, buat macam gum. Kemudian gaulkan dengan udang.


Mula-mula kita larutkan dahulu gula di dalam 2 cawan air suam. Pastikan air suam kuku ya bukan air panas. Kalau air panas  nanti bakteria dalam yis tu mati.
Masukkan yis dan kacau, biarkan ia larut dan aktif dalam 10 minit
Yis akan berbuih

Sementara itu, kita goreng kelapa parut tanpa minyak atau sangai sebentar.
Bahan-bahan tepung kita satukan dengan baking powder dan garam dalam bekas besar


Bila yis dah berbuih, tuangkan dalam tepung
Kacau rata
Tutup bekas dengan tuala bersih dan perap 1 hingga 2 jam.
Jangan lama sangat nanti cucur akan rasa masam


Lepas tepung kita naik, masukkan kelapa kering, cili merah, kucai, taugeh dan udang jika nak cucur udang.
Goreng cucur dengan minyak yang panas, jika minyak tak panas cucur akan serap minyak.
Cara bagaimana nak mendapatkan cucur yang cantik dan cara mengoreng cucur bolehlah baca di blog Tuan Mamak Haji di Sini
Ita goreng macam biasa aje..
Goreng cucur sampai dia kuning keemasan. Menurut Tuan mamak Haji, jika inginkan cucur yang kuning macam mamak Penang tu.. tambahkan pewarna kuning.
Cucur ni dia jenis yang ringan. Bila dah masak dia akan terapung.
Adunan cucur ni agak cair tau! mula ita pun panik jugak bila lihat adunan yang sangat cair, tapi bila dah goreng dia ok! sangat rangup dan sedap!

Sekarang cucur kita dah pun siap! Jom kita intai-intai pula resepi kuah pesembur yang power ni...

KUAH PASSEMBUR
Resepi Oleh : Mamak Haji






1 kg keledek oren ~ di rebus dengan air hingga empuk. Kemudian di lenyek hingga lumat.
Jika tiada keledek oren gantikan keledek putih tapi kena tambahkan pewarna oren dalam kuah nanti.
Air rebusan keledek boleh di gunakan untuk blender kledek jika inginkan keledek yang lebih halus.
Air rebusan keledek juga boleh di gunakan semasa memasak kuah nanti. Tambahkan secubit garam semasa merebus keledek

500gm udang kertas atau udang putih ~  kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering tanpa minyak) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. Kemudian udang ini dikisar halus. Jika tiada udang boleh juga guna sotong dengan kaedah yang sama, di sangai. Sebaiknya menggunakan udang kerana lebih sedap. Udang tu tak payah siang, cuci bersih dan terus sangai dengan kulit dan kepala-kepalanya sekali.

125gm kacang tanah ~  Kacang tanah digoreng tanpa minyak ( sangai)  jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak. Kacang bahagi kepada dua bahagian, satu di kisar halus dan satu bahagian tumbuk kasar. Kacang ni kalau ranjin boleh buang kulit, kalau taknak buang pun tak apa.

5 hingga 8 keping biskut marrie ~ rendam dengan sedikit air hingga kembang, kemudian di kisar.

10 ~ 15 tangkai cili kering ~ kalau suka pedas boleh lebihkan. Lada kering ni di goreng dengan sedikit minyak. Boleh guna minyak lebihan goreng kacang tanah. Tapi pastikan goreng bawang merah dan bawang putih dahulu sebab lebihan goreng lada kering minyakknya akan hitam. Lepas goreng lada ini di kisar halus.

15 biji bawang merah ~ belah 4 dan goreng hingga layur kemudian di kisar halus. Boleh juga guna bawang besar dalam 3 biji, hiris dan goreng hingga layur.

3 ulas bawang putih ~ di goreng hingga layur
Bawang putih ni boleh goreng sekali dengan bawang merah. Kemudian kisar halus. Boleh campur cili, bawang merah, bawang putih dan kisar sekali hingga halus.

Bahan Lain

1 buku gula Melaka ~ ita tambah
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar asam di bancuh dengan air dan ambil jusnya
4 liter air atau secukupnya ~ boleh juga guna air rebusan keledek
Sedikit pewarna oren jika kuah kurang oren warnanya



Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk atau kuali
Masukkan udang yang di kisar halus
Masukkan air secukupnya dan rebus hingga kuah mendidih
Bila kuah dan mendidih masukkan kacang tanah kisar
Masukkan keledek yang dah di lumatkan
Tambahkan pewarna jika kurang oren warnanya
Masukkan juga air asam jawa
Masukkan juga gula Melaka yang di hiris
Perasakan dengan garam dan juga gula.
Kuah pesembur ni manis, jadi lebihkan gula dan rasakan secukup rasa
Akhir sekali masukkan biskut marrie yang telah di kisar
Biarkan dan renihkan kuah hingga sedikit pekat
Kuah ni kalau dah sejuk dia lagi pekat tau.. jadi kena agak-agak lah kepekatannya.






Kuah pesembur dah pun siap

Pesembur ini di makan bersama

Cucur Pesembur
Tahu yang di goreng dan potong dadu
Kentang ~ direbus kemudian di celupkan di dalam bancuhan tepung beras bersama garam dan sedikit air kemudian di goreng. Potong baji
Sengkuang ~ yang di hiris mancis
Timun ~ di hiris mancis
Daun salat secukupnya
Kuah pesembur


Dah pun siap hidangan kita hari ini..
Apa tunggu lagi..
Ingat! makan pesembur ni jangan bercakap tau! takut tersembur pulak haha...

Emmmmm..... sedapnya...!
Inilah Malaysia kita....






Lagi.. lagi... kek..

$
0
0

Assalamualaikum
Salam hujung minggu.
Minggu ni agak sibuk sikit.. kena siapakan beberapa tempahan kek ulang tahun dan kek perkhawinan. Dah lama ita tak kongsikan kek yang ita buat kan.. Sebenarnya ita tak banyak ambil tempahan memandangkan anak ita Dalili masih lagi exam. Tapi ada juga yang ita kena siapakan sebab mereka dah tempah awal.

Hari ini ita kongsikan beberapa kek yang ita dah siapkan. Kek ni ada yang dah lama ita buat, tapi ita tak ada masa nak masukkan dalam blog. Entahlah mood ni kadang ke laut aje.. Jom lah cuci mata lihat kek yang ita dah siapakan ini.




Ini arty cake.
Kek tiga tengkat buttercream. Tema garden weading
Tema green dan off white


Ini pula antara koleksi kek hantaran. Ada yang daripada pihak lelaki untuk perempuan dan ada yang dari pihak perempuan untuk lelaki.

Desingn kek ni ada yang ita dah buat sebelum ini. Tapi customer nak kek yang sama jugak.


Ini pula antara koleksi kek ulang tahun yang sempat ita siapakan. Selamat ulang tahun kepada semua.. Semoga di berikan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki...


Ini pula cup cake untuk majlis perkhawinan






Ini pula kek perkhawinan 2 tier.
Customer memberi kepercayaan 100% pada ita untuk deco kek tempahannya.
Ita memilih gold dan coklat untuk wrana, tak sangka bila hantar rupanya temanya sama dengan warna yang ita pilih... alhamdulillah..




Ini pula kek bakul bunga 2 tingkat
Tema nya biru kelabu.
Lupa pulak ada yang tanya tentang warna daun yang ita gunakan untuk kek bunga yang selalu ita sediakan.
Untuk warna hijau ni ita gunakan campuran beberapa warna hijau iaitu, Electric Green, Avacado dan Juniper Green. Campur warna ni satu-satu dahulu. Mula campur warna hijau Electric green dalam adunan buttercream, kacau rata. Bila dah rata baru campurkan pula warna Avacado, kacau rata. Bila dah rata betul, baru campurkan Juniper Green, campur sikit-sikit dahulu sebab Juniper ni warnanya gelap, takut terlebih letak nanti hijau gelap sangat. Bancuh warna sampai anda dapat warna hijau yang anda inginkan.

Untuk warna biru kelabu ni pula ita guna warna, Corn Flower Blue.

Kepada yang tempah kek ni.. terima kasih ita ucapkan. Ita minta maaf jika ada kekurangan.. sesungguhnya setiap kelemahan itu datang daripada ita.

Untuk tempahan boleh wassap atau msg : 017 7279179




Pisang Goreng Rangup dan Sambal Kicap Madu

$
0
0

Satu lagi makanan yang cukup popular dan menjadi kesukaan rakyat Malaysia.. Pisang Goreng.
eh pisang goreng ke... goreng pisang.. !

Pisang goreng ni adalah makanan yang di makan pada waktu santai ketika minum petang. Ada juga yang menjadikan pisang goreng sebagai satu hidangan sarapan pagi. Pisang goreng paling enak di makan tidak mengira waktu.. hujan mahupun panas terik sang mentari.



Sebenarnya tidak semua pisang boleh di goreng tau! ada pisang yang bila di goreng dia akan menyerap banyak minyak. Kebiasaannya pisang yang kerap di goreng adalah pisang nipah, pisang nangka dan pisang tanduk.


Hari ini ita goreng pisang tanduk yang ita cicah bersama sambal kicap madu . Wallaaa... sedapnya sambil menghirup secangkir kopi..

Ada yang pelik? aik! apalah orang Johor ni makan pisang goreng dengan sambal kicap?
Tak ada yang peliknya dek oiiii....
Kita ni walaupun rambut sama hitam tapi citarasa kita berbeza. Kata orang lain padang lain belalang.. macam tu lah kehidupan kita.. lain tempat lain budaya dan adap resamnya.. waima... makanan setiap negeri juga berbeza-beza.. itulah uniknya Malaysia kita.

Orang Johor atau orang selatan tanah air dah terkenal dengan makanan yang pedas-pedas. Kalau tak pedas pada kami tak kaw! Walaupun mungkin ada segelintir yang tidak tahan pedas.. tapi kalau anak jati Johor tak makan pedas.. tu baru pelik...


Di sebelah pantai timur pula mereka suka manis-manis.. semua manis.. ada yang kata kalau pergi Kelantan tak boleh makan sebab manis... tapi pada ita itu lah keistimewaannya.. itulah yang membuatkan kita sering kunjung mengunjung dan ziarah menziarah.. kita dapat pelajari budaya, adat resam dan cara kehidupan mereka yang berbeza-beza.

Masa ita kecik-kecik dahulu kami kalau makan pisang goreng di cicah bersama sambal tumis.. waaa... sedap nya.. Kini pisang goreng lebih popular di cicah bersama sambal kicap. Pada yang tak pernah cuba nanti boleh cuba.. terangkat.. !

Hari ini ita kongsikan resepi pisang goreng yang rangup! kruk.. krak.. kruk kark.. bila di gigit kerupuknya.. Pisang yang rangup di luar dan lembut di dalam


PISANG GORENG RANGUP

2 biji pisang tanduk ~ buang kulit dan hiris nipis menyerong

100 gm tepung beras ~ sebaiknya cap gajah 1
50 gm tepung ubi
1 sudu besar margerin atau butter ~ di cairkan
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu teh air kapur makan  ~ ambil air kapur yang jernih  dah telah di mendakkan
sedikit pewarna kuning
secubit garam dan gula

Mula-mula cairkan butter atau margerin
Satukan tepung ubi dan tepung beras dalam sebuah bekas
Masukkan telur, air kapur dan santan
Kacau rata
Tambahkan pewarna kuning, garam dan juga gula
Kacau rata
Akhir sekali masukkan butter yang telah di cairkan
Masukkan pisang yang telah di potong, salutkan dengan adunan tepung tadi
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyakknya.


SAMBAL KICAP MADU

20 tangkai cili padi (biarkan dengan tangkai ~ untuk mengelakkan terlalu pedas)
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu besar madu
Gula secukupnya
8 biji limau kasturi ~ ambil jusnya

Satukan semua bahan dalam mesin pengisar kecuali limau kasturi
Kisar hingga halus
Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi
Kacau rata dan sedia di cicah bersama pisang goreng.


Pisang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam..
Apa tunggu lagi...
Bismillah lah kita... ^_^




Sambal Tumis Udang . Tips memilih lada kering dan tips mendapatkan sambal yang sedap dan tahan lama.

$
0
0

Sambal tumis dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan. Sambal tumis ni kalau boleh hari-hari mesti ada ia bukan sahaja di makan bersama nasi lemak atau lontong, tapi ia juga di makan bersama nasi putih.

Kalau kat rumah ita sambal tumis memang wajib ada. Bila ada sambal ni senang untuk ita sediakan menu harian tidak kira untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang atau juga makan malam.



Untuk sarapan pagi sambal tumis ita hidangkan bersama nasi lemak, nasi goreng, mee siam atau lontong. Kadang kala ita makan bersama roti, cicah dengan biskut tawar, makan dengan jemput-jemput maupun lempeng.. waaa... anak-anak ita memang cukup suka makanan yang simple ni untuk sarapan pagi..

Jika tengahhari pula sambal tumis menjadi penganti sambal belacan.. sambal budu atau sambal tempoyak. Bila ada sambal tumis, tak kirala kita nak gandingkan dengan lauk apa semuanya pasti membuka selera. Makan dengan ikan goreng sahaja pun dah tersandar kekenyangan.

Ramai yang bertanya dengan ita, macam mana sambal kak ita boleh merah. Ada yang cuba resepi yang ita telah kongsikan tetapi mereka tidak juga mendapat sambal yang merah menyala ni.
Setiap kali ada tetamu bertandang ke rumah ita, pasti mereka akan bertanya bagaimana cara ita menyediakan sambal tumis. Sambal tumis ita ni adalah resepi dari mak ita. Sambal mak ita cukup terkenal di kalangan keluarga, adik beradik emak dan juga bapa ita dan tak kurang juga menjadi kesukaan saudara mara dan jiran tetangga. Mak ita kalau buat sambal satu kawah banyaknya. Maklumlah keluarga kami agak besar.. kadang kala mak berikan pada jiran-jiran dan saudara mara yang suka akan sambal tumisnya.

Sambal tumis mak ita ni tak susah sangat cara membuatnya.. tapi ada beberapa panduan yang harus di ikuti supaya mendapat sambal yang bukan sahaja sedap tapi cantik warnanya.

gambar dari google

Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai.

Sekarang ni lebih mudah, bila pergi pasar anda cuma perlu tanya pada penjual tu mana cili yang pedas dan mana yang tak pedas. Pasti mereka dengan mudah memberitahu mana yang pedas dan mana yang tidak pedas. Jika di pasaraya agak sukar kerana kita sendiri perlu tahu mana yang pedas dan mana yang tak pedas. Bagai mana nak tau?

Bila merujuk pada gambar yang ita tunjukkan di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Kalau ita ita suka beli yang ini, sebab dia pedas. Ita suka sambal yang cukup kepedasannya.. bila makan berasap telinga.. pergh...!
Satu lagi tak payah letak cili banyak-banyak.. sikit aje dah pedas kannn....
Tapi kalau anda jenis yang tak tahan pedas.. jangan cuba-cuba ya..

Gambar yang ke dua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Kalau jenis yang ni memang tak pedas lah.. Kalau anda jenis yang tak tahan pedas boleh lah guna cili ni. Kalau ita guna cili ni mau.. ita letak banyak-banyak.. sebab memang tak pedas.. suami dan anak-anak pun akan tegur nanti aik.. tak pedas pun sambal.. haa... ini bermakna ita guna cili yang kerinting ni lah.. Bisa ita guna cili ni bila ada tetamu nak datang makan di rumah.. sebab ya lah.. takut tetamu tak tahan pedas pulak..!

Cili kering pada gambar ke tiga tu.. kalau kat Johor ni memang payah lah jumpa. Biasanya kita boleh jumpa cili ni di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya besar-benar.. masa mula-mula ita lihat mak mertua ita guna cili ni.. ita sedikit terkejut dan jakun.. maklumlah tak pernah nampak lagi di Johor. Rasanya cili ni di bawa masuk dari sempadan Thai.
Cili ni nampak aje besar dan merah menyala.. tapi lansung tak pedas.. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni.. sikit aje cilinya dah merah. Tapi memang tak pedas lah.. Pada ita yang tekak anak selatan ni.. kalau tak pedas tak kick!


Bagaimana pula caranya kita nak membersihkan cili.
Ada banyak kaedah yang suri rumah gunakan. Biasanya ita potong besar 1 inc dan rendam dalam air hingga kembang. Bila dan kembang cuci bersih sampai dah hilang warna merah keruh airnya tu.  Masa cuci tu buang sekali bijinya, tapi biasanya ita tak buang semua bijinya, mana yang dah tertanggal tu ita buang lah tapi mana yang tertinggal tu ita kisar sekali. Menurut kata mak bijinya tu yang membuatkan sambal kita pedas. Kalau di buang semua, sambal tu dah tak pedas lah.. Jadi kesimpulannya di sini kalau nak pedas jangan buang semua bijinya.. tapi kalau tak nak pedas.. buang lah semua bijinya.

Lagi satu yang biasa mereka guna ialah gunting memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak makan pedas. Sebab comfirm cili kering bila dah rebus dan dah buang bijinya dia memang tak pedas.

Untuk mendapatkan warna sambal yang merah menyala tu.. masa potong cili ambil yang merah sahaja, kalau ada yang dah coklat atau yang macam buruk-buruk tu buang ya.. sebab kalau di kisar sekali sambal tu warnanya tak cantik nanti.. ini petua dari mak ita.


Sambal ni bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Kalau sambal nak sedap guna bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Biasa ramai yang malas nak kupas bawang kecik mereka suka guna bawang besar.. sebab bawang tu besar kann... mudah di kupas dan satu dua biji dah cukup...  tapi kalau sambal nak sedap guna bawamg kecil.. dan bawang ni letak banyak-banyak baru kuah sambal tu manis dan enak.

Satu lagi tips sambal nak sedap, enak dan tahan lama, minyak masa menumis kena banyak. Minyak yang banyak buatkan sambal tahan lama terutamanya sambal ikan bilis, kalau tak panaskan pun.. tahan berhari-hari. Tapi kalau sambal udang kena selalu panskan ya..

Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.

Lagi satu, kalau nak sambal merah.. gula kena banyak.. sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manisnya.. pedasnya.. masin dan masamnya.. baru lah kaw!

Bila dah dapat sedikit panduan, sekang ita tunjukkan kaedah ita sediakan sambal tumis udang.


SAMBAL TUMIS UDANG

1 kilo udang ~ udang ni potong muncungnya bahagian yang tajam, jangan buang kepalanya tau, separuh dari kepalanya sahaja di gunting. Buang bahagian ekor yang tajam. Udang ni bila kita buat sambal dia sedap dengan kulit sebab nanti sambal kita manis..


Udang ni gaulkan dengan sedikit garam kemudian di goreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.

Bahan Kisar

100gm cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar ( boleh ikut kaedah yang ita terangkan di atas)
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)

Bahan lain

2 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )


Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi sau sambal kita tahan lama.
Anda boleh juga guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang
Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan cili dan belacan yang di kisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak. Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
Bila dah garing masukkan air asam jawa
Lepas tu perasakan dengan garam
Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau mani-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
Biar dia merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang kita dah goreng tadi.
Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.






Gulai Ketam Dengan Nenas

$
0
0

Ibarat Ketam menyuruh anaknya berjalan betul... peribahasa Melayu yang mengaitkan seseorang yang menyuruh atau menasihatkan orang tetapi dia sendiri tidak melakukan apa yang di perkatakannya...

Ada ke ketam yang mengajar anaknya berjalan?



Ketam adalah makanan laut yang sangat di sukai oleh anak-anak ita. Biasanya mereka suka jika ita masak sambal atau masak Black Pepper. Tapi kadang kala ita pula yang naik jemu sebab ulang menu yang sama.. sesekali teringin juga nak merasa kelainan.

Kata orang kalau dah tekak anak kampung.. gulai tradisi juga penambat selera ya tak..

Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi daripada buku koleksi  Pak Engku. Resepi yang juga sedap dan enak sebagaimana resepinya yang pernah ita kongsikan sebelum ini. Memang kalau cuba resepi daripada pak Engku tak mengecewakan lah..


Resepi ni menggunakan daun salam, tapi ita tak letak daun salam.. Semalam kan hari Isnin jadi pasar tak buka.. tak dapatlah ita cari daun salam. Tapi jangan risau.. tak ada daun salam pun tak apa.. sebab ianya sudah cukup enak bila di makan bersama nasi hangat dan sambal tumis udang. Makan pula dengan ikan goreng memang bertambah-tambah kami menikmati hidangan makan tengahari.

Dalili lah yang paling seronok, sebab ketam memang kesukaannya. Kebetulan dah berapa hari ni Dalili kurang sihat.. selera makannya berkurang.. Nak mengembalikan selera makannya ita masakkan lauk ketam yang ita tahu adalah kesukaannya. Bagai orang mengatuk di sorongkan bantal.. berselera sungguh Dalili makan hingga bertambah-tambah.. Semoga anak mak cepat sembuh.. cepat kebah demamnya dan dapat meneruskan misi yang belum selesai...

Kepada teman-teman ita di luar sana.. yang mungkin masih lagi berfikir...
Nak masak apa hari ini ek...? 
Hari-hari masak.. pening kepala aku... nak masak apa hari ni ek...?
Jangan pening-pening lagi.. apa kata cuba resepi yang ita kongsikan ini..


GULAI KETAM DENGAN NENAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

6 ekor ketam
1 biji nenas ~ buang kulit, belah 8, buang empulur tengahnya dan potong sederhana kecil
2 batang serai ~ di titik
2 cm halia ~ di tumbuk atau kisar
2 cm kunyit ~ di tumbuk atau dikisar
15 tangkai cili padi ~ di tumbuk atau di kisar
6 ulas bawang merah ~ di tumbuk atau di kisar
2 ulas bawang putih ~ di tumbuk atau di kisar
400 ml santan pekat
3 helai daun salam
200 ml air
garam secukup rasa


Panaskan minyak
Tumiskan serai
Masukkan bahan yang di kisar atau di tumbuk halus tadi
Tumis hingga harum dan terbit minyak
Tuangkan santan dan air, masak hingga didih sambil di kacau supaya santan tidak pecah minyak
Masukkan ketam dan kacau hingga sebati
Perasakan dengan garam
Akhir sekali masukkan nenas dan masak hingga nenas lembut sedikit.
Angkat dan hidangkan






Kek Teletubbies untuk Kayla dan papa

$
0
0

Sebelum melelapkan mata malam ni.. jom kita intai dahulu kek yang sempat ita sediakan untuk customer hari ini.
Kek dengan tema teletubbies, ini adalah kek tempahan kali ke dua customer ita ni... Terima kasih ya kerana masih sudi lagi tempah kek dengan akak.



Kali ini pilihan kek dalamnya adalah kek Rainbow, dalamnya di lapisi cream cheese frosting, luarnya decoa daripada fondant.
Pilihan deco adalah idea daripada costomer. Ita hanya buat mengikut gambar yang di berikan. Cuma ita suaikan warnanya supaya nampak lebih ceria sesuai dengan usia Kayla yang masuk 2 tahun pada tahun ini.
Selamat ulang tahun Kayla dan papanya... selamat panjang umur, murah rezeki dan senantiasa di berikan kesihatan yang baik.

Kepada yang nak membuat tempahan bolehlah wasap atau msg ke talian 017 7279179.



Nasi Lemak Mami Tanjung Berlauk Sambal Ayam Masak Serai

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Dah sarapan? mestilah dah kan.. dah pukul berapa dah ni.. mungkin dah ada pun yang mula ke dapur untuk sediakan hidangan tengahari pula..  Ialah sekejap lagi anak-anak dah nak ke sekolah.. dan anak yang bersekolah pagi dah nak pulang ke rumah.. Kenalah cepat siapkan hidangan makan tengahari pula.

Ada juga para suami yang pulang untuk menikmati air tangan isteri tercinta.. Bertuahnya lah badan jika suami laebih sukakan air tangan isteri dari menikmati hidangan di luar..



Ita ni tak boleh nak sembang lama-lama sangat hari ni.. banyak lagi kerja yang perlu ita siapkan.. maklumlah kita ni suri rumahtanga.. kerja memang tak pernah habis..

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang enak dan lazat hasil perkongsian dari Tuan Mamak Haji. Sebenarnya dah dua kali ita masak hidangan ini tau! pertama kali ita sediakan untuk sahabat suami yang datang ke rumah pada cuti sekolah tempoh hari. Beliau sekeluarga bercuti ke Johor Bahru bersama keluarga. Terlanjur ita ada di rumah kami mempelawalah mereka makan di rumah. Dan inilah juadah yang ita sediakan nun jauh ita bawa dari Pulau Pinang.

Berselera sungguh ita lihat mereka menjamu selera. Anaknya yang kecil makan bertambah-tambah.. naik hairan neneknya.. Menurut kata neneknya kalau kat rumah cukup payah bila di ajak makan.. kalau makan pun hanya dua tiga suap sahaja.. tapi di rumah ita bertambah-tambah pula dia makan..
Mungkin dia seronok makan ramai-ramai.. lebih-lebih lagi makan di tempat lain.. dalam suasana yang berbeza.


Ita risau jika lauk yang ita sediakan pedas, maklumlah ita ni orang Johor kalau masak suka pedas-pedas... rupanya katanya tak pedas kerana orang Nogori ni lagi kuat pedas.. dan tak boleh tinggal dengan masak lemak cili apinya...

Ita terpikat dengan menu nasi lemak Mami Tanjung ni kerana ia masak menggunakan margerin atau butter dan di letakkan kulit kayu manis dan bunga lawang..  pasti lah lagi lemak rasanya dan aromanya pasti lebih memikatkan.. Dan yang membuatkan ita teruja nak mencuba kerana ia tidak di makan bersama sambal tumis sebaliknya di hidangkan bersama lauk sambal ayam masak serai.. waaa... macam mana rasanya tu kan...


Rasa nasi lemaknya ada kelainan sedikit walaupun macam hampir sama tapi ia lebih enak.. Ita menggunakan beras Jasmin dalam memasak nasi lemak ni.. Nasinya lembut, enak dan aromanya cukup bergelora perut yang berkeroncong..

Untuk lauknya pula, seakan lauk ayam masak kuali atau lauk kerutup yang mak ita selalu sediakan.. sangat sedap gandingan keduanya dan rasa kelainan bila di gandingkan bersama..
Bagi anda yang sukakan kelainan boleh lah mencuba!


NASI LEMAK MAMI TANJUNG
Resepi Oleh : Mamak Haji

Resepi asal Tuan Mamak Haji menggunakan sukatan 1 kg beras. Ita masak hanya 2 pot nasi sahaja memandangkan keluarga kami yang tidak ramai. Di sini ita kongsikan resepi yang ita dah kurangkan.

2 cawan beras ~ di cuci bersih dan toskan airnya
Jika menggunakan beras basmathi, rendam dahulu beras paling kurang 20 minit. Kemudian cuci dan toskan. Sukatan air bagi beras basmathi juga di lebihkan.

1/2 cawan santan pekat atau santan KARA
2 cawan air
1 sudu besar margerin atau butter
1 inc halia ~ di titik
1 batang serai ~ di titik
2 helai daun pandan di simpul
2 biji bawang merah ~ di hiris ( jika guna bawang besar 1/2 biji sahaja)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Macam biasa ita masak dalam periuk nasi.
Tapi kaedah memasak nasi lemak ni lain sedikit, kita guna kaedah tumis darat.
Beras yang kita dah cuci dan dah di toskan kita masukkan ke dalam periuk nasi dan ketepikan

Dalam periuk lain yang kecil, cairkan margerin atau butter.
Kemudian tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Masukkan juga serai, daun pandan, halia dan bawang yang telah di hiris.
Masak hingga naik bau aromanya dan bawang garing
Masukkan santan dan air
Perasakan juga dengan garam dan gula.
Masak hingga mendidih

Bila dah mendidih, tuangkan dalam periuk nasi yang ada beras dalammya
Tanak nasi seperrti biasa.
Bila dah masak gemburkan dan tutup semula periuk dan biar dia masak sempurna.

  
AYAM SAMBAL BERSERAI
Resepi Oleh : Mamak Haji

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil, cuci dan toskan
Ayam ni ita gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng dahulu 1/2 masak atau goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan

20 tangkai cili kering ~ di potong rendam hingga kembang, cuci bersih dan kisar halus
4 batang serai ~ 2 batang ita hiris dan kisar dan 2 batang lagi ita ketuk
2 inc lengkuas ~ kisar halus
1 inc kunyit hidup ~ kisar halus
8 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar ~ di kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3/4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
gula secukupnya anggaran 2 sudu besar
garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk menumis


Baki minyak goreng ayam tadi tinggalkan 1 senduk dalam kuali untuk menumis.
Tumiskan bawang, lengkuas, kunyit dan serai yang di kisar halus
Masukkan juga serai yang di titik dan tumis hingga harum dan terbit minyak
Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing
Bila dah garing masukkan asam keping, santan, garam dan gula secukup rasa
Biar kuah merenih sebentar
Akhir sekali masukkan ayam goreng, masak hingga ayam sempurna masaknya dan meresap sebati bersama kuahnya.


Ok! sekarang nasi kita dah pun masak.. lauk ayamnya pun dah masak..
Boleh lah kita hidangkan nasi ni bersama telur rebus dan timun..
emmm.... bau dia.. perghhhh!!! buatkan ita tak sabar betul nak merasa..
Apa tunggu lagi..
Bismillah....




Puding Kek Cendol dan Cincau

$
0
0

Puding kek, telah menjadi satu trend dewasa ini. Puding yang di lapisi dengan lapisan kek lebih di gemari kerana bukan sahaja enak malahan corak dan warnanya cukup memikat sesiapa sahaja yang memandang.



Mungkin ada yang sedikit keliru antara agar-agar , puding, dan juga jelly.
Agar-agar sedikit keras teksturnya dan lebih padat.
Jelly pula lebih kenyal, ringan dan warnanya lebih bersinar
Puding pula biasanya lebih lembut dan ada yang di makan bersama kuah susu, santan atau kastard.


Untuk menyediakan Puding dan agar-agar biasanya kita menggunakan agar-agar serbuk atau agar-agar bertali. Jika dahulu ramai yang menggunakan agar-agar tali tapi kini ramai yang beralih kepada agar-agar serbuk, kerana penyediaannya lebih mudah dan cepat.
Manakala untuk menyediakan jelly pula kita menggunakan serbuk jelly.

Sebenarnya jika kita bijak dan kreatif , kita boleh mengolah sendiri pelbagai jenis agar-agar dan puding yang cantik dan menarik.

Hari ini ita sempat sediakan puding kek yang bukan sahaja menarik malahan cukup enak rasanya.
Puding ni sangat sesuai sebagai hidangan untuk majlis tertentu maupun untuk kenduri kendara.

Untuk resepi puding ini ita menggunakan loyang spring yang berukuran 8 inc. Apa yang anda perlukan adalah 1 keping kek span pandan sebagai dasar puding ini. Jika tak ada kek span pandan anda jug boleh menggunakan kek span vanilla.

Jom kita lihat apa bahan yang kita perlukan


PUDING KEK CENDOL DAN CINCAU

Lapisan A( Lapisan Dasar )

1 keping kek span pandan  saiz 8 X 8 inc ~ untuk resepi kek span pandan boleh rujuk di SINI

Lapisan B( lapisan Coklat)

250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur
secubit garam

Lapisan C

400 ml santan cair ( 200 ml santan KARA + 200 ml air )
5 gm agar-agar serbuk
80 gm gula halus
1 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
sedikit pewarna hijau apple
sedikit pewarna kuning lemon


Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api
Kemudian di tapis.
Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.

Satukan bahan C kecuali
Cendol
Cincau
Pewarna kuning dan hijau

Dan masak hingga agar-agar dan gula melarut
Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol
Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi.
* jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning.
Biarkan ia sejuk dan mengeras

Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau.
Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu
Simpan di dalam peti ais hingga beku
Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.





Gulai Lemak Pucuk Paku Sambal Tempoyak

$
0
0

Lama juga tak makan lauk kampung. Sesekali beralih selera ke lauk kampung aduh... tak terkata enak dan lazatnya. Di lawankan pula dengan sambal belacan, ikan goreng dan nasi hangat.. memang tak boleh nak kata apa lagi lah...

Suami ita memang cukup mengemari masakan kampung, cuma ita sahaja yang kadang kala malasnya nak masak.. hihi
Tapi kan kadang kala ita fikirkan patut juga ita selalu masak masakan kampung dan perkenalkan dengan anak-anak.. biar mereka biasa dengan makanan tok nenek mereka ni..

Tak sangka Dalili juga suka lauk ni..





Sebenarnya ita ni tak pernah tau makan tempoyak. Taulah kan tempoyak tu di perbuat daripada durian yang di peram. Ita ni manalah makan durian, baunya aje pun ita dah nak pengsan. Tapi bila suami teringin nak makan ita sebagai isteri kenalah masakkan.. kata orang bukan mudah nak dapat pahala tau! Mak ita kata kalau nak kumpul pahala dan nak masuk syurga.. layan suami baik-baik.. insyaallah adalah tempat kita di syurga nanti..

Suami ita bawa pulang 2 ikat pucuk paku. Ni mesti nak suruh masak pucuk paku.. kadang kala pening juga ita nak fikir nak masak apa untuk keluarga. Mujur ada buku resepi Santapan Gulai Tradisi dari Pak Engku yang banyak membantu ita memasak di dapur.

Bila sebut pucuk paku pasti ramai yang nak tahu apa khasiatnya kan..


Terdapat beratus spesis paku pakis ( ferns) yang ada, namun hanya beberapa jenis sahaja yang biasanya boleh di jadikan sayur. Pokok paku yang biasa nya di jadikan sayur adalah dari spesis Athyrium Esculentum atau lebih sinonim di gelar pucuk paku oleh  masyarakat tempatan

Kebiasannya pokok paku tumbuh meliar di pinggir sungai, paya, ladang-ladang dan juga kawasan yang lembab dan teduh dari pancaran matahari.  Ia membiak secara spora yang di sebarkan oleh angin pada daunnya yang cukup matang. Tapi kini ada juga pokok paku di tanam secara komersial bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Dahulu lebih di kenali sebagai sayur kampung , tapi kini ia semakin di gemari ramai. Kebiasannya hanya pucuk dan sayur muda yang tiada spora sahaja yang di ambil untuk di jadikan sayur, kerana ianya lebih lembut.


Pelbagai resepi boleh di olah dengan pucuk paku, antara yang popular adalah masak lemak kuning, di goreng, di buat kerabu dan pelbagai lagi mengikut selera dan kreativiti masyarakat setempat.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam. - See more at: http://umikasum.blogspot.com/2011/03/pucuk-paku-orang-sarawak-panggil-midin.html#sthash.XVQ3FzkT.dpuf
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam. - See more at: http://umikasum.blogspot.com/2011/03/pucuk-paku-orang-sarawak-panggil-midin.html#sthash.XVQ3FzkT.dpuf
Pengambilan pucuk paku sebagai makanan di jamin selamat dan ia juga mengandungi banyak khasiat. Di katakan 100 gm pucuk paku mengandungi 4.8 mg zat besi. ia juga mengandungi vitamin A Betakoretina yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mengurangkan masalah rabun malam.
Tumbuhan liar ini juga kaya dengan fosfurus dan kalium. Bagi perubatan tradisional pula ianya di katakan permasalahan kepada masalah cirit beret. Pucuknya yang muda sangat sesuai di jadikan ulam-ulaman.

Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.

Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam. - See more at: http://umikasum.blogspot.com/2011/03/pucuk-paku-orang-sarawak-panggil-midin.html#sthash.XVQ3FzkT.dpuf
Kali ini ita cuba pula Gulai Lemak Pucuk Paku Sambal Tempoyak.
Tempoyak???? macam mana nak masak ni...
Mula ita siap tutup hidung dengan kain kerana tak tahan baunya.. ya ampunnn...
Tapi bila dah masak dan merasa.. emmm..... sedapnyaaaa..... tak sangka sedap sangat!
Bertambah-tambah juga ita makan tau.. pulak di lawankan dengan sambal belacan dan ikan goreng.. memang berasap telinga di buatnya..


GULAI LEMAK PUCUK PAKU SAMBAL TEMPOYAK
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

300 gm udang sedrhana besar ~ di bersihkan
2 ikat pucuk paku ~ di bersihkan ambil pucuk dan daun muda sahaja
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc kunyit hidup ~ dikisar
10 tangkai cili api ~ dikisar
3 tangkai cili merah ~ dikisar
1 batang serai ~ di ketuk
2 inc belacan
1 sudu besar tempoyak
500 ml santan
300 ml air
minyak untuk menumis

Pucuk paku, di bersihkan lalu di potong 2 inc panjang. Ambil bahagian daun dan pucuk yang lembut sahaja.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serai yang di ketuk, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan tempoyak dan air Kacau rata dan biarkan ia mendidih
Masukkan santan, udang, pucuk paku dan garam secukup rasa
Renihkan sebentar dan sedia di hidangkan





Pisang Goreng Cheese

$
0
0

Pisang Goreng Cheese cukup popular sekitar pertengahan tahun ini. Ianya sangat mendapat permintaan ramai hingga ada yang merebut peluang keterujaan orang ramai untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan.

Ramai yang menceritakan dan mengambarkan betapa enak dan lazatnya bila dapat menikmati pisang goreng cheese. Bertambah enak lagi bila di makan ketika masih hangat.. pergh..!




Pisang Goreng Cheese di katakan dessert yang cukup popular di negara jiran Indonesia. Ianya di jual di jalanan dan sangat di gemari warga setempat maupun para pelancung.
Ada juga yang menyatakan resepi ini berasal dari Sabah. Tak kiralah dari mana asal usulnya, kini ia telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia pula.


Pada awal kemunculannya, ita tertanya-tanya juga.. sedap ke?
Ita hanya dok bayangkan pisang yang berenang dalam minyak di curahkan pula dengan susu pekat manis dan ditabur pula dengan cheese dan coklat rice.. ya Allah... berkilo-kilo lah kalori berenag-renag dalam badan yang semakin hari semakin montok ini..

Keinginan untuk mencuba dan merasa terpaksa di pendamkan memandangkan kerisauan terhadap tubuh yang semakin hari bagaikan di pam-pam.. bulatnya.

Di sebabkan ramai permintaan daripada rakan follower yang minta ita kongsikan resepi dan juga atas permintaan anak ita Dalili yang  teringin nak merasa, maka hari ini ita mulakanlah proses menambahkan lemak dalam badan ini... erghhhhh.....!!


Resepi kali ini ita ambil dari blog cik adik kita yang manis dan rajin memasak ni.. Azhafizah
Sebenarnya nak buat pisang goreng cheese ni tak lah susah mana pun.. rasa adik-adik dan anak-anak pun boleh mencuba.

Apa bahan yang kita perlukan pastilah pisang. Pisang ni anda boleh guna apa-apa pisang yang sesuai untuk di goreng seperti pisang nipah, pisang tanduk, pisang nangka atau pisang lain yang sesuai di goreng.

Pisang janganlah terlalu keras dan jangan juga yang terlalu masak, yang sedang-sedang aje ya.. kalau muda sangat nanti dia keras dan tawar.. tak sedap pula. Kalau pisang masak sangat nanti dia benyek dan serap minyak yang banyak pula.

Jika di Indonesia, biasanya pisang ni di goreng terus dalam minyak panas tanpa di celup tepung. Tapi biasanya pisang ni kalau kita tak celup tepung dia akan menyerap minyak yang banyak. Rasanya pun tak berapa enak.
Ada juga sesetengah tempat di Indonesia ianya tidak di goreng sebaliknya di bakar.

Jika nak celup tepung boleh gunakan resepi pisang goreng yang ita pernah kongsikan sebelum ini di SINI

Atau kalau nak lebih ringkas boleh lah guna tepung goreng pisang segera dari ADABI. Atau kalau nak yang lebih mudah lagi, bolehlah beli pisang yang dah siap di goreng dari gerai menjual goreng pisang berhampiran rumah anda.. ha.. mudah kan..

Kali ini ita menggunakan pisang nangka untuk resepi kali ini


PISANG GORENG CHEESE
Resepi Oleh : Fiza

Pisang Goreng

Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur


Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan


Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.









Sup Tulang Berempah 2

$
0
0

Sup Tulang Berempah ni selalu ita sediakan terutamanya bila ita membeli tulang di pasar. Ita juga kerap sediakan bila ita tak berapa berselera nak makan, bila badan mula rasa tak sedap.. Makan sup panas dengan nasi hangat terasa segar sikit bila badan mula berpeluh.



Resepi ini ita pernah kongsikan sebelum ini di SINI. Selalu ita malas dah nak share resepi yang ita dah pernah kongsikan, tapi kali ini ita tambahkan cili api dan asam keping, atas permintaan suami yang inginkan sup yang pedas dan terasa masam sedikit kerana dia tak berapa selera dan tak sedap berapa badan..

Resepi masih lagi dari tuan empunya yang sama siapa lagi kalau bukan Pak Engku. Tak perlu di perkenalkan lagi kerana rata-rata semua sudah tahu akan kehebatan dan kepakaran anak kelahiran Kampung Batu Laut ini.

Jom lah kita intai resepi orang tak berapa sihat hari ini..


SUP TULANG BEREMPAH
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg tulang
5 ulasbawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 biji bawang merah belah 4
2 helai daun pandan
2 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
3 camca besar rempah sup daging
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 batang saderi ~ dihiris kasar
50 ml susu cair
5 tangkai daun sup - dihiris halus
4 camca besar minyak masak
100 gm bawang goreng
1 liter air
garam secukup rasa
Dalam resepi kali ini ita tambah 5 biji cili api yang di ketuk
Ita juga tambahkan 1 keping asam keping



Tulang direbus dgn daun pandan sehingga empuk.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia dgn kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serta buah pelaga sehingga naik bau.
Tuangkan air rebusan tulang tadi, masukkan tulang. Renihkan sehingga tulang pada daging lembut.
Kemudian masukkan rempah sup, susu cair, lada hitam, hirisan batang saderi dan garam secukup rasa.
Ita masukkan juga cili api dan asam keping
Apabila sudah mendidih, taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Sedia di hidangkan bersama nasi putih atau roti






Viewing all 808 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>