Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 808 articles
Browse latest View live

Nasi Goreng Belacan Spesial...

$
0
0

Bangun pagi, nampak lebihan nasi semalam di dalam periuk nasi.
Ita ni kalau nampak lebihan nasi memang sarapan nasi gorenglah nampaknya.
Sayang nak buang nasi.. ingat pesan mak masa ita kecik-kecik dulu, jangan buang nasi, nanti dia nangis..
Kata mak lagi nasi adalah makhluk Allah juga.. ia juga ada roh
Ita akur.. bila mak pesan.. walaupun kadang ita tau.. mak tak nak kita membazir.. bak kata iklan..sebutir nasi ibarat peluh petani..



Biasanya ita masak nasi goreng yang biasa-biasa aje.. nasi goreng ikan bilis, nasi goreng kampung..  nasi goreng Cina, tapi hari ini ita nak cuba yang lain sikit lah..

Ita terus googel cari resepi yang special sikit.
Dalam pencarian tu ternampaklah Nasi Goreng Belacan yang di kongsikan oleh Fiza's Cooking.
Wah... macam menarik aje..
Apa yang menambat hati ita adalah nasi goreng ini dimakan bersama daging masak kicap yang sangat-sangat mudah penyediaannya..
Kalau yang mudah-mudah ni.. lagilah semangat nak memasak dan mencuba kan..

Bahannya juga tak rumit.. mudah dan ringkas
Apalagi, cepat-cepat ita salin dan mula beroperasi di dapur..


NASI GORENG BELACAN
Resepi Oleh : Fiza's Cooking

2 mangkuk nasi sejuk ~ di peroikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar

1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan

Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak


Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam
Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula


Dah pun siap nasi kita... macam tak sabar aje nak makan kan..
Bau dia.. perghhh.. cik abang dah mula tanya.. dah boleh makan..? aiii... dah mula berkeroncong lah perutnya tu.. ^-^ ambik bau dulu ya...
Belum boleh makan lagi ni.. masih tak complete.. kita sediakan lawanya pula
Ini lah yang specialnya nasi Goreng Belacan, sebab dia di makan bersama Daging Masak Kicap yang mudah dan simple..
Apa tunggu lagi.. jom kita inta-intai bahan-bahannya


DAGING MASAK KICAP

300 gm daging batang pinang ~ dipotong nipis cuci bersih
~ daging batang pinang ni dia lembut, cepat masak dan kalau masak tak perlu rebus. Kalau daging lain kena rebus dulu ya..

1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar kicap manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar ~ di hiris yang ni ita tambah
5 biji cili padi ~ di belah 2 yang ni pun ita tambah
Garam dan gula secukup rasa atau Maggi Cukup Rasa



Walla....
Dah siap pun nasi goreng kita ni..
Jangan lupa lawankan dengan telur dadar, ulam-ulaman dan sambal belacan..

Macam mana nak buat telur dadar?
Mudah aje.. ambil 2 biji telur campurkan secubit garam
Kocok telur
Panaskan sedikit minyak dalam pan leper
Tuangkan 1/2 daripada telur, bila dah masak tu tak perlu terbalikkan, masa panas-panas terus gulung.
Lepas tu buat lagi dengan 1/2 bahagian baki telur.
Sama aje caranya
Lepas siap dah boleh potong..

Perghhhh.... terangkat sehhh...
Makan panas-panas dengan teh O kosong pun dah tak pandang mak mertua lalu tau!
Ita suka daging masak kicap ni.. mudah dan ringkas tapi sedap! kalau makan dengan nasi putih pun sedap ni...

Apa tunggu lagi..
Tak kan nak tengok aje...
Jom kita mulakan...
Bismillah..






Kek Asas 3 Kek Span Coklat yang mudah

$
0
0

Ramai yang bertanya, bagaimana nak membuat kek span asas yang lembut dan gebu..
Ita masih setia pada yang satu.. Kek Span Coklat yang di kongsikan oleh sifu ita siapa lagi kalau bukan Chef kesayangan ramai Chef Amer

Ramai yang mengeluh, bila buat kek span dia akan penyek atau turun selepas kek siap di bakar.
Jangan tak tau.. ada juga student Chef Amer yang pergi kelas tapi bila balik masih lagi message ita dan tanya..
 " kak Ita... kenapa kek span yang chef ajar saya buat tak jadi.."
Dah pergi kelas pun masih tak jadi jugak?.. wahhh... masalah besar ni...




Ita rasa mungkin kurang memberikan tumpuan semasa guru mengajar.. ialah bila berada di dalam kelas Chef yang happening giler tu.. dengan chef yang tak habis-habis buat lawak.. pasti ada yang terkucil.. kan..
Ingat pesan mak ita.. jangan suka sangat nanti nangisss...
huhu... memang menangisss.. bila buat kek tak menjadi.. spoil mood satu hari jadinya.. mulalah salahkan resepi..

Bila ita joind kelas chef ita lihat semangat pelajar memang sangat berkobar-kobar.. dengan ipad.. lah.. dengan handphone yang canggih bagai.. di rakam setiap apa yang chef buat boleh kata dari A to Z lah... Tapi bila balik rumah semua lupa.. hihi samalah.. macam ita..

Sebenarnya membuat kek tak sama macam kita memasak . Kalau masak ni kita boleh ikut suka.. nak tambah itu.. nak tambah ini.. nak kurangkan itu.. nak kurangkan ini.. ikut selera dan citarasa kita...
Tapi kek dia sangat sensitive..silap percaturan.. alamak.. masuk mulut cik tong lah kek kita tu..

Sebelum membuat kek kita kena ada sedikit ilmu. Cuba baca sedikit info tentang rahsia membuat kek.. baca pasal bahan kek seperti tepung.. gula.. telur.. baking powder.. soda.. apa fungsi setiap bahan tersebut.. bila kita tahu dan faham.. sebenarnya baru kita tahu macam mana nak handle kek kita nanti..


Sebagai contoh, jika di dalam resepi menyatakan menggunakan tepung kek.. jangan pandai-pandai pula di tukar kepada tepung gandum.. ke.... tepung beras ke.. tepung roti ke.. tepung jagung ke.. Ingat! setiap molekul di dalam tepung itu tidak sama ya!

Jika di nyatakan telur.. kebiasannya untuk kek kita perlu menggunakan telur gred A sahaja. Jangan ambil mudah pergi ambil telur ayam di dalam reban.. yang kita tak tau saiznya.. ya..

Gula juga memainkan peranan.. gula pasir tak sama gula halus dan tak sama juga gula kaster dan gula perang. Fungsi setiap gula juga berbeza. Jangan bila di dalam resepi kata gula halus.. kita pergi ambil gula pasir dan kisar bagi halus.. pulak! no.. no.. no.. jangan buat macam tu.. pergi cari jugak gula halus sampai dapat...

Fungsi butter dan mentega juga tak sama tau! kalau kata guna minyak.. guna minyak jagung ya.. jangan minyak makan..pulak!  cap pisau lah.. cap buruh lah.. nanti kek ada bau yang tak sedap tau kalau guna minyak masak.. cari minyak jagung sebab ia lembut dan tak berbau.

Kalau kata guna minyak jangan pepandai pergi cairkan butter untuk ganti minyak.. taulah nak lagi sedap kalau guna butter.. tapi tolong baca resepi betul.. betul.. cik kak.. ya...

Butter jugak tak sama ya.. ada yang bergaram.. ada yang tak bergaram.. yang sedap pastilah tanpa garam tapi harganya mahal sikit.. Ingat! butter tak sama dengan margerin.. tak sama dengan lemak sayuran atau lempa susu.. dan jangan pepandai pula gantikan butter dengan minyak sapi.. eh.. bukan boleh pecaya.. semua ni.. kadang nak cepat main hentam keromo aje.. pas tu bila tak jadi.. masyaallah... panjang berjela pm dan msg yang akak nak kena terangkan..

Lagi satu bab sukatan.. kena sukat betul-betul. jangan main agak-agak aje.. tak boleh.
Penimbang untuk timbang bahan kek tak sama macam timbang yang kita timbang ikan dan daging kat pasar tu.. Cari penimbang yang khas untuk sukat bahan kek. Cari yang elektronik punya lebih mudah. Kalau boleh cari yang bila timbang walaupun 1 gm pun dia boleh kesan...

Kalau dalam resepi kata dalam gram.. kita sukat dengan gram.. sebab sukatan cecair ni kalau dalam gram dan dalam liter pun tak sama juga banyaknya..

Cara memukul jugak ada tekniknya.. Tak boleh sembrono aje.. masuk dalam blender lah.. kalau dalam resepi kata masuk blender.. baru buat.. kalau tidak jangan pandai-pandai ya..


Masa membakar adalah sangat penting. Suhu kena pastikan betul dan tepat. Kebiasannya suhu kek antara 160 C ~180 C bergantung pada usian oven kita. Biasa kalau oven baru tu dia panas sikit apinya.. kalau yang dah lama tu biasalah.. terkial-kial nak panas..
Kalau oven kecik pun suhunya  lain berbanding oven besar.. kalau oven besar tu.. kalau masuk 1 loyang kek yang saiz 8 inc suhu tu kena lah adjust sikit... bagi stabil..

Bila kek sedang di bakar jangan asyik tutup bukak oven tu..
5 minit sekali bukak oven.. emmm... memang comfirm kek tu bentat..
Kek ni bila kita masak oven tak boleh di buka hingga kek kita masak. Kalau dalam resepi kata 45 minit masa membakar.. tunggu hingga 45 minit.. bila dah cukup masa cucuk dengan lidi.. kalau masih basah, cepat-cepat masukkan semula dan bakar balik dalam 15 minit atau tambahan masa yang sesuai hingga kek kita masak sempurna. Jangan bila dah buat kek tengah malam.. mata dah mengantuk.. bila kek dah masak terus tutup oven.. lepas tu tinggalkan kek dalam oven.. esok pagi baru tengok.. bila kek mendap.. mula lah berbakul-bakul pahala dapat kat tuan resepi.. yang dikatakan kongsi resepi tak iklas dan tak betul.. huhu... sedih akak dik.. ^__^


Setiap kek tu ada tekniknya.. terutamanya kek span yang cukup sensitive..
Hari ini ita akan kongsikan bagaimana caranya ita menyediakan Kek Span Coklat yang lembut dan gebu.

Kek ni ada tekniknya ya.. walaupun nampak mudah tapi kena  fahamkan betul-betul.. cara kendalikannya ya..

KEK SPAN COKLAT
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah Saji

Mula-mula kita sediakan bahan-banahn yang di perlukan



4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!



Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?
Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun


Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit


Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven
Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek
Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
Lepas tu terus terbalikkan semula
Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
Ingat kek span ni dia sensitive sikit
Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan..

Macam mana cara nak ptong kek kepada kepingan?
Boleh rujuk di SINI


waaahhh... gebu dan memantul-mantul kan kek nya...
Kalau buat bantal pun sedap jugak ni.. hihi ^_^




Puding Tiramisu yang marvelous..!

$
0
0

Sedapnya lah puding tiramitsu ni..
Ita sebenarnya tidak mengemari rasa moca, kopi atau Nescafe. Bila makan pasti kepala rasa ting! tong!




Tapi di sebabkan berkenan sangat dengan puding Tiramitsu kak Wan ni, ita pun godek-godeklah puding sementara menanti kek ita masak.

Minggu ni ita banyak tempahan kek, mungkin di sebabkan minggu ni cuti Hari Kebangsaan , ramailah yang merebut peluang untuk mengadakan majlis perkhawinan, pertunangan dan ulang tahun.
Ada beberapa kek yang ita kena siapkan.. Jadi sementara menunggu kek yang sedang di bakar ita pun godek-godeklah resepi puding yang dah lama berkenan nak buat tapi tak sempat-sempat oleh kekangan masa..

Buatnya pun tak lah susah mana sangat. Bahan yang minima lagilah buatkan teruja sangat nak mencuba.
Jika kak wan menggunakan biskut lady finger untuk puding tiramitsunya, ita sebaliknya menggunakan lapisan kek untuk dasar bawahnya. Ita menggunakan kek kerana bagi ita ia mudah untuk ita memotongnya nanti.


Mungkin ada sedikit kesilapan yang ita lakukan, Sebenarnya ita telah pun membahagikan lapisan puding antara lapisan telur dan lapisan moca sama banyak. Tapi di sebabkan lapisan dasar puding ita adalah lapisan kek, ianya meresap ke dalam kek tersebut menjadikan lapisan moca ita tu agak nipis dari lapisan telur. Jika ita buat semula puding ni nanti ita harus lebih peka pada bahagian ini.. mungkin ita kena lebihkan bahangian moca. Tapi kan rasanya dah ngam sangat tau! lapisan moca tu tak lah banyak sangat bagi ita yang tak mengemari rasa moca ni... Cuma mungkin tidak berapa indah di pandang.

Tapi serius ita katakan puding ini sangat sedap! anda peminat rasa moca, kopi, Nescafe pasti mengemarinya..
Suami ita pun kata sedap! ita yang tak suka moca pun turut suka dan beberapa keping juga ita makan.. kalau ting tong kejap lagi ni... matilah ita... sebab kek tempahan customer tak siap lagi ni...
harus kena telan pil migraine..

Puding ni cara buatnya sangat mudah. Bahan yang kita perlukan pun tak banyak, rasanya semuanya ada di dapur.. Jom kita intai bahan-bahannya..


PUDING TIRAMISU
Resepi Oleh : Citarasawan

Lapisan bawah

12 keping biskut lady fingers
~ untuk lapisan bawah ni boleh gunakan biskut lady fingers atau boleh guna kek span.
Untuk resepi kek span boleh rujuk di SINI
Resepi kek tu banyak, buat 1/2 adunan sahaja
2 sudu teh serbuk kopi segera atau Nescafe
Nescafe di bancuh dengan 50 ml air panas

Letakkan 1 keping lapisan kek di dalam springform pan
Basahkan lapisan kek dengan  1/2 bahagian air Nescafe ~ bakinya di simpan untuk lapisan moca

Lapisan Moca

10 gm serbuk agar-agar
600 ml susu cair
80 gm gula halus
1/2 bahagian air Nescafe dari lapisan bawah
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes moca

Masukkan agar-agar, susu cair dan gula di dalamn periuk dan masak hingga gula dan agar-agar larut.
Masukkan esen vanila
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 bahagian letakkan baki air Nescafe dan tambahkan 1 sudu teh pes moca

Tuang atas lapisan kek
Sejukkan di dalam peti ais

Lapisan atas

1/2 bahagian agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit serbuk koko

Panaskan semula 1/2 bahagian agar-agar
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kocok sedikit
Tuang di dalam agar-agar yang di atas dapur semula
Tutup api


Keluarkan agar-agar dari peti ais
Cakar-cakar atasnya atau cucuk-cucukkan atasnya dengan garfu
Tuang agar-agar telur tadi
Simpan semula di dalam peti ais hingga keras
Ayakkan serbuk koko di atasnya
Potong dan hidangkan dingin






Ribon Kecil step by step

$
0
0


Ita banyak terima pertanyaan "bagaimana kak ita buat ribon yang kecik-kecik tu.."
Ok hari ini ita kongsikan bagaimana ita membuat ribon kecil dari gumpaste ni.




Sebelum itu kita lihat dahulu apakah bahan-bahan yang kita perlukan untuk membuat ribon kecil


RIBON KECIL

Bahan-bahannya

Gumpaste ~ warna mengikut pilihan
Gumpaste sahaja ya kalau fondant dia lembik tak boleh nak bentuk nanti
roll untuk mencanai gumpaste.
Pisau untuk memotong
Kad yang di potong bentuk seperti gambar di atas.



Caranya

Potong manila kad atau kad yang keras membentuk seperti gambar 1
Canai gumpaste tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis
Letakkan kad yang telah di potong di atas gumpaste dan potong bentuk corak kad menggunakan pisau pemotong
Jangan lupa juga bahagian tengahnya
Lipat ke dalam hujung tepi
Begitu juga yang di sebelahnya
Letakkan ikatan tengah, potong lebihan
Dah pun siap ribon kita dan bolehlah di hiaskan di atas kek kita nanti







Jangan buat fitnah.. berdosa tau!

$
0
0

Assalamualaikum...
Salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja kalian berada...
Di sini lahirnya sebuah cinta....
Di harap cinta kita akan senantiasa mekar.. harum.. dan mewangi..




Ita juga mengharapkan semoga kunjungan anda ke blog ita yang tak seberapa ini akan melahirkan rasa cinta..
Lahirnya cinta kepada makanan...
Dari makanan lahirnya cinta kepada masakkan..
Dari masakkan lahirnya cinta kepada keluarga..
Cinta antara suami dan isteri..
Cinta antara anak dan ibu..
Lahirnya cinta untuk memasak.. dan memasaklah dengan rasa cinta untuk mereka yang sangat kita cintai..

Hujung minggu ini ita macam biasa pasti sibuk dengan tempahan dari customer.
Menyiapkan tempahan kek perkhawinan dan hantaran untuk teman dan jiran ita yang anaknya bertunang semalam. Selamat bertunang untuk Fifie dan tahniah buat kak Ziela yang bakal menerima keluarga baru tidak lama lagi..


Minggu ini juga ita dikejutkan dengan berita, Harraz di masukkan ke hospital kerana sakit mata. Matanya membengkak dan tak surut walaupun dah di titiskan ubat mata oleh mamanya. Harraz kerap sakit mata.. Masa datang rumah ita pun matanya bengkak. Menurut kata ibunya Harraz memang kerap sakit mata, tapi kebiasannya bila di titiskan ubat daripada doktor yang biasa di kunjungi, ia akan ok!. Tapi kali ini tak mau surut-surut dan akhirnya memaksa mamanya membawa Harraz ke Hospital dan di tahan untuk pembedahan kecil.. kata doktor.
Alhamdulillah Harraz dah ok! bisul kecil pada matanya dah pun pecah dan tak jadilah untuk dilakukan pembedahan.. Kesian Harraz.. jaga kesihatan Harraz.. jangan lasak-lasak.. ikut cakap mama ya.. semoga Harraz cepat sembuh dan boleh main dengan Sufi semula.. ^_^


Minggu ini juga ita mendapat tempahan kek daripada rakan sekolah ita Yati. Dah lama tak jumpa Yati sejak Yati dan suaminya menetap di Vietnam.
Minggu ini Yati dan suami pulang semula ke Johor, ada beberapa urusan katanya selain mengunjungi saudara mara dan sahabat handai yang lama di rindui.
Yati minta ita buatkan kek Choc Indulgence, terliur dengan kek yang ita buatkan untuk Yati, memaksa ita membuat sebuku lagi untuk ita dan keluarga.
Sebenarnya dah lama ita tak makan kek Indulgence ni.. hihi bila dah sibuk dengan tempahan.. nak buat kek untuk sendiri pun dah malas.. sebabnya bila dah hari-hari mengadap kek dah rasa muak lah pulak dengan rasa coklat dan vanilla..
Tapi kali ni macam tak boleh tahan pulak...!


Ita ada menerima pm daripada rakan di FB bertanyakan tentang resepi katanya..
" kak ita selalu cuba resepi Puteri Manja.. saya dengar dia penipu dan resepinya semua tak betul.. ya ke kak ita?" 
Haaa??
Terkejut ita mendengarnya..
Baru-baru ini ita ada terbaca dari sebuah blog yang mendedahkan tentang penipuan Puteri Manja, ia melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila resepi yang di cuba tidak menjadi..
Astargfirullah hal azzim..... mengucap panjang ita bila membaca setiap apa yang di lontarkan.. pelbagai kata-kata yang tidak sopan di tujukan kepada Puteri Manja dan kuncu-kuncunya yang di katakan bersekongkol dengan Puteri Manja.

Ita ingin jelaskan di sini.. Ita sebenarnya tidak mengenali Puteri Manja secara in person. Ita hanya mengenali beliau sewaktu awal-awal ita ber fb. Pada masa itu ramai rakan-rakan di FB yang teruja untuk mencuba pelbagai resepi.. namun bukan mudah pada masa itu kerana tidak ramai yang ingin berkongsi resepi. Dari situlah ita berkenalan dengan Puteri Manja yang pada ita sangat jujur di dalam berkongsi resepi.
Puteri Manja jika tidak silap ita menetap di Singapura. Beliau adalah seorang wanita yang berkerjaya. Tapi dalam masa yang sama cukup suka memasak untuk keluarga. Apa yang ita sangat kagumi beliau, di samping tugasan pejabat dan kesibukkan beliau menguruskan rumahtangga, beliau juga masih meluangkan masa untuk berkongsi resepi kepada semua. Ita tahu niat beliau bukan untuk meraih populariti, tapi sekadar berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.

Ita kagum bila melihat beliau sangup mengambil gambar step by step setiap resepi yang beliau kongsikan, walaupun mungkin menggunakan kamera compak sahaja tapi ita pasti merakamkan gambar sambil memasak bukanlah sesuatu yang mudah.. ita sendiri pun tidak mampu nak lakukan sebagaimana yang beliau lakukan.
Bukan itu sahaja, beliau juga cukup rajin melayan setiap pertanyaan dan persoalan yang di kemukakan. Ia menjawab dan menerangkan dengan jelas hingga kita faham. Begitulah Puteri manja yang ita kenali.

Ita juga ada mencuba beberapa resepi daripada Puteri Manja, dan setiap resepi yang beliau kongsikan dan ita cuba tidak pernah pula menghampakan. Ita juga percaya, sudah ramai rakan-rakan yang mencuba resepi daripada beliau dan ada yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan kini..

Tapi bila ita membaca tuduhan dan fitnah yang di lemparkan pada beliau.. ita cukup kecewa dengan sikap masyarakat kita sekarang ini.. Jangan kerana anda tak pandai menari.. anda nak salahkan papan lantai yang jongkang jongkit.. tuduhan yang anda lontarkan itu cukup keterlaluan dan telah jatuh fitnah pula.. insaflah dan bawa-bawalah bertaubat..

Kepada Puter Manja, sahabat ita di alam maya.. banyak-banyaklah bersabar di atas setiap fitnah dan tomahan.. Berdoalah pada Allah supaya mereka ini di berikan hidayah oleh Allah dan di bukakan hati untuk bertaubat..



Kek Choc Indulgance bersama tips dan panduan

$
0
0



Lamanya ita tak buat kek untuk di makan sendiri.
Sejak ita mula mengambil tempahan kek.. mood nak buat kek untuk makan keluarga pun berkurang. Kadang rasa muak pula lihat kek yang banyak dengan bau vanilla dan butter.
Kalau ita buat pun kadang-kadang anak-anak pun dah tak lalu nak makan.. mungkin mereka pun dah naik jemu.. lebih-lebih lagi melihatkan ibunya yang hari-hari membuat kek.

Tapi bila kawan ita Yati minta ita buatkan kek Choc Indulgence.. seakan terasa nak makan kek pula tekak ita ni. lama juga ita tak membuat kek continental ni..

Terlanjur mengodek kek Yati, ita godek sekali untuk ita.. ^_^





Dapat merasa sepotong kek pun jadilah untuk menghilangkan rasa mengidam ita ni..

Ita pernah sediakan kek ini sebelum ini di SINI
Resepi yang pernah di kongsikan oleh sahabat maya ita Puteri Manja.
Ramai rasanya yang dah mencuba resepi beliau.. ada kata jadi.. ada kata tak menjadi.. biasalah adat kita mula belajar..
Tapi apa yang ita nak ingatkan, bila kita dapat resepi ni kita kena fahamkan betul-betul.. tak boleh main terus buat aje..
Baca, faham dan kita juga kena ambil tahu bahan-bahan yang di gunakan. Kadang ada bahan nama sama tapi kandungan berbeza. Itu semua kita kena teliti dan fahami.
Cuba lihat tepung nampak sama tapi setiap tepung berbeza tau! sama juga macam gula.. banyak jenis.. butter pun sama juga.. dan yang pasti anda kena dapatkan telur yang terbaik untuk mendapatkan kek yang cantik, gebu dan sedap!


Kek Choc Indulgence pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu.
Bagi mereka pengemar kek pasti tidak akan sangup menolak sepotong kek choc Indulgence yang creamy.. walla.. sedapnya..

Pasti anda semua juga pasti ingin merasa dan jika boleh pasti ingin menyediakan sendiri kek ini untuk mereka-mereka yang di sayangi..


Hari ini ita akan tunjukkan kaedah dan penyediaan bagaimana nak menghasilkan kek Indulgence yang creamy.. enak dan lazat dengan hasil kek yang pasti membuatkan mereka yang melihatnya terpukau!

Macam mana dah bersedia bersama ita..
Ingat.. ya, sebelum anda mulakan sila fahami setiap apa yang ita terangkan.. kaji dahulu resepi dan fahami fungsi bahan.. jika ada yang anda kurang fahami.. sila kemukakan soalan anda di bawah.. insyaallah ita akan terangkan semula mana yang anda tidak faham..
Apa tunggu lagi mari kita mulakan..



KEK CHOC INDULGENCE

Mula-mula kita sediakan kek span coklat dahulu.


Resepi untuk kek span asas coklat dengan cara membuatnya ita pernah kongsikan SINI


Potong kek span coklat kepada 4 keping
Tips dan panduan

  • Pastikan anda memotong kek dengan ketebalan yang sama untuk mendapatkan potongan yang cantik
  • Pastikan anda memotong kek setelah kek benar-benar sejuk
  • Pastikan anda memotong kek span dengan pisau yang tajam. Kaedah memotong kek pernah ita kongsikan di SINI
  • Pastikan anda memotong kek setelah semua bahan untuk melayer kek seperti krim atau coklat sudah tersedia. Ini untuk mengelakkan kek anda kering kerana terdedah lama di udara.
  • Jika anda nak potong kek dahulu, pastikan anda membalut setiap kepingan kek dengan plastik wrap supaya kek tidak kering.
Setelah siap kek ketepikan... kita sediakan krim putih dahulu.
Mari kita lihat bahan-bahan untuk krim putih dahulu, sebelum ita terangkan beberapa panduan penting yang perlu anda berikan perhatian untuk mendapatkan hasil kek yang menarik, enak dan lazat.



Resepi Krim Putih 1

60 gm gula icing
2 biji kuning telur
120 gram mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
100 gm coklat masakan putih
260 gm Krim tenusu

Pastikan anda larutkan dahulu gelatin dan air. Kaedah melarutkan gelatin pernah ita kongsikan di SINI
Pastikan anda cairkan coklat masakan terlebih dahulu. Kaedah mencairkan coklat masakkan ita pernah kongsikan di SINI
Resepi ini menggunakan Krim Tenusu (Anchor seperti dalam gambar) Krim ini amat sukar di kendalikan bagi anda yang kurang mahir. Sekirannya anda masih tidak mahir di dalam penggunaan krim tenusu, anda boleh lupakan resepi ini... anda boleh gunakan resepi Krim Putih 2 yang akan ita akan kongsikan di bawah nanti.


Pastikan gula icing di ayak terlebih dahulu.
Satukan gula icing dan telur gambar 1
Pukul sebentar dengan hand mixer gambar 2. Ini untuk menyatukan gula dan telur terlebih dahulu.

Kemudian panaskan dengan kaedah kukusan gambar 3. Pastikan bekas mengisi telur lebih besar dari periuk berisi air di bawah supaya ia tidak bersentuhan dengan air di dalam periuk

Adunan akan menjadi pekat dan berkrim gambar 4





 Masukkan gelatin dan putar rata


Sementara itu, di dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan warnanya pucat.
Kenapa kita gunakan mentega tanpa garam?
Supaya krim kita terasa lebih enak dan berkrim
Bila dah lembut dan kembang, masukkan krim telur tadi, sambil terus di putar gambar 2
Masukkan pula coklat putih yang telah di cairkan gambar 3
Terus putar hingga rata
Ketepikan


Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental.
Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.
Jika anda masih tidak mahir menggunakan krim tenusu, anda skip resepi ini dan pilih resepi Krim Putih 2 yang akan ita kongsikan di bawah nanti.
Jika anda juga alah pada krim tenusu anda boleh skip resepi ini dan pilih resepi Krim Putih 2
Tapi jika anda sukakan krim yang lebih enak.... Krim Putih 1 lebih enak rasanya.




Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.
Lama masa menyimpan bergantung pada kesejukan pti ais anda.

Pasti akan ada soalan.. Kenapa krim putih ini tidak boleh terus di gunakan?
Kerana ia sedikit lembik dan sukar untuk anda ratakan pada kek nanti. Oleh itu anda perlu keraskan teksturnya dahulu untuk memudahkan anda paipkan di atas kek nanti.

Resepi Krim Putih 2

Kaedah dan cara membuat Krim Putih 2 adalah sama dengan kaedah di atas. Cuma yang membezakan antara keduanya adalah kita tidak menggunakan gula icing dan tidak menggunakan krim tenusu. Sebaliknya krim tenusu di tukar kepada krim bukan tenusu.


Ini hanyalah salah satu contoh krim bukan tenusu. Anda juga boleh menggunakan jenama lain seperti Value Pride, Mauri, Presto, Vivo atau lain-lain yang terdapat di kedai menjual bahan kek.
Untuk mengetahui apa perbezaan antara krim tenusu dan krim bukan tenusu, anda boleh baca perbezaannya sebagaimana yang ita pernah kongsikan di SINI.

Di dalam resepi Krim Putih 2 juga kita tidak menggunakan gula icing. Krim putar bukan tenusu kebiasannya telah tersedia manis, oleh itu kita tidak perlu menambahkan gula. Tapi jika krim yang anda gunakan tidak manis, anda perlu tambahkan gula yang sama sukatannya seperti resepi Krim Putih 1

2 biji kuning telur
120 gram mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
100 gm coklat masakan putih
260 gm Krim Bukan Tenusu

Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan putih
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi
Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan putih dan putar lagi
Ketepikan

Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag.
Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan.

Sudahkah anda membuat pilihan krim mana yang ingin anda gunakan?
Buatlah pilihan yang bijak

Setelah siap krim putih, kita ketepikan sebentar dan kita sediakan pula krim coklat.
Sama juga sepeti krim putih, anda boleh pilih samaada nak buat Krim Coklat 1 atau Krim Coklat 2.

Cara dan kaedah membuatnya juga sama. Apa yang membezakannya adalah penggunakan coklat masakkan gelap.
Jom kita intai resepinya



Krim Coklat 1

80 gm gula icing
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Tenusu

Cara dan kaedahnya sama seperti cara Krim Putih ( sila rujuk gambar krim putih jika anda kurang jelas)
Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan gelap
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi


Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata
Ketepikan


Dalam mixer bold yang lain ( pastikan bersih) putar krim tenusu hingga kembang dan kental.
Pastikan anda memukul sehingga ia kental sahaja. Jika anda terus memukul ia akan mencair semula dan krim ini tidak boleh di gunakan lagi.
Jika anda masih tidak mahir menggunakan krim tenusu.... anda skip resepi ini dan pilih resepi Krim Coklat 2 yang akan ita kongsikan di bawah nanti.
Jika anda juga alah pada krim tenusu anda boleh skip resepi ini dan pilih resepi Krim Coklat 2
Tapi jika anda sukakan krim yang lebih enak Krim Coklat  1 lebih enak rasanya.

Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim coklat yang ada campuran telur tadi.
Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag dan simpan di dalam peti ais 1 jam sebelum ia boleh di gunakan.
Krim Coklat 2

Sama seperti Krim Putih 2, Krim Coklat juga tidak menggunakan gula icing. Ia juga tidak menggunakan krim tenusu sebaliknya menggunakan krim bukan tenusu. Anda boleh juga menggunakan krim bukan tenusu yang berperisa coklat jika anda suka rasa coklat yang mewah.


Cara dan kaedah membuat krim coklat 2 sama seperti cara dan kaedah membuat krim coklat 1. Sila rujuk gambar untuk memudahkan anda memahami cara dan kaedahnya.

80 gm gula icing
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu

Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan gelap
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi

Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata
Ketepikan

Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag.
Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan.


Sekarang kedua-dua krim kita telah pun tersedia untuk di gunakan. Bolehlah kita mulakan proses untuk melayer kek pula.


Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian ya untuk setiap lapisan
Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
Letakkan 1/2 bahagian krim putih
Dan ratakan
Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas krim putih
Letakkan 1/2 bahagian krim coklat dan ratakan
Letakkan 1 lapis lagi kek coklat
Letakkan baki krim putih dan ratakan
Letakkan kek coklat yang terakhir
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki krim coklat hingga rata ke seluruh kek
Kemaskan


Kek yang telah di salut krim ini di simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam untuk mendapatkan hasil kek yang cantik bila di potong nanti.

Bila kek dan siap bolehlah kita siapakan Ganache Coklat untuk di salutkan pada bahagian luar kek
Untuk memahami kaedah penyediaan ganache coklat anda boleh rujuk di SINI

Ganache Chocolate

Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012


Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan

Anda boleh rujuk kaedah membuat ganache coklat di SINI






Kek yang telah set tadi bolehlah anda salutkan dengan ganache coklat
Ada 2 kaedah untuk anada menyalutkan coklat pada kek. Anda boleh gunakan kaedah curah. Caranya bolehlah anda rujuk sebagaimana yang pernah ita kongsikan di SINI
Atau anda boleh menggunakan kaedah sapuan sebagaimana yang ita pernah kongsikan di SINI
Salut kek hingga anda mendapat permukaan yang licin.

Sedikit tips untuk menyalut kek dengan ganache
Pastikan kek anda benar-benar telah keras ( paling kurang 8 jam di dalam peti ais) ini untuk mengelakkan krim anda cair dan melurut bersama coklat yang panas.
Bagi kaedah sapuan pula, pastikan coklat ganache tidak terallu cair dan tidak terlalu pekat untuk memudahkan anda melalukan proses melempa atas kek.
Anda juga kena pastikan kek anda telah betul-betul keras ( semalaman di dalam peti ais) supaya bila anda sapukan ganache coklat krim tidak mengikut atau tertarik keluar.


Sekarang kek anda dah pun siap, simpan di dalam peti ais sebentar sebelum di deco dengan kreativiti anda.



Potong kek dengan pisau yang halus dan tajam untuk mendapatkan potongan kek yang cantik.
Kaedah dan cara memotong kek juga ita pernah kongsikan di SINI




Lamanya lah tak makan kek Choc Indulgence ni..
Apa tunggu lagi kawan-kawan meh le kita menjamu selera..
Dah tak tahan dah bau dia yang harum mewangi dengan vanilla..
Lelehan coklat ini benar-benar mengugat keimanan..



Bismillah.....





emph.... sedapnyaaaaa..... sangat creamy.. 
Nak sikit...

* untuk resepi kek ita ini ianya bersaiz 9 inc. Tinggi 5 inc dan berat 2.5 kg

Kek Clown jom belajar buat clown

$
0
0

Hari ini ita kenalah siapakan satu tempahan kek ulang tahun untuk seorang anak mat salleh ni... Mulanya ita menolak untuk terima tempahan memandangkan ita sibuk dengan Dalili yang dah semakin hampir hari examnya.

Tapi bila kak Lina, sahabat dan customer yang senantiasa menyokong dan merupakan antara individu pertama yang menempah kek dengan ita merayu.. ita pun cair lah.. adoiii... akak ni bukan boleh di rayu-rayu.. mesti cair..




Akhirnya ita buatkan lah kek Rainbow yang bersaiz agak besar juga ni 14 x 11 inc. Kek ni dalamnya rainbow cake yang di lapisi cream cheese frosting. Luarnya pula di salut dengan buttercream. Kek ni simple aje deconya.. mujur mat salleh ni tak cerewet.. dia nak yang simple-simple aje untuk anaknya yang berusia 7 tahun pada tahun ini.


Hiasan kek ni ita hias dengan clown sebagaimana yang di mita customer. Simple aje..
Tapi ita memang suka buat kek yang simple-simple macam ni.. kalau yang serabut tu pening kepala ita di buatnya.
Kadang ada juga customer yang suka kek dia penuh-penuh.. kalau boleh semua dia nak suruh kita letak atas kek.. sampai dah tak tahu kat mana nak di potong.

Pada ita less is more..
Lagi simple lagi cantik , nampak eksklusif dan elegant.. kalau serabut nampak macam kampungan pulakkan..






Suka ke dengan clown ni..
Nak tau bagaimana nak buat clown dari buttercream ni..
Mari ita tunjukkan caranya...
Manalah tau kalau ada yang nak hiaskan clown pada kek ulang tahun anak-anak.. boleh lah mencuba nanti kan..

Mula-mula kita kenalah sediakan buttercreamnya dahulu

Buttercream

150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna

* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.


Bila dah siap buttercream tu bolehlah kita warnakan mengikut warna yang kita suka.
Selain buttercream kita juga perlukan nozel.


Nozel yang ita guna ni nozel bintang dengan nombor 18 dan nozel untuk rumput dengan nombor 133. Yang lain tu tak payak nozel, masuk dalam piping bag dan gunting aje lubang kecil pada hujungnya. Yang ni untuk bahagian tangan dan juga kasutnya.
Selain nozel kita juga perlukan piping bag



Masukkan warna yang kita dah pilih di dalam piping bag kita tadi. Dah sedia untuk di gunakan.
Macam mana dah bersedia nak buat clown...?

Clown 1 ~ Duduk



Clown 2 ~ Mengiring






Clown 3 ~ Meniarap


Anda boleh buat terus clown ini atas kek. Jika takut lah kan tak jadi ke.. nak praktis dulu ke.. boleh buat atas lapik plastik. Bila dah siap bekukan di dalam freezer. Bila ia dah keras bolehlah angkat dan alihkan di atas kek pula.



Mudah aje kan..
Selamat mencuba



Nasi Goreng Cendawan

$
0
0


Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.
Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.




Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Cendawan


Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Ia juga mengandungi 9 asid amino dengan 19 - 35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ialah vitamin B1, B2, Niasin, Biotin dan Vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca , Na , Mg dan Cu

Rujukan :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Cendawan_tiram

Setelah kita ketahui kebaikan dan khasiat cendawan. Hari ini ita akan kongsikan satu lagi resepi iaitu Nasi Goreng Cendawan. Resepi di kongsikan oleh Che' Nom di IResepi. Sedap tau nasi goreng cendawan ni !.

Nasi goreng cendawan juga merupakan antara feberet anak-anak ita. Kalau makan di luar ini juga antara menu yang seringkali mereka pesan.

Jom apa tunggu lagi.... kita memasak yok!



NASI GORENG CENDAWAN
Resepi Oleh : Che' Nom
Rujukan : IResepi

3 cawan nasi sejuk ~ di peroi
3 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1 mangkuk kecil cendawan tiram ~ di carik-carik halus
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil lada sulah
3 ekor sotong ~ potong bulat
1/2 batang lobak merah ~ di potong halus atau di dadu
Sayur kobis ~ di hiris
Bawang goreng
Ikan bilis goreng

Bahan Kisar

1 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan karot, kemudian masukkan sotong dan diikuti telur dan cendawan
Kacau hingga telur menjadi hancur.
Masukkan pula nasi yang telah diperoi dan kacau sehingga semua bahan menjadi sekata.
Masukkan sos ikan serta serbuk lada sulah dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering .
Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng , ikan bilis goreng, sambal tumis dan telur rebus.

 







Gulai Nenas

$
0
0

Gulai nenas adalah lauk yang sering mak ita sediakan masa ita kecik-kecik dulu.
Mak kata lauk ni senang aje nak masak dia.. tak payah nak tumis-tumis.. boh aje semua dalam periuk, bila dah didih dah boleh di makan..




Kata mak lagi gulai nenas ni kalau nak masak sedap dengan ikan tamban.. ikan selar kuning atau ikan cermin yang kecik-kecik tu..
Bermakna lauk ni sesuai untuk ikan yang kecik-kecik aje lah kan.. ikan besar tu tak berapa sedap kata mak lagi..
Tapi hari ni ita masak guna ikan bawal yang kecik ni..
Hanya ikan ini aje yang ada dalam peti ais.. tekak pula terasa nak makan gulai nenas.. Nenas yang buat rojak hari tu ada lagi berbaki.. tu yang makin bergelora rasa nak masak gulai nenas.


Bila ita mula-mula masak gulai nenas, suami ita sedikit terkejut.. dia kata macam mana ita boleh masak gulai nenas.. katanya gulai nenas juga sering di sediakan oleh atuk dan emaknya.. Masakkan Kelantan ni katanya..
Aii... ya ke..?
Ala kita kan serumpun.. pasti sedikit sebanyak adalah menu dan hidangan yang sama..
Tapi mungkin yang Kelantan punya tu lain lah sikit kan.. yang ni versi orang Pontian Johor..



GULAI NENAS

1 biji nenas sederhana besar ~ buang kulit dan empulur tengah potong kecil
3 ekor ikan bawal kecil ~ ikan yang sedap ikan tamban, ikan selar kuning atau ikan cermin

10 tangkai cili merah ~ di kisar
7 biji bawang merah ~ di kisar
3 ulas bawang putih ~ di kisar
1 inc belacan ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 inc kunyit hidup ~ di kisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa


Masak lauk ni senang aje..
Mula-mula kita kisar semua bahan yang perlu di kisar
Kemudian masukkan ke dalam periuk
Masukkan nenas yang telah di potong
Tambahkan air
Kemudian rebus hingga didih dan nenas layur
Masukkan ikan dan asam keping
Biar ia merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Rasanya kena ada rasa masam-masam manis


Dah pun siap gulai nenas..
Enak di makan bersama nasi hangat dan ikan goreng
Tak payah lauk lain lagi dah...
Bismillah....


Tuna Sandwich Orang Bujang

$
0
0


Bila anak-anak pulang bermalam di rumah, masing-masing sibuk meminta emaknya tunjukkan cara memasak yang mudah dan simple.
Katanya tak tahan makan di luar.. dah lah mahal.. rasa entah apa-apa lah rasanya..
Kenalah emaknya buat kelas memasak di rumah untuk anak-anak..




Bila anak-anak bujang masuk dapur.. pastilah riuh rendah dapur di buatnya..
Bukan periuk belanga aje yang menjerit.. maknya pun turut menjerit sama..
Ya Allah.... bang berseraknya dapur emakkkk.....

Sesekali tak ape.. ya..
Kalau selalu ada pengsan emaknya..

Anak-anak ita memang suka ke dapur.. dan selalu juga tolong ita memasak.
Kalau mereka nampak emaknya sibuk dengan tempahan.. merekalah yang mengambil alih tugas memasak.. tapi masih lagi di bawah pengawasan emaknya..

Tak kiralah anak bujang atau anak dara pada ita asas memasak adalah cukup penting.. yang utamanya mesti tau masak air.. masak nasi.. goreng telur.. goreng ikan.. ini yang penting mereka kena tau.. supaya jika keadaan darurat.. tahulah mereka nak survived....

Bila dah mula jadi siswa, kenalah tinggal sendiri.. makan, minum , membasuh pakaian semuanya sudah menjadi rutin.. tiada lagi makan di dewan asrama.. dan tiada lagi doby untuk membantu membasuh baju..
Bermulalah satu farsa baru di dalam kehidupan anak-anak..

Bila mereka pulang bermalam di rumah , macam-macam lah cerita yang kita dengar.. kadang ketawa besar kami sekeluarga bila anak-anak bercerita.. ada yang lucu.. ada yang emo.. biasalah tu kan.. mereka nak meluahkan rasa hati.. sebagai ibu dan bapa kenalah kita menjadi pendengar yang setia.. menegur mana yang tidak betul dan menguraikan mana yang kusut masai..


Hari ini Amirul belajar buat sandwich. Amirul ni dia tak suka makan yang berat-berat. Yang dia suka makan yang mudah, dan ringkas. Jadi sandwich adalah segalanya..
Sesuai untuk sarapan pagi.. atau makan tengah hari bagi mereka yang berdiet.. boleh jadi untuk makan malam atau untuk supper bagi mereka yang selalu berjaga malam..

Ita biarkan dia buat semuanya..
Dari beli barang di pasaraya.. hingga sampai peringkat menghidang..
Boleh.. tahan...boleh tahan...
Bila dah siap sibuk dia merakamkan gambar masakkannya..
Wah! bangga sekejap nampak riak wajahnya bila dapat menyiapkan sandwich sendiri..
Nak kongsi dengan kawan-kawan kat instragram.... katanya lagi sambil tersenyum bangga..


eeemmmmm.... sedapnya mak...
fuh! tak sangka mirul boleh buat sandwich sedap macam ni..
Lepas ni bolehlah mirul buka cafe... AMIRUL'S cafe...
dah mula berangan lah tu.....


 Untuk mendapatkan resepi Tuna Sandwich ini anda boleh singah ke SINI




Kek Asas 4 Kek Span Vanilla

$
0
0

Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi kek span asas.
Jika sebelum ini ita kongsikan kek span coklat yang lembut, gebu dan mudah di SINI
Hari ini ita kongsikan pula kek span vanilla yang juga mudah, lembut dan gebu.




Kes span asas vanilla biasanya kita gunakan sebagai asas kek. Contohnya jika nak buat kek strawberry , blueberry cheese cake, sebagai dasar kek cheese yang tidak perlu di masak atau juga sebagai dasar  puding kek yang tengah meletup-letup sekarang.

Cara dan kaedah penyediaan kek span vanilla ni sama sahaja seperti kek span coklat anda boleh rujuk cara dan kaedah penyediaan step by step membuat kek span coklat sebagaimana yang pernah ita terangkan di SINI


KEK SPAN VANILLA

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Mula-mula satukan, tepung kek dan baking powder  kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
Tepung kek ni sama juga dengan  tepung superfine  atau tepung halus


Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?
Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun


Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit

Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven
Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek
Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
Lepas tu terus terbalikkan semula
Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
Ingat kek span ni dia sensitive sikit
Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan..




Macam mana cara nak ptong kek kepada kepingan?
Boleh rujuk di SINI


Nasi Air sedap rupanya nasi air ni..

$
0
0



Ini lah akibatnya kalau asyik dok mengadap drama di kaca TV.
Bila nampak orang masak ni.. mak esok masak tuuuuu...
Bila oarang masak tu.. mak esok masak niiii....
Dalili... Dalili..




Hari ini ita masak nasi air.. Ini semua gara-gara menonton drama Nasi Air di kaca TV kemarin
Macam sedap aje mak.. terliur kita..
Esok balik Kelantan kita carilah..
Ala.. bilalah mak nak balik kampung ayah.. nampak air liur kita dah menitik-nitik ni..
Dia kalau nak... macam tu lah.. kalau tak di ikutkan merajuklah tu...
Ikut siapalah tu.. kuat merajuk


Heee... sebenarnya ita pun terlur jugak.. uiii.. macam sedap aje kan..
Ita cuba salin resepi.. ala.. cepat pulak dia cakap..
Apa susah-susah.. google aje...
ya tak ya jugak ek..
Mesti ada resepi ni kat tenet..

Ita mula mencari resepi nasi air
Cari punya cari akhirnya bertemu resepi yang di idamkan.. resepi di kongsikan oleh Mama Dee
Menurut Mama Dee resepi ini adalah resepi dari ibunya.. mesti sedap kan.. resepi orang lama..
Menurut Mama Dee lagi nasi air ni berbeza dari bubur nasi.. Beras untuk memasak nasi di tanak bersama air rebusan daging.. waaa.... mesti sedap ni kan..


Masa ita balik Kelantan ada juga mak mertua ita tanya.. ita nak makan nasi air tak?
Ita ni tak tau nasi air tu apa sebenarnya.. takut yang pelik-pelik karang tak boleh makan pulak..
eiishh.. ni dah tau harus ita cari bila balik Kelantan nanti..

Bahan-bahan untuk memasak nasi air ni tak lah susah sangat nak cari..
Cara penyediaannya juga tak lah rumit sangat..
Anda nak cuba?
Jom kita masuk dapur kita masak sama-sama.. Yok!



NASI AIR
Resepi Oleh : Mama Dee


Mula-mula kita rebus dahulu tulang dan daging hingga empuk. Ada yang kata daging dan tulang itu hendaklah di rebus hingga daging tu hancur paling kurang 3 jam.
Air rebusan daging ini kita larikan 4 cawan untuk menanak nasi.

Sekarang kita lihat pula bahan-bahan yang kita perlukan untuk menanak nasi


NASI

1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang atau daging
3 hiris halia ~ di hiris atau di ketuk
2 ulas bawang butih ~ di hiris atau di ketuk
sebatang serai ~ di ketuk
garam secukup rasa

Masukkan beras ke dalam periuk nasi
Masukkan juga serai, halia dan bawang putih
Tambahkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan air rebusan tulang
Tanak nasi seperti biasa. Sukatan air perlulah banyak. Nasi air ini sedikit lembik dari nasi biasa. Kira macam bubur lah sikit.

Sekarang kita sediakan pula kuah supnya


SUP DAGING

5 cawan air rebusan tulang ~ ita masak sekali dengan tulang-tulang tadi
4 hiris ~ dihalia
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji cengkih ~ ita tambah
3 kuntum bunga lawang ~ ita tambah
1 bungkus sup bunjut sup
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub daging ~ ita tambah


Proses membuat sup ini kita perlu tumis dahulu bahan-bahan hirisan dan rempah tumis di dalam kuali lain. Proses ini di panggil tumis darat.
Bila dah garing barulah kita masukkan ke dalam air rebusan daging tadi

Tips untuk mendapatkan sup yang enak. Semasa menumis bawang, serai dan halia, masukkan sekali garam dan gula.
Karamel daripada gula akan menghasilkan sup yang enak

Dah pun siap sup kita.
Sekarang kita sediakan daging goreng yang akan di makan bersama nasi air kita.
Resepi ini di kongsikan oleh seorang rakan ita. Katanya resepi dari Thailand, tapi memang sedap kalau makan dengan nasi pun sedap..


DAGING PA KA PAW

1/2 kilo daging batang pinang ~ jika tak menggunakan daging batang pinang, anda boleh ambil daging dari daging yang telah di rebus tadi.
Hiris daging keci-kecil
Ita perapkan daging dengan garam dan kunyit dahulu

20 tangkai cili padi ~ di hiris jika tak suka pedas kurangkan
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa



Sedap tau daging ni.. ita dok meratah aje.. tengok-tengok dah sikit dah yang terhidang atas meja.. hihi
Selain daging dan kuah sup nasi air ini juga di makan bersama

Ikan bilis goreng
Daun sup dan daun bawang yang di hiris
Kobis yang di hiris
Bawanag goreng
Sedikit lada sulah
Sayur Jeruk ~ yang ni ita tak tau apa jadi ita tak letak

Ada juga yang kata Nasi Air ni sedap di makan dengan sambal pauh. Tapi ita tak buat sambal pauh tu. Kalau ada yang nak buat boleh jugalah cuba

SAMBAL PAUH

Ikan kembung di bakar dan ambil isinya
Buah pauh ( mangga muda) di racik
Cili padi ~ ditumbuk
Asam limau
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili padi dengan isi ikan kembung dan mangga muda
Tambahkan garam dan gula
Perahkan asam limau

Dah pun siap...
Bagai mana pula cara nak menghidangkannya..
Jom ita tunjukkan


Cara Menghidang
Mula-mula kita sendukkan nasi lembik kita ke dalam mangkuk
Letakkan daging goreng kita tadi
Letakkan juga ikan bili yang dah di goreng
Taburkan kobis ~ ita guna kobis ungu hihi.. kobis baki Amirul buat sandwich
Taburkan juga daun sup dan daun bawang
Taburkan juga bawang goreng
Akhir sekali curahkan kuah..
Tambahkan lada sula jika suka...
wallllaaaa.... sedapnya...
Tak sabar nak makan..


wow!... tak sangka.. sedap nasi air ni..
Kebetulan ita memang suka makanan yang bersup ni.. adoiii... terasa menyesal pulak masa balik Kelantan tak pekena nasi air ni..
Lepas ni kalau balik Kelantan harus di cari Nasi Air ni..

Dalili makan bertambah-tambah.. sama berebut dengan ayahnya..
Lain kali kalau masak ita kena masak 2 cawan nasi tu.. 1 cawan tu macam tak cukup kalau nak makan bertambah.. hihi

Mak esok masak nasi air lagiiiii....

Kan saya dah kata... sedap!..



Nasi Goreng Ikan Masin

$
0
0

Hari ini ita masak Nasi Goreng Ikan Masin untuk sarapan kami sekeluarga pagi ni.
Kebetulan nasi yang ita masak semalam ada berbaki, sayang pula nak buang.. jadi ita buatlah nasi goreng. Kalau dah sarapan nasi goreng ni tengahari ni masak lewat lah sikit.. sebab dah kekenyangan makan nasi goreng.



Suami ita memang suka makan nasi goreng. Sebab dah terbiasa kot.. orang Kelantan kebiasannya suka mengambil nasi sebagai sarapan pagi. Sebab tu ita tak ada masalah sangat untuk sediakan sarapan..

Nasi goreng ikan masin ni sama juga macam nasi goreng yang lain. Cuma di dalam penyediaannya tentulah ikan masin menjadi perencah utama di dalam penyediaannya. Ada yang menggunakan ikan jeruk dan tak kurang juga menggunakan ikan masin biasa.. Tapi kebiasannya menggunakan ikan masin yang banyak isinya seperti ikan tenggiri atau ikan kurau.

Ita pula menggunakan ikan tenggiri. Sedap juga nasi goreng ikan masin ni..
Ada sedikit kelainan mungkin di dalam cara menghidangnya. Nasi goreng ikan masin ni kebiasannya di hidangkan di atas telur yang di dadar nipis.. itulah yang membezakannya dari masi goreng yang lain selain ramuan ikan kering yang di masak bersama..

Apa tunggu lagi.. jom kita masak!


NASI GORENG IKAN MASIN

1 mangkuk nasi putih sejuk ~ yang telah di peroi
1 keping ikan masin atau ikan jeruk ~ tenggiri atau kurau di siat-siat atau di hiris nipis
5 ulas bawang merah ~ di kisar atau di tumbuk halus
3 ulas bawang putih ~ di kisar atau di tumbuk halus
10 biji cili padi ~ di kisar atau di tumbuk halus (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar ~ kicap cair atau stock ikan
garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
2 butir telur


lobak merah ~ di hiris
Sayur sawi ~ di hiris jika suka
Daun sup dan daun bawang ~ jika suka
Cili merah ~ hiris nipis sebagai hiasan
Sayur-sayur ni terpulanglah nak letak sayur apa bersesuaian dengan selera

Barang-barang pun dah tersedia, jom kita mula memasak


Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan yang di kisar atau di tumbuk tadi
Masak atau tumis hingga garing dan harum
Masukkan ikan masin gaul rata
Tambahkan sos tiram dan stock ikan, Jika tak ada stock ikan boleh gantikan dengan kicap cair.
Boleh tambahkan kiub ikan jika suka
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Hati-hati di dalam penggunaan garam kerana ikan masin, sos tiram dan stock ikan juga mengandungi garam.
Kemudian masukkan nasi
Gaul semuanya rata
Akhir sekali bolehlah kalau nak letak sayur-sayuran

Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak
Kocok sedikit telur bersama sedikit garam
Tuang dalam kuali leper dan dadarkan nipis
Angkat dan letakkan di atas pinggan hidang
Letakkan nasi goreng ikan masin di atasnya
Sedia di hidangkan bersama sos cili atau sambal belacan jika suka




Cheezy Berry Puding

$
0
0

Cuaca yang panas hari ini menuntut ita untuk menyediakan pemanis mulut yang sejuk dan dingin untuk keluarga.
Hari ini ita sediakan Cheezy Berry Puding setelah berapa lama mengidam nak merasa keenakkan puding ini.
Sebenarnya ada dua kaedah membuat puding ini, kaedah pertama menggunakan gelatin dan kaedah yang kedua menggunakan agar-agar.
Ita memilih untuk menggunakan agar-agar kali ini supaya puding mudah di potong dan tahan lebih lama bila di hidang di luar.



Puding sebagaimana yang kita ketahui sangat enak bila di makan dingin
ianya juga sesuai sebagai hidangan untuk majlis keraian atau juga untuk majlis perkhawinan.
Sesuai sebagai hidangan pemanis selepas menjamu selera.


CHEEZY BERRY PUDING

Mula-mula sediakan lapisan kek span vanilla untuk lapisan dasar puding. Resepi kek span vanilla ni bolehlah dapatkan daripada SINI
Mungkin adunan kek span vanilla itu agak banyak, jadi buatkan untuk 1/2 adunan sahaja. Potong kek kepada kepingandan hanya menggunakan 1 kepingan sahaja.
Letakkan kepingan kek ke dalam loyang springform kek bersaiz bulat 8 inc.
Spraykan permukaan kek dengan jus lemon untuk melembabkan kek

Resepi Jus Lemon

Ambil 1/2 biji lemon bancuhkan dengan sedikit air suam dan sedikit gula
masukkan di dalam botol spray dan spraykan atas kek.


Lapisan Cheezy

1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm)
4 cawan air
1 cawan gula halus
400 ml susu cair ~ nak guna susu segar pun boleh
100 gm krim keju ~ suhu bilik
2 sudu teh blueberry emulco
Sedikit pewarna purple
* kalau nak tambah susu pekat manis pun boleh tapi nanti sesuaikan rasa manisnya ya...

Masak aga-agar bersama air dan gula hingga larut
Tambahkan susu cair, bluberry emulco dan pewarna purple
Sementara itu putar krim keju hingga lembut
Ambil 1 senduk agar-agar masukkan ke dalam krim keju dan putar hingga rata
tuangkan semula ke dalam agar-agar dan masak sebentar
Tutup api dan tuangkan atas lapisan kek
Biarkan ia mengeras


Lapisan Berry

1/2 peket agar-agar serbuk ( 5 gm)
700 ml air
1/2 cawan gula
2 sudu besar blueberry filling
sedikit pewarna purple

Masak gara-agar  dengan air dan gula hingga larut
Masukkan blueberry filling atau blueberry pure serta sedikit pewarna purple
Masak hingga larut

Agar-agar yang telah keras tadi di cakar-cakar permukaannya dengan garfu
Tuangkan lapisan berry
Sejukkan
Sedia di potong bila agar-agar benar-benar sejuk dan dingin



Kuih Kaswi Pandan

$
0
0


Kuih Kaswi ini ita sediakan untuk minum petang kami sekeluarga petang semalam. Kuih kaswi adalah kuih kegemaran anak ita Dalili dan juga kuih yang palig kerap di sediakan oleh emak ita. Tapi kebiasannya kuih kaswi yang emak ita sediakan kuih kaswi warna coklat gelap yang menggunakan gula timbang atau gula merah.



Emak ita memang terkenal dengan kuih kaswinya yang lembut dan enak di kalangan keluarga dan juga para pelanggannya. Emak ita dahulu menjaja kuih kaswi. Kuih kaswi dan beberapa jenis kuih yang lain emak hantar ke warong Mak Long yang terletak di tepi pantai Lido. Kebiasannya kuih mak pasti habis dan laris.


Bila ita nampak yatie kongsikan kuih kaswi kemarin... terasa-rasa pula nak makan kuih kaswi. Tapi kali ini ita memilih untuk membuat kuih kaswi pandan. Kebetulan ita tak pernah makan kuih kaswi pandan kerana dah terbiasa dengan kuih kaswi gula merah.

Ita pun godek-godeklah di dapur memandangkan daun pandan pun ada bebaki beberapa helai.. kalau di biarkan layur pula dia nanti di makan hari..


Dalili lah yang paling suka bila tau ita nak buat kuih kaswi, tapi dia tak tahu yang kuih kegemarannya ini dah bertukar warna.. hihi
Tak sabar dia nak merasa..
aik... napa hijau pula warna kuih ni...
Cuba rasa dulu.. sedap tak?
Sedap lah mak... 
Berselera sungguh dia makan.. berketul-ketul juga kuih ini masuk ke mulutnya
Emak.. esok buat lagiii... tapi kita nak yang hitam tu pulak ya..
Dalili... Dalili...


KUIH KASWI PANDAN
Resepi Oleh : Cikgu Hafi MyR
Rujukan : Yatie


2 cawan  air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan potong kecil masuk didalam blender, tambahkan 2 cawan air dan kisar halus. Kemudian di tapis

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan emulco
1 sudu kecil air kapur makanan

secubit  garam ~ gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut ~ putih sahaja


Satukan semua bahan kecuali kelapa parut dan garam ke dalam bekas dan kacau rata
Masukkan di dalam mesen pengisar dan kisar halus
Kemudian tapis
Tuangkan di dalam loyang  8 inc yang telah di sapukan minyak jagung dan di lapik plastik
Atau boleh juga tuangkan ke dalam acuan kecil yang telah di oleskan minyak jagung
Kukus di dalam kukusan yang telah mendidih airnya
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis di atas kuih
Kukus selama 30 ~ 40 minit jika menggunakan loyang
Kukus selama 20 minit jika menggunakan acuan kecil
Setelah masak sejukkan kuih hingga benar-benar sejuk sebelum di potong dengan pisau plastik yang telah di oleskan sedikit minyak jagung
Hidangkan bersama kelapa putih yang telah di gaulkan dengan sedikit garam

*Jika semasa mengangkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal




Kek Gula Hangus akhirnya......

$
0
0

Kek Gula Hangus.. Kek Sarang Semut.. Kek Sarang Lebah adalah kek yang sama.. yang membuatkan hidup ita tak keruan...

Ita cukup mengemari kek yang satu ini.. tapi banyak kali ita cuba buat tak pernah yang menjadi..
Setiap kali kawan-kawan post gambar kek gula hangus masing-masing, ita seakan menjeruk rasa.. Kenapalah.. saya punya tak jadi.. jadi.. bukan nak nampak sarang lebah... sarang semut.. sarang anai-anai pun tak muncul.. muncul.. 
Namun ita tak pernah putus asa.. ita terus cuba dan mencuba.. Mana sahaja resepi kek gula hangus yang ita tak cuba.. setiap kali kawan-kawan berkongsi resepi.. ita pasti tak melepaskan peluang untuk mencuba.. tapi hasilnya selalu menghampakan.. sedih sangat...





Nasib baik ita suka kek ni.. terkulat-kulat nak menghabiskan.. telan jugak walaupun hati remuk redam.. manalah silapnya..

Ita banyak menbaca tentang kek yang satu ini.. pelbagai tips yang di kongsi untuk mendapatkan sarang semutnya.. namun semuanya tak menjadi.. di mana silapnya ita pun tak pasti..
Menurut apa yang CMG kata.. kek sarang semut ni dia perlu kenyal.. jika teksturnya seperti sponge maknanya tak menjadilah kek tersebut..

Ita pernah makan kek ini dan antara kek yang ita suka.. Kek ni rasanya memang kenyal.. warnanya agak gelap dan warna gelapnya tu macam hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip memandang..

Jaluran halus yang menjalar lubang-lubang kecil seakan sarang semut yang membuatkan lekat namanya di gelar kek sarang semut.. itulah yang membuatkan semua ingin mencuba..


Ita kalau makan kek ni.. ita suka gigit sikit-sikit sebab ita cukup suka melihat corak semutnya.. Teringat dulu masa mak kata nama kek ni kek sarang semut.. ita sibuk mencari kalau ada semut di dalam lubangnya.. takut juga nak makan.. maklumlah semutkan...? kata orang kalau makan semut nanti otak kita bengap 44 hari.. hahah.. gelak aje emak bila ita sibuk mencari semut dalam lubang kek tu..

Kemarin.. ita nampak  Kak Nor buat kek ni.. sekali lagi hati ita berbunga ceria.. cantiknya corak kek itu... Seperti biasa ita akan baca setiap apa yang di catat.. dan komen daripada pembaca.. ita nak tahu ada tak apa-apa tips bagi membantu ita mendapatkan hasil yang sama..

Resepi kali ini kak Nor cuba resepi dari Cida ita dah berapa kali mencuba resepi yang sama.. tapi tak tahulah mungkin nasib belum menyebelahi ita untuk dapatkan hasil yang cantik! Akhirnya ita terbaca yang kak Nor kata biasanya dia menggunakan resepi arwah ibunya.. Ita terus lihat resepi dari arwah Ibu kak Nor dan terus salin.. Ita harap kali ini menjadi..


Sepanjang ita mengadun.. mulut ita tak berhenti berkumat kamit membaca doa.. Ya Allah jadikanlah kek ku kali ini.. Tolong lah Ya Allah.. 
Ita ikut semua arahan.. Telur jangan di pukul... kacau hingga cair sahaja..

Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Ita peram 5 jam.. kalau tak jadi jugak ita tak nak lagi buat kek ni.... bisik ita dalam hati..
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C. 

Ita cuba untuk patuhi setiap arahan.. supaya ita tak hampa lagi..


Ting! bunyi oven membuatkan ita cukup bedebar.. Ya Allah jadilah hendaknya...
Kek tak naik tinggi.. jadi ke ni..?
Tak sabar rasanya nak tunggu kek sejuk..
Panas.. panas tu juga ita... zassssss......
Ya Allah...... Alhamdulillah... jadi jugak akhirnya.... terima kasih Allah... Terima kasih kak Nor... 
Ita melonjak kesukaan.. akhirnya.. dan entah yang ke berapa kali ita mencuba...
Ita terus capai talifon..
Ayah... kek ita jadiiiii.....
Alhamdulillah..... kata suami ita di hujung talian....
Pantas ita menjamah kek dengan juraian air mata... 
Hanya Allah yang tahu apa yang ita rasa... terima kasih Allah... kerana Kau mendengar doa hambamu...
Sedapnya lah kek ni.. kenyal.. liut-liut.. dan kejadiannya.. benar-benar membuatkan ita tersenyum...


KEK GULA HANGUS
Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

Ita buat sukatan yang kak Nor dah kurangkan.
Di bawah ini ita terangkan cara dan kaedah ita buat, manalah tau kalau ada yang senasib dengan ita. Anda juga boleh mencuba

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

Ita tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata
Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam


Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.


Tadaaaaa..... inilah hasilnya setelah kek ita siap di potong..
Syukur sangat sebab kek ita jadi kali ini
Rasanya pun tak manis sangat.. dan serasi selera ita
Terima kasih Kak Nor
Dan sekalung  Al Fateha buat arwah bonda kak Nor






Masak Lemak Taugeh dan Tauhu

$
0
0

Hari ni ita masak yang mudah dan simple untuk hidangan tengahari.
Kebiasannya hidangan yang simple lah yang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Janji ada ikan goreng dan sambal belacan pasti makan tengahari kami cukup menyelerakan.



Ita cukup suka makan tauhu, suami pula sukan sayur taugeh. Jadi ita gabungkan sayur taugeh dan tauhu di dalam satu hidangan.. supaya tak ada yang merungut nanti..

Selain lauk ini ita juga sediakan sambal pelam, ikan goreng dan asam pedas..
Wallaaaa.... menu yang dah cukup lengkap rasanya yang membuatkan lepas makan aje tersandar kekenyangan...

Biasanya inilah menu masakan orang Johor, ada sayur.. ikan goreng.. sambal belacan dan asam pedas... mak mertua lalu tak pandang weiii....


MASAK LEMAK TAUGEH DAN TAUHU

3 keping tauhu ~ potong dadu besar
300 gm taugeh ~ buang akarnya
50 gm daun kucai atau daun sup dan daun bawang
4 ulas bawang merah ~ di tumbuk
2 ulas bawang putih ~ di tumbuk
50 gm ikan bilis ~ rendam lembut dan tumbuk
300 ml santan
300 ml air
garam secukup rasa
Cili merah ~ di hiris

Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk hingga harum dan terbit minyak
Tambahkan air dan santan
Masukkan tauhu dan biarkan ia merenih
Perasakan dengan garam
Akhir sekali masukkan taugeh, daun kucai dan lada merah
Kacau sebentar dan terus tutup api supaya taugeh tidak terlalu lecuh
Sedia di hidangkan bersama nasi panas, ikan goren dan sambal belacan.
Menu yang ringkas untuk hidangan makan tengahari





Sambal Belacan Mangga Muda

$
0
0

Ini ita kongsikan pula resepi Sambal Belacan Mangga Muda yang ita makan bersama sayur lemak taugeh tadi bersama ikan goreng dan satu lagi lauk yang akan ita kongsikan kemudian.




SAMBAL BELACAN MANGGA MUDA

20 biji cili padi
sedikit belacan bakar ( sebesar 50 sen)
1/2 labu bawang besar
1 biji buah mangga muda ~ di hiris atau di racik halus
garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis

Tumbuk semua bahan kecuali mangga muda dan perahan limau nipis
Masukkan mangga hiris dan gaul sebati
Perahkan limau nipis
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa


Asam Pedas Berempah Kepala Ikan Merah dengan Mangga Muda

$
0
0

Asam Pedas dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan.. Kalau boleh hari-hari lauk asam pedas pun tak apa...
Lawankan dengan ikan goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan sudah benar-benar membuka selera..
Sekarang ni ada macam-macam versi asam pedas. Kalau orang dulu-dulu asam pedas asasnya mesti ada daun kesum, serai, cili kering sebagai bahan asas yang utama dan juga bunga kantan sebagai penaik aroma..
Kini kita boleh dapatkan asam pedas dengan pelbagai tambahan untuk menyedapkan lagi rasa dan keenakkannya



Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi asam pedas yang pada ita cukup menyelerakan. Resepi kali ini sekali lagi di bawakan dari Pak Engku yang memang pakar masakan taradisi. Sentuhan Pak Engku boleh di katakan satu keajiban kerana setiap resepi yang beliau kongsikan dan ita cuba.. memang benar-benar membuka selera kami sekeluarga.


Tertarik untuk mencuba resepi asam pedas Pak Engku kerana ada beberapa bahan yang pasti memberikan rasa dan aroma yang berlainan.. Ita tertarik dengan penggunakan rempah tumis dan halba campur yang jarang ita gunakan di dalam penyediaan asam pedas sebelum ini. Rupanya ianya memberikan aroma yang cukup berlainan dan benar-benar membangkitkan selera.

Di tambah bergelora rasa nak mencuba bila asam pedas kali ini menggunakan mangga muda dan juga rempah kari ikan di dalam ramuannya.. Bayangkan.. pasti lebih masam dan berempah asam pedas ni kan..

Jangkaan ita tidak meleset sama sekali.. kerana sungguh ita tak menyesal mencuba kerana ianya benar-benar enak dan nikmat tak terkata. Suami ita makan dengan cukup berselera sekali.. hinggakan sebelum pulang dia dah talifon ita minta panaskan semula lauk asam pedas kerana nak makan lagi bila pulang nanti..

Anda macam mana? tak nak cuba ke....?







ASAM PEDAS BEREMPAH KEPALA IKAN MERAH DENGAN MANGGA MUDA
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

Kepala ikan merah ~ boleh juga tambahkan beberapa keping isi ikan
3 biji mangga muda ~ di belah 4 dan buang bijinya
2 kuntum bunga kantan ~ yg ni ita tak letak sebab tak ada
3 sudu besar rempah kari ikan Babas
3 tangkai daun kesum ~ lagi banyak lagi harum
1 batang serai ~ di ketuk
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pala
2 sudu teh halba campur ~ biji sawi, halba dan jintan putih
100 ml minyak masak
sedikit gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah
3 inc belacan
2 biji tomato



Mula kita kisarkan dahulu semua bahan yang perlu di kisar


Panaskan minyak dalam kuali atau periuk
Tumiskan halba campur dan bahan tumis hingga harum
Masukkan bahan kisar, serai dan masak hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula serbuk kari ikan dan air asam jawa, masak lagi hingga rempah garing
Tambahkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
Bila dah mendidih, masukkan mangga muda, daun kesum dan gula Melaka
Biar merenih sebentar dan mangga layur
Perasakan dengan garam dan gula dan boleh tambahkan maggi cukup rasa jika suka
Akhir sekali masukkan kepala ikan merah
Renihkan hingga ia masak sempurna
Sedia di hidangkan


Dah pun siap asam pedas berempah dengan kepala ikan merah dan juga mangga muda yang sangat mengancam ni.
Bau dia aje... perghhhhh.... memang dah tak boleh tahan..
Bergelodak perut di buatnya..
Apa tunggu lagi kawan-kawan.. dah tak sabar dah perut den ni ha....
Jommmm....
Bismillah....







Sotong Masak Lemak Padang

$
0
0

Sajian ini ita sediakan untuk hidangan kami sekeluarga semalam. Sekali lagi ita mempersembahkan resepi sentuhan air tangan Pak Engku dari koleksi buku milik beliau Santapan Gulai Tradisi.
Terdapat 137 resepi yang terbaik daripada beliau dan banyak juga antaranya yang telah ita cuba. Semuanya sedap-sedap belaka. Ita ada 4 buku beliau, Santapan Gulai Tradisi, Santapan Lauk Pauk Tradisi, Resepi Kenduri Khawin dan Santapan Kuih Muih Tradisi. Bannyak lagi koleksi buku milik beliau yang ita tidak dapat temui lagi.. insyaallah ita akan cuba dapatkan semuanya di pasaran, kerana sememangnya sentuhan Pak Engku sangat membangkit selera.



Hari ini ita memilih Sotong Masak Lemak Padang pula, sebagai hidanagn kami sekeluarga. Kebetulan ada pulak sotong dalam peti ais.. tapi sotong tak berapa besar, kebiasannya ita buat sambal tumis sotong atau ita buah rencah untuk mee. Tapi bila ita dah berkenan resepi Pak Engku ni.. ita mengambil keputusan untuk mnggunakan sahaja sotong yang kecik-kecik ni..

Ita lawankan dengan ayam goreng krispy dan juga sambal belacan. hihi.. rumah ita ni tak boleh lari dari sambal belacan atau sambal tumis..
Sedap juga lauk ni.. dan serasi juga dengan kami.. satu lagi koleksi resepi pak Engku di dalam simpanan ita.

Anda nak cuba untuk hidangan hari ini..?


SOTONG MASAK LEMAK PADANG
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak
Perasan dengan garam
Sedia di hidangkan



Viewing all 808 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>