Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 808 articles
Browse latest View live

Coconut Shake slurpppp.... segarnya terasa..

$
0
0

Waaaa.... sedapnya lah bila dapat menikmati segelas Coconut Shake. Lebih-lebih lagi bila cuaca hangat dan panas membara.

Sebenarnya sebelum ini ita tak pernah lagi merasa air coconut shake ni. Ita hanya dengar sahaja dari anak-anak yang sering menceritakan air coconut shake yang di beli di bazar. Kadang kala ada juga mereka minta ita buatkan.. Macam mana ita nak buat jika ita sendiri masih tak pernah menjamah apatah lagi nak merasa kesedapan air yang anak-anak ceritakan.



Bukan anak-anak ita sahaja, bapa ita juga sering menceritakan tentang kesedapan air coconut shake. Pernah juga bapa ita cuba membuat namun katanya hasilnya tidak sama seperti yang pernah di rasainya.


Semalam ita berpeluang untuk merasa air ini. Kebetulan semalam ita pergi ke Melaka. Saja aje.. bawa Dalili jalan-jalan hilangkan bosan.. Kami singah makan tengahari di sebuah gerai. Nampak ramai orang di situ.. pasti sedap menu yang di hidangkan. Ita pesan air coconut shake memandangkan ita tak pernah merasa. Melihatkan pada buku menu dan gambar iklan yang terpandang.. nampak mengiurkan..  Suami ita pula pesan cendol manakala Dalili memesan ABC special. Selalu kami suka pesan menu yang berlainan supaya masing-masing dapat berkongsi rasa. Di samping itu ita pesan juga satay dan mee tiau goreng.

Bila menghirup air coconut shake.. di tengah panas terik.. terasa nyaman sekali.. sedapnya coconut shake ni.. padanlah anak-anak galak bercerita.

Pulang dari Melaka, ita singgah beli kelapa muda di pertengahan jalan. Niat di hati untuk membuat sendiri setelah ita dapat merasa sendiri. Ita juga singgah di Econsave untuk mencari nata de coco, tapi tak ada pula jual nata warna merah yang ada warna kuning sahaja.. Kuning pun kuning lah.. janji dapat sediakan sendiri.. pasti lebih puas jika di sediakan sendiri.

Mudah aje menyediakan Coconut Shake ni. Jom kita intai resepi



COCONUT SHAKE

Hidangan ini dapat 2 gelas air.

1 gelas air kelapa muda ~ ambil sekali isinya yang muda dan lembut
1 gelas kiub ais
2 scop aiskrim vanilla
2 sudu besar susu pekat manis

Hiasan
Nata de coco secukupnya
1 scop aiskrim vanilla  untuk 1 gelas
sedikit choc rice

Sediakan 2 gelas kosong.
Sukatan air hendaklah menggunakan gelas yang sama
Masukkan 1 gelas air kelapa muda dan isinya yang lembut ke dalam blender yang bersih
Masukkan juga 1 gelas kiub ais. ( kiub ais dan air pastikan sama paras supaya mudah di kisar nanti)
masukkan 2 scop aiskrim dan juga 2 sudu susu pekat manis. Susu ni terpulang ikut citarasa, jika tak suka manis kurangkan. Jangan banyak sangat susu ni nanti hilang pula rasa air kelapa tu. jadi susu ni aga-agak selera kita lah ya..
Kemudian kisar semua bahan ni hingga halus

Sementara itu, dalam gelas masukkan nata de coco.
Tuangkan air kelapa yang telah di kisar tadi
Letakkan 1 scop aiskrim dan letakkan lagi nata
Taburkan choc rice sebagai hiasan
Sedia di nikmati..


Slurpppp..... segarnya...






Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Ubi

$
0
0

Masa ita kecik-kecik dahulu ita cukup suka makan siput sedut. Tak kira apa pun menu siput sedut ita akan makan dengan cukup berselera sekali.

Kebiasannya mak akan masak siput sedut masak lemak cili api, ada kala mak masak pedas dan ada kala mak masak gulai bersama batang keladi. Walau apa pun menu yang mak sajikan siput sedut tetap menjadi pujaan hati ita hingga lah pada suatu hari yang tak terduga....



Hari itu ita mengikut emak ke pasar, seperti biasa ita minta emak masakkan ita siput sedut. Sampai di pasar emak terus menuju ke gerai menjual siput. Dalam memerhati emak memilih bungkusan siput, ita terpandang lah di dalam bakul yang penuh dengan siput yang sedang memanjat bakul. ya Allah ita terus menjerit kegelian. Ita ni memang sangat pengeli... Emak terkejut bila ita menjerit. Ita tanya mak apa binatang dalam bakul tu.. mak kata itulah siput sedut yang ita suka.. Ya Allah terkejut ita mendengarnya.. hari itu lauk siput sedut yang mak sajikan tidak ita sentuh lansung.. ita masih terbayangkan siput yang galak memanjat bakul di pasar.. Sejak itu ita memang tak sentuh lagi lauk siput sedut..


Kini anak ita Dalili pula yang sangat mengemari siput sedut. Ita akan bawa Dalili makan siput sedut di kedai jika dia teringin nak makan. Dah berapa kali Dalili memujuk ita supaya memasak sendiri siput sedut.. katanya tak puas makan di kedai kerana tak boleh makan berulang-ulang..

Ita bukan tak nak masak siput sedut.. cuma ita risau jika Dalili juga akan terbatut seleranya bila ita masak siput itu di rumah nanti.

Kerana mengenangkan Dalili yang teringin makan siput sedut, maka hari ini ita membeli siput sedut di pasar. Kebetulan suami ita sudi untuk membantu ita mengerjakan siput sedut itu. Ita memang tak beranai nak pegang.. adoiii... habis naik bulu tengkuk di buatnya.


Selepas membersihkan siput suami ita bergegas untuk mengambil Dalili yang kebetulan pulang awal. Ita pula pada waktu itu sedang berbual di talifon dengan adik. Bila selesai berbual ita terus menuju ke dapur untuk memasak.. Ya Allah terkejutnya ita dan apalagi menjerit dan terlenting-lentinglah ita kegelian bila siput dah mula merayap di dapur.. Ita terus belari keluar untuk menunggu suami ita pulang...

Bila suami ita balik dia terkejut melihat ita dok di luar rumah.. Ita pun ceritalah pada suami yang siput tu dah mengambil alih tugas memasak di dapur.. apalagi tergelaklah suami ita...
Dalili pula berlari-lari nak melihat..

Emmm... dah agak dah..
Bila ita dah siap masak Dalili takut nak makan.. Dia terkulat-kulat melihat siput sedut yang dah menjadi gulai..
Kesian Dalili... sebab tu lah mak tak nak masak siput ni di rumah.. emak tahu Dalili juga nanti akan jadi seperti emak..


SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg siput sedut
2 ikat pucuk ubi
5 ulas bawang merah ~ kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
2 inc halia ~ kisar halus
15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
2 batang serai ~ di titik
500 ml santan

Siput sedut di berus hingga bersih
Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
Potong bahagian ekornya
Cuci bersih dan toskan

Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
Rebus hingga empuk, angkat dan toskan

Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan santan, serai dan siput
Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
Masukkan pucuk ubi
Perasakan dengan garam
Masak hingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan








Potato Fritters saya pun nak cuba juga..

$
0
0

Ramai yang dah mencuba..
Anda bila lagi?
Hari ini biar ita mencuba pula ya..




Sebenarnya dah lama ita nak mencuba Potato Fritters yang telah menjadi viral dan bualan suri rumah tangga. Oleh kerana penyediaannya yang cukup mudah, ramuan yang di gunakan pun tidak sukar di cari.. ia juga di hidangkan sebagai makanan santai.. ia cepat mendapat perhatian dan mudah di cuba.

Kerana itu ita juga tidak mahu ketinggalan mencuba Potato Fritters atau cucur kentang ini.
Resepi yang di kongsikan oleh Noraida Durani dan ita ambil dari dapur Yatie. Terima kasih kepada penyumbang resepi dan juga pada yatie kerana membuat ita teruja untuk mencuba.



Resepi ini sebenarnya dah lama popular di blog minah saleh. Cuma baru-baru ini sahaja ia muncul di dapur suri rumah tempatan.
Pada mulanya ita ingatkan rasanya seperti Hash Brown. Ita memang sukakan Hash Brown.. rupanya sangkaan ita meleset.. rasanya seakan cucur, sebab itu ramai yang mengelarnya cucur kentang.
Mungkin kentang yang kita gunakan atau kentang yang di import ke Malaysia tidak sama dengan kentang yang mereka gunakan, maka dengan itu rasanya seakan cucur.

Cucur pun cucur lah kan.. tapi enak juga bila di cicah bersama sos cili.
Untuk mengorengnya ita nasihatkan jangan guna minyak yang banyak kerana ia akan menyerap minyak. Sebaiknya guna pan yang leper dan letakkan sedikit minyak seperti kita mengoreng begedil. Adunan pula buat ia leper supaya cepat masak dan rangup luar dan dalam. Jika tebal ia hanya akan garing di luar tetapi masih basah dan lembab di dalam.


POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG
Resepi Oleh : Noraida Durani
Rujukan : Yatie



3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ya
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak



Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
Gaul sebati
Panaskan minyak masak dalam kuali leper
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
Taburkan sedikit lada hitam
Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya
Sedia di hidangkan bersama sos cili





Peria Telur Asin Berlada sedapnya...!

$
0
0

Sebelum ini ita tak pernah makan peria. Selalu dengar orang kata peria tu pahit.. sebab itulah ita pun takut nak mencuba. Macam tu lah kita kan.. sering di momok-momokan.. Kadang kita tak cuba lagi.. tapi kita dah berikan anggapan yang tidak elok..



Hari ini suami bawa pulang peria.. Bila dah bawa pulang peria tu ita tahulah dia nak minta ita masakkan peria. Mungkin dah lama tak makan atau mengidam nak makan peria. Ialah setelah 21 mendirikan rumah tangga, ita tak pernah masak peria. Mungkin dia teringatkan masakan ibunya atau mungkin kenangan makan di asrama masa bersekolah dahulu.

Ita cubalah google untuk mencari rahsia buah peria. Anda semua nak tahu tak apa rahsia buah peria. Rupanya buah peria yang pahit ni banyak khasiatnya pada tubuh badan kita.





Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid yang terlewat. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Rujukan : Homefamilysite ~ Khasiat Buah Peria Untuk Kesihatan


Hari ni ita cuba untuk masak peria. Ita cuba google untuk mencari resepi yang berkenan di hati. Akhirnya ita berkenan pula dengan resepi yang di kongsikan oleh  Ayu. Menurut ayu resepi ini dia Aeini.

Terima kasih kepada mereka berdua kerana kongsikan resepi yang sedap ini. Tak sangka rupanya bila di masak peria ini sangat sedap rasanya. Bila makan rasa sangat rangup hingga bertambah-tambah pula ita makan. Nampaknya lepas ni harus selalu ita cuba masak peria.

Menurut Ayu lagi, jika kita nak pilih peria, pilih yang retka-retaknya lebar atau kasar, ini adalah untuk mendapatkan peria yang kurang pahit.

Petua daripada mak ita pula, untuk hilangkan pahit pada peria, peria tu bila kita dah potong, rendam dalam air garam dalam 20 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya.


PERIA TELUR ASIN BERLADA
Resepi Oleh : Aeini
Rujukan : Ayu

Resepi asal Aeini menggunakan peria katak. Peria katak ni dia agak kecil dan lebih mengerutu kulitnya. Ita pula menggunakan peria biasa yang besar. Ita hanya guna 1 biji peria yang sederhana besar sahaja.

4 biji peria katak ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar

1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar



Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata

Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan



Minum petang dengan kuih Nona Manis yang enak bangat!

$
0
0

Seperti yang di janjikan, ita akan kongsikan resepi kuih Nona Manis. Tapi ita minta maaf sebab ita tak sempat buat step by step sebab ita buat lewat malam.
Tapi jangan bimbang.. jangan risau kerana kuih ini cukup mudah cara penyediaannya. Ita rasa semua pon boleh cuba!



Ita berkenan dengan kuih ini yang sudah menular ke popularannya. Kuih ini berasal dari Indonesia, dan baru sahaja menerjah ke pasaran tempatan. Oleh kerana masyarakat kita di Asia yang serumpun kebanyakkan kuih muih kita tak banyak bezanya. Kalau ada pun dari segi nama atau sebutan yang mengikut lorat daerah masing-masing.


Resepi kuih ini hasil perkongsian sahabat maya ita, Hesti's yang bermaustautin di Indonesia. Seorang ibu muda yang cukup suka memasak dan merakamkan gambar. Kalau singgah blog beliau pasti teruja melihat keenakan masakan yang di kongsikan.

Dah lama berhajat nak mencuba kuih ini tapi sering terlupa.. bila nampak rakan-rakan maya berkongsi kuih mereka baru ita teringatkan kuih yang satu ini.


Kuih ni rasanya sangat sedap sesedap namanya.. Kejadiannya juga sangat cantik mata memandang. Kuih ni kalau kita lihat pada resepinya kita sudah dapat mengagak, bagaimanakah rasanya. Ianya seakan kuih tepung pelita cuma bezanya tepung pelita terlalu lembik dan lembut hingga terpaksa di makan di dalam bekas. Kuih ni pula yang bahagian luar hijau tu rasanya seakan kuih kasui, kenyal-kenyal lembut. Yang putih santan tu sama lah rasanya seperti kuih tepung pelita yang bahagian santan juga.. lemak-lemak masin.


Kalau nak tengok resepi asal boleh intai di blog Hesti's. Resepi yang ita kongsikan ini ita dah kurangkan sukatan kepada 1/2 daripada adunan asal. Cukuplah untuk ita buat minum petang kami 3 beranak. Ita juga olah sedikit sukatan supaya rasanya mengikut citarasa tekak kita anak tempatan. Ada bahan yang tiada di sini dan di gantikan dengan bahan lain..

Terima kasih kepada Hesti di atas perkongsian resepi yang enak bangat.. ini. Anak dan suami ita cukup sukakan kuih ini  hingga berketul-ketul di makan tanpa jemu..

Bagi yang dah mula mengences tu... lepas ni boleh cuba ya..


NONA MANIS
Resepi asal milik : Warisan Mama
Rujukan : Hesti's

Resepi yang ita kongsikan ini ita buat 1/2 adunan sahaja. Ita juga ada olah beberapa bahagian sesuai citarasa ita. 1/2 bahagian ini dapat anggaran 25 ketul jika guna acuan lompang yang kecil.

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ita guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum


Pukul telur hingga kembang.
Ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
sedikit emalco pandan (optional)


Ambil  5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat ~ ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula ~ yang ni ita tak letak
1/2 sudu teh garam


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.


Sedap tau! dia tak manis sangat secukup rasa dengan lemak manisnya.. cuba lah...






Agar-agar Cendol permanis mulut di Aidil Adha

$
0
0

Tak berapa hari lagi , kita umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Pastinya kaum ibulah yang paling sibuk untuk memikirkan apalah juadah yang hendak di sajikan pada pagi hari raya Aidil Adha nanti.
Sambutan Hari Raya Haji atau Aidil Adha, tidaklah semeriah hari raya puasa atau Aidil Fitri, yang mana kita sibuk siapkan baju baru untuk suami dan anak-anak.. Biasanya kita hanya pakai pakaian yang bersih di pagi raya Aidil Adha, baju hari raya Aidil Fitri yang masih elok masih sesuai di gunakan untuk sembahyang hari raya Aidil Adha pula.



Begitu juga dengan hidangan untuk hari raya. Kebiasannya sambutan Raya Aidil Fitri lebih meriah. Kaum ibu atau suri rumah pastinya sibuk menyiapkan kuih muih, kek dan snack untuk menyambut kedatangan para tetamu.


Aidil Adha pula kita lebih tertumpu pada ibadah korban yang kebiasannya di lakukan selepas sembahyang hari raya.

Walaupun hari Raya Aidil Adha cukup simple sambutannya, tapi sebagai suri rumah pastinya kita hendak sediakan sesuatu yang istimewa di pagi raya untuk anak-anak dan suami. Maklumlah pada hari cuti umum macam nilah kita sekeluarga dapat berkumpul.. makan semeja sambil menikmati juadah yang terhidang.

Bagi anda yang sedang tercari-cari manisan atau pencuci mulut untuk di hidangkan pada Aidil Adha nanti, di sini ita kongsikan.
Resepi ini ita ambil dari blog Wendy. Adunan ini menggunakan loyang 10 inc dan agak banyak untuk kami sekeluarga. Ita kurangkan dan hanya buat 1/2 adunan sahaja. Kepada yang nak mencuba bolehlah... Anda boleh buat 1/2 adunan macam ita jika keluarga tak ramai.


AGAR-AGAR CENDOL
Resepi Oleh : Wendy

Lapisan Cendol

500 ml air
170 gm gula halus
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm )
250 ml santan ~ ita guna santan KARA ( santan KARA ni ita campur air jadikan 250 ml )
secubit garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol

Panaskan 500 ml air dengan gula halus hingga gula larut
Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut
Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil
Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar
Bila didih, tutup api
Biar suam sikit baru masukkan cendol.
Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inc
Basahkan dengan air
Tuangkan agar-agar cendol
Biarkan ia mengeras
Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula Melaka


Lapisan Gula Melaka

200 gm gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan di simpul
250 ml air
1 peket agar-agar  serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
250 ml santan pekat ~ ita guna KARA
secubit garam

Panaskan 500 ml air bersama dengan gula Melaka dan daun pandan
Bila gula dah larut, angkat dan tapis
Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut
Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
Tuangkan juga santan dan secubit garam
Kacau senantiasa supaya santan tak pecah

Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.

Tips dan panduan

Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam.
Kacau rata baru tuang dalam loyang.

Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang.
Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal.






 

Mee Rebus Hj Wahid Special walla....!

$
0
0

Jika singgah di Johor kalau tak pekena Mee Rebus Hj Wahid memang ruginyaaaaa....
Bila dah rasa sekali pasti nak lagi.. hingga terbayang-bayang dalam mimpi tau!

Keunikkan Johor kerana makanan di sini sedap-sedap belaka. Salah satunya Mee Rebus. Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana. Satu lagi kedainya di uruskan oleh anaknya terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin baru tu.. tapi yang tu ita tak pasti ada lagi tak sebab dah lama ita tinggalkan Taman Rinting.. dah lama tak makan kat situ. Selain mee rebus, kalau kat kedai anaknya di Taman Rinting tu.. Nasi Ayam dia pun sedap! gi lah cuba..




Kalau makan mee rebus ni tak cukup sepinggan tau! tapi kadang segan pulak nak tambah.. hihi malu orang nampak.. adoiii... akak tu.. kuatnya makan... ngeeee....
Biasa ita bungkus, tapi kalau makan kat sana lagi sedap, sebab panas-panas. Yang specialnya mee rebus Hj Wahid ni cara bungkusnya pun unik.. ! gilah beli bungkus.. dan tengok macam mana dia bungkus. Semua tempat yang jaul mee rebus Hj Wahid bungkus dengan cara dan kaedah yang sama.. itulah keistimewaannya Mee Rebus Hj Wahid yang menjadi bualan ramai..

Ala... kesiannya bagi yang tinggal jauh.. tak dan nak turun Johor.. tapi nak sangat merasa.. Pulak tu anak dalam perut tu.. adoii.. dah tendang-tendang dah nak rasa mee rebus Hj Wahid.. kalau kempunan ada pulak keluar karang mengences air liur... ala.. kesian pulak..

Tak pe... jangan sedih-sedih ya.. hari ini kak Ita dengan baik hatinya amboiiii.... ^_^ sudi berkongsi dengan anda semua bagaimana nak masak mee rebus Hj Wahid dan yang istimewanya macam mana nak buat keriuk-keriuk udangnya yang membuatkan Mee Rebus ni special sangat..

Uiii... dah tak sabar tu kan...  Jom kita lihat bahan-bahan yang kita perlukan..



MEE REBUS HJ WAHID
Resepi Oleh : Resepi Makanan

Bahan-bahan untuk resepi ini adalah untuk 2 kg mee kuning. Boleh makan ramai. Jika keluarga tak ramai ita cadangkan buat 1/2 daripada bahan dan anggaran untuk 1 kg mee kuning.

2 kg mee kuning
1/2 kg daging / tetel / tulang ~ daging dan tetel di hiris. Kemudian rebus dahulu hingga empuk. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Air rebusan jangan buang, boleh di masukkan dalam kuah nanti.
4 biji keledek sederhana besar ~ sebaiknya keledek oren kerana rasanya manis dan membuatkan kuah kita berwarna oren. Keledek ni kita rebus dahulu dengan air dan secubit garam. Bila dah empuk kisar halus. Jika tak ada keledek boleh gantikan dengan kentang. Ita guna kentang.
1 cawan tauco ~ tauco ni kita cuci dahulu kerana tauco ni dia masin. Kemudian di kisar halus.
1/2 cawan udang kering ~ udang ni di rendam dahulu , kemudian di kisar halus. Jika ada udang pepai, udang kertas atau udang putih yang kecil boleh tambah sekali dan kisar. Supaya kuah lebih manis dan enak.
3 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
1 inc halia ~ di kisar
1 inc lengkuas ~ lengkuas boleh kisar sekali jika suka kalau tak suka rasa lengkuas yang kuat boleh hiris atau ketuk sahaja
3 batang serai ~ di ketuk perdunya
5 sudu makan rempah kari daging
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Ita tambah 2 keping asam keping.
Ita juga tambah cili kering dikisar untuk rasa pedas


Sediakan bahan-bahan untuk kuahnya terlebih dahulu. Bila dah sedia bolehlah kita mulakan proses memasak kuah mee rebus.


Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk.
Bila minyak dah panas kita tumiskan serai dan lengkuas. Ita dah kisar sekali lengkuas bersama bahan kisar jadi ita tak masukkan lengkuas dlm gambar.
Kemudian kita masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak.
Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
Sekarang kita masukkan rempah kari. Ita suka masukkan terus rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan pes. Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air. Boleh gunakan air rebusan daging.
Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar. Ita tambahkan cili kering kisar sedikit. Dalam resepi tak ada cili kering.
Masak lagi hingga cili betul-betul garing.
Sekarang kita masukkan tulang, bagi yang menggunakan tulang. Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel. Kak campur sekali daging, tetel dan tulang pun boleh.
Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.
Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
Masukkan juga keledek yang kita dah kisar. Ita guna kentang dalam resepi ini.
Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin. Ita tambahkan gula Melaka kerana ita suka kuah yang rasanya lemak. Ita juga tambahkan asam keping. Dalam resepi tak menggunakan asam keping. Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya..
Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat


Dah pun siap kuah mee rebus kita.
Mee rebus Tuan Hj Wahid special kerana di makan bersama keriuk-keriuk yang rangup atau kerupuk udang yang rangup. Sekarang kita sediakan pula kerupuk udang.

Resepi yang di kongsikan hanya menggunakan tepung gandum. Jika guna tepung gandum sahaja, ia tak akan rangup dan jadi macam jemput-jemput pulak. Sedangkan jika kita makan di gerai Hj Wahid kerupuknya sangat rangup dan itu yang membuatkan mee rebusnya lain dari yang lain. Untuk menambahkan kerangupan, ita ubah sedikit resepi dan tambahkan tepung beras, supaya kerupuknya rangup. Jom kita lihat resepi


KERUPUK UDANG

1/2 cawan udang kering ~ rendam dan kisar
1/2 cawan udang pepai
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu teh kunyit serbuk
1 biji telur
secubit garam


Dalam gambar ni ita lupa pulak nak masukkan udang pepai dan telur. Ok tak pe...
Udang tu kita rendam dan kisar halus. Udang pepai tak payah kisar.
Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.


Kemudian panaskan minyak. Minyak kena betul-betul panas supaya kerupuk tidak mernyerap minyak yang banyak. Bila dah panas bolehlah coreng. Cara gorengnya macam kita buat keriuk-keriuk masa goreng pisang. Kita boleh titik-titik ( drop) terus dalam minyak dengan menggunakan sudu. Jangan banyak-banyak, kalau banyak jadi jemput-jemput pulak. Dia sikit-sikit. Satu lagi boleh seletkan tepi kuali nipis-nipis. Kemudian simbah dengan minyak sikit-sikit bagi dia jatuh dalam ninyak. Ikut lah mana-mana cara dan kaedah yang selesa.
Bila dah garing angkat dan toskan minyaknya.
Bila dah sejuk masuk dalam bekas tertutup supaya dia senantiasa rangup. Nanti bila nak hidangkan baru tabur atas mee. Kruk... kruk.. rangupnyaaa..

Dah pun siap keriuk-keriuk rangup udang. Sekarang kita lihat pula bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee rebus ni.


Mee ~ Bahan utamanya mestilah mee kuning. Mee ni kalau Hj Wahit dia rebus mee ni untuk sepingan-sepingan yang nak makan. Kalau kita kat rumah nak makan untuk sekali hidang boleh rebus atau celur sekilo terus.

Taugeh ~ Taugeh ni buang akarnya dan celur, kejap aje celur.

Tauhu ~ kalau makan kat Hj Wahid tak pernah jumpa tahu. Tapi kalau makan sendiri letak tahu baru sedap! Tauhu ni kita goreng dahulu, lepas tu potong dadu.

Telur ~ Telur ni kita rebus, kemudia belah 2, kalau Hj Wahid dia hiris-hiris, senang customer nak makan.

Cili Hijau dan cili merah ~ di hiris bulat. Kalau Hj Wahid guna semua cili hijau sebab ia tak pedas. Kalau kita nak nampak cantik dan meriah mee kita letak lah cili merah sikit.. baru naik selera.. warna merah kan buatkan kita selera nak makan..

Limau Kasturi ~ limau lain macam tak berapa sesuai. Limau kasturi ni bau dia harum.. Boleh belah 2 atau potong sikit kat bahagian tangkai dia tu..

Daun bawang ~ hiris halus, kalau nak letak daun sup pon boleh

Bawang goreng ~ kalau ita yang ni mesti ada baru sedap!

Kicap manis ~ kalau Hj Wahid dia akan letak sedikit kicap manis

Kerupuk Udang ~ akhir sekali pastilah kerupuk atau keriuk-keriuk udang.. barulah special.. kalau tak de ni tak special lah mee rebus kita ni.. dan bukalah namanya Mee Rebus Hj Wahid


Ok ! sekarang semua dah siap dan dah terhidang pun depan mata.. apa tunggu lagi anak-anak ku sayang.. meh le.. kita menjamu selera..
Slurp.... kruk.. kruk... slurp... kruk..kruk.. sedapnya.....
Eish... tak nak cuba ke..?
Rugi tak cuba... sedap ni...



Jalan-jalan di Street Art George Town Penang

$
0
0

Hari ini ita nak bawa anda semua jalan-jalan di sekitar bandar Georgetown Pulau Pinang. Bila sampai Penang apa yang menarik perhatian ita adalah tentang lukisan mural pada dinding bangunan usang yang terletak di sekitar Georgetown terutamanya di Art Street. Anda tahu atau tidak bahawa lukisan mural inilah yang telah memperkenalkan lagi Pulau Pinang hingga dapat menarik ribuan pengunjung dan pelancong ke pulau mutiara itu.



Lukisan mural ni anda boleh lihat di sekitar bandar Georghtown. Tapi anda kenalah merayau dan berjalan untuk cari lukisan ni. Kebanyakkannya jauh antara satu sama lain.










Di persimpangan jalan pula banyak terdapat arca yang di buat daripada besi yang memaparkan karikutur lucu dan menarik dan kebanyakkannya berkisar tentang kehidupan masyarakat Pulau Mutiara ini dari dahulu hingga kini.

Seronok berjalan hingga tak sedar sudah basah lencun di basahi hujan.. Asyik sangat lah tu.. Hujan-hujan pun ita redah juga untuk melihat sendiri arca dan lukisan yang sangat unik dan hebat ini.

Walaupun penat seharian berjalan tapi puas hati.. seronok sangat.. ita memang pencinta seni... dan ita rasa ianya sungguh hebat. Tapi sayang kerana kebanyakkanya telah lusuh.. mungkin sebab dah lama berhujan, berpanas dan berembun. Ada yang sedang di baik pulih kembali. Ita harap ianya terpelihara dan kerajaan negeri dapat kekalkannya supaya dapat menarik ramai lagi pelancung ke sana.







Tahukah anda siapakah yang membuat lukisan murla ni. Beliau adalah seorang anak muda yang bernama Ernest Zacharevic seorang artis yang cukup hebat dan sangat berbakat.

Cuma yang tak seronoknya payah nak ambil gambar lukisan dan arca ini kerana ganguan dari kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Ita rasalah kan adalah sebaiknya kerajaan negeri tidak membenarkan kenderaan di letakkan di bahu jalan terutamanya di kawansan yang ada lukisan dan arca tersebut supaya pelancung dapat merakamkan gambar sebagai kenang kenangan. Mungkin kalau tak dapat buat setiap hari dapat pada hujung minggu pun ok kan..


Jom ita bawa anda lihat antara arca dan lukisan mural yang menarik ini. Bagi anda yang tak pernah lagi berkesempatan ke Penag jom lah melancong ke Pulau Mutiara ni.. Selain keunikkan lukisan mural ni.. makanan di penang juga enak-enak belaka. Cuma masa ita ke Pulau Pinang ni ita tak nampak orang Melayu, kebanyakkannya masyarakat Cina, India dan India Muslim sahaja.. selebihnya para Pelancong dari luar negara.. mana ya perginya orang Melayu di Penang ni..?















Kepada anda yang nak jalan-jalan di sini ita nasihatkan tak payah pakai kasut tumit tinggi ya, pakai kasut yang mudah anda nak jalan, nanti tak penat dan melecet kaki tu...

Kalau nak lagi mudah anda boleh naik beca 1 jam RM 35 . Tapi kalau nak pergi tengok semua tempat tak cukup 1 jam tau! kurang-kurang 3 jam.. itu pun kalau pak cik yang bawak beca tu kayuh laju-laju.. kalau kayuh pelan aje.. alamat berjam-jamlah tak habis..

Selain beca anda juga boleh naik basikal. Basikal ni anda boleh sewa. Banyak kedai yang menawarkan basikal untuk di sewa.
















Mee Siam Berkuah

$
0
0

Mee Siam Berkuah adalah resepi dari masyarakat Cina Peranakkan atau Baba dan Nyonya. Resepi ini cukup popular di Singapura, Melaka dan di Johor Bahru.

Mee Siam berkuah adalah mee hoon goreng yang di makan bersama kuah khas yang di masak bersama tauco. Menurut Chef Florence Tan, jika mee siam goreng itu tidak berkuah maka ia tidak di namakan mee siam sebaliknya di panggil mee hoon goreng sahaja. Bila berkuah barulah di namakan mee siam.




oo... rupanya ada beza juga ya antara mee hoon goreng dan mee siam. Kalau mak ita, setiap kali menyediakan mee siam pasti ia akan di sertakan dengan kuahnya. Biasanya kuah yang mak sediakan agak pekat, berbanding kuah yang di jual di kedai yang agak cair seperti sup.

Menurut Chef Florence Tan lagi, semasa mengoreng mee siam, jangan di putus-putuskan.. kalau di putus-putuskan.. pendek umur katanya... hihi.. mungkin itu hanyalah petua orang lama.. Kalau kita biasnya sering di putus-putuskan supaya mudah nak makan tak lah panjang berjela-jela mee dan terbelit di anak tekak nanti.. ^_^


Kalau anda di Johor Bahru dan teringin nak merasa mee siam berkuah yang sedap anda boleh lah singgah di Kampung Melayu berhadapan dengan sekolah agama kalau tak silap ita, di situ ada deretan kedai menjual sarapan pagi dan ada menjual mee siam berkuah. Mee siamnya cukup laku.. kalau lambat datang pasti dah kehabisan dan menggit jari sahajalah nampaknya..

Bagi anda yang tak berpeluang datang ke Johor Bahru, jangan risau.. ita akan kongsikan resepinya. Resepinya juga cukup mudah dan simple. Ia boleh di hidangkan sebagai sarapan pagi, untuk majlis keraian atau juga sebagai hidangan untuk menyambut kedatangan tetamu di rumah.


MEE SIAM BERKUAH

500 gm mee hoon ~ di rendam sebentar hingga lembut dengan air biasa sahaja
Sedikit daun kucai ~ di potong 1 inc
1 mangkuk taugeh
1 biji cili merah ~ di hiris
4 biji telur di rebus
3 keping tauhu ~ di goreng dan di potong dadu
10 ekor udang basah ~ di buang kepala
garam dan gula secukup rasa
1 keping aiasm keping
1 cawan tauco ~ cuci bersih untuk hilangkan masinnya dan ramas-ramas hingga halus
1/2 cawan kacang tanah ~ di goreng dan kisar ( jika suka )
sedikit gula melaka

Bahan Kisar

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 sudu besar udang kering
sedikit belacan jika suka

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Ambil 2 senduk dan larikan untuk membuat kuahnya.
Kemudian masukkan udang, dan goreng rata
Masukkan mee  hoon yang kita dah rendam tadi, tapi tapis dahulu untuk membuang airnya
Kacau mee rata hingga bersalut dengan rencah
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan tauhu, daun kucai , taugeh dan cili merah
Angkat dan ketepikan


Dah pun siap mee kita, sekarang kita sediakan pula kuahnya


Dalam periuk, masukkan rencah yang kita dah larikan dalam 2 senduk tadi
Panaskan semula
Tambahkan air secukupnya
Masukkan asam keping dan sedikit gula Melaka
Masak hingga kuah mendidih
Bila dah mendidih masukkan tauco, kacang tanah, garam dan gula secukup rasa
Kuahnya mesti ada rasa masam manis.
Bila dah masak boleh lah di hidangkan


Kuah pun dah siap, sekarang bolehlah kita hidangkan. Bagaimana cara nak hidangkannya.
Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk, curahkan kuah di atasnya hingga banjir..
Taburkan bawang goreng jika suka, enak di makan bersama telur rebus dan perahkan limau kasturi untuk rasa yang lebih asyik!




Sambal Belacan paling sedap!

$
0
0

Malam ni ita nak kongsi resepi sambal belacan paling sedap! Resepi ni ita ambil dari blog Hairul. Menurut Hairul resepi ini di kongsikan oleh kak Raja. Memang sedap sambal belacan ni. Caranya mudah dan ringkas. Apa yang menarik ita untuk mencuba kerana ia tidak menggunakan limau nipis atau limau kasturi, sebaliknya hanya menggunakan air asam dan cuka.



Suami ita memang pencinta sambal belacan. Kalau boleh hari-hari dia nak makan sambal belacan. Oleh kerana itu ita suka bertukar-tukar resepi agar tak bosan.

Tapi resepi kali ini benar-benar menyengat seleranya. Berselera sungguh dia menikmati hidangan makan tengahari kami. Kepada anda yang nak cuba atau nak rasa kelainan boleh lah mencuba. Terima kasih pada penyumbang resepi ^_^


SAMBAL BELACAN CUKA AIR ASAM
Resepi oleh : Kak Raja
Rjukan : Hairul

10 biji cili padi
2 biji cili merah ~ yg ni ita tambah sebab cili padi ita semua warna hijau, takut warnanya tak menarik pula.
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka ~ supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula

Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
Boleh guna lesung batu atau boleh guna blender kering
Enak di makan bersama asam pedas, lauk kari, sayur air atau masak lemak





Heavenly Milo and Oreo Jelly

$
0
0

Puding ini ita sediakan untuk hari raya, sebagai hidangan pemanis mulut. Sedap sangat puding ni.. terasa lemak manisnya...

Gabungan antara Milo dan Oreo tak sangka ngam bangat.. dan menghasilkan puding yang bukan sahaja sedap dan nyaman tapi cukup cantik di pandang.



Cukup kreatif pemilik resepi ini, terima kasih kerana berkongsi resepi dan idea dalam penghasilan puding. Ianya juga dapat menambahkan lagi koleksi resepi puding yang menjadi kesukaan kami sekeluarga.

Rasa-rasa puding ni dah lama popular. Cuma ita sahaja yang tertinggal keretapi untuk mencuba. Sebenarnya banyak lagi resepi yang ita tak cuba lagi.. ramai juga yang dah menjerit-jerit.. kak resepi ni tak ada ke... resepi itu tak ada ke... hihi insyaallah nati akak cuba ya.. kadang memang nak buat, tapi bila anak-anak dah tak ada di rumah ni.. tak ada siapa yang nak makan.. akhirnya ita juga yang kena perabiskan.. tengoklah badan ku yang dah bagaikan belon panas yang semakin mengembang.. aduyaiiii....


HEAVENLY MILO AND OREO JELLY
Resepi Oleh : Along Roz 

Adunan untuk loyang bersaiz 8 inc

12 gm atau 10 gm agar-agar serbuk ~ 1 peket
750 ml air
160 gm gula
400 gm susu cair
3/4 cawan Milo
1 bungkus Oreo ~ patah 2, biarkan dengan cream

Masak agar-agar bersama serbuk agar-agar hingga larut
Masukkan gula dan masak hingg agula larut
Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih

Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan Milo
Kacau adunan hingga sebati
Ambil 1 cawan adunan agar-agar Milo dan tuangkan ke dalam loyang 8 inc yang telah di basahkan dengan air terlebih dahulu.
Baki adunan Milo di panaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
Milo dalam loyang pula di biarkan mengeras sedikit tapi masih suam

Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit ( tapi masih suam ) cucuk atau toreh permukaannya dengan garfu, supaya adunan atau lapisan seterusnya mudah melekat dan tidak mudah tanggal.
Dengan berhati-hati tuangkan adunan putih.
Tuang pada bahagian tepi, jangan tuang di bahagian tengah sebab bahagian tengah masih lembut. Tuang dengan sudu sikit-sikit.
Kemudian susunkan oreo yang telah di patahkan tadi
Biarkan lapisan putih pula mengeras.
Lakukan poroses yang sama, cucuk atau toreh permukaannya dengan garfu.

Akhir sekali tuangkan baki lapisan Milo
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais hingga membeku
Potong dan hidangkan




Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

$
0
0

Waaaaa.... dengar nama aje pasti dah meleleh-leleh air liur kan.. Itu belum lagi merasa.. kalau lah dapat hirup sup hangat dan pekat malam-malam ni.. adoiii... pasti nikmat terasa..

Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang sangat sedap! Mungkin ramai yang akan kata.. ala sup aje apalah yang sedap sangat... tapi... bila anda dah cuba baru tahu betapa sedapnya sup tulang ni.. tau! Bukan kata jangan pandang belakang aje.. toleh kiri kanan pun dah tak dan dah...



Resepi kali ini adalah hasil perkongsian sifu ita... siapa lagi kalau bukan Chef idaman mak cik-mak cik semalaya.. sampai ada yang nak jadikan menantu lagi.. amboiii... nasib baik chef ni dah berpunya tau..! beruntung jadi Chef kan.. jadi rebutan.. ^_^

Resepi ni dari Chef Amer, kalau sebut nama Chef Amer pasti semua akan kata woooooo.....
Ok resepi chef Amer memang dah terbukti kesedapannya.. ita kalau jumpa resepi chef pasti nak cuba.. kalau boleh semua ita nak buat dan nak rasa..



Bila chef kongsikan resepi sup tulang ni.. adoiii... tak sabar nak cuba. Kebetulan banyak dapat tulang korban kan.. cepat aje lah ita bertukang di dapur..

Masak sup ni tak susah.. senang aje.. cuma bahannya ada banyak sikit lah.. nak kena cari batang celery dan leek. Bagi yang tak kenal celery dan leek ita ada sertakan gambar untuk jadikan rujukan.. ada jual di pasar.. kalau kat kedai biasa rasa macam susah sikit lah sebab orang Melayu kita jarang guna.. selalu orang Cina atau bagi mereka yang masak masakan Thai.. mereka nilah yang selalu borong sayur ni..

Resepi asal chef masak untuk 40 kg tulang .. ya Allah... terduduk dengar.. banyaknya lah chef masak.. kalau dekat ita dah mengendeng semangkuk.. Ita dah olah resepi.. dari 40 kg kepada 1 kg tulang sahaja.. jadilah buat ita makan tiga beranak.. tapi jangan tak tau.. habis licin.. mula ita makan dengan nasi.. lepas tu dok makan dengan roti pulak.. wow! memang berbiso benorrrr....

Sup ini di makan juga bersama sambal kicap zahir tak terucap.. Allah... jiwang lah pulak chef ni.. tapi memang comfirm bila makan tak terucap lansung.. suami ita makan dok senyap aje tak berbunyik bunyik.... sedar-sedar dah tiga pingan nasi di tambah.. haha.. Terima kasih chef.. kongsikan resepi ini untuk suri rumah macam ita ni mencuba.. semoga bertambah berkilo-kilo lagi rezeki chef dan keluarga..

Pada rakan-rakan yang nak belajar masak.. boleh hubungi chef di SINI dan dapatkan jadual kelas chef yang senantiasa beroperasi di seluruh Malaysia..


SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah

Resepi asal Chef Amer menggunakan sukatan untuk 40 kg tulang lembu. Untuk resepi ini ita dah kurangkan kepada sukatan untuk 1 kg tulang lembu sahaja.

1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah


Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.


Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan.


SAMBAL KICAP ZAHIR TAK TERUCAP
Resepi Oleh : Chef Amer

15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC ita guna kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar
Sedia di makan bersama sup tulang


Perghhhh... nama memang tak boleh bla... Ni belum rasa lagi.. kalau dah rasa memang tak terucap lagi lah kan...

Apa tunggu lagi.. sup dah siap.. sambal kicap pun dah siap.. tinggal tunggu ngap aje..
Sup ni pada ita tak kisah nak makan dengan apa pun sedap! dengan nasi ke.. dengan roti ke.. dengan mee ke..  atau nak makan dengan nasi himpit pun sedap!

Memang best resepi ni.. kalau ada daging korban lebih-lebih tu bolehlah cuba resepi ni...










Kari Ikan Indian Style

$
0
0

Anda semua suka tak makan kari ?
Pasti ramai yang suka makan kari. Sebenarnya kita di Malaysia sangat beruntung kerana kita dapat merasa pelbagai masakan tak kira masakan Melayu, Cina, India dan juga masakkan Thai.

Ita suka makan kari, lebih-lebih lagi kari India atau mamak style. Ita cukup beruntung kerana suami ita juga mempunyai citarasa yang sama macam ita. Tak kira apa pun kari.. ikan, daging, ayam, udang.. semua ita suka. Tapi yang paling ita suka kari ikan. Selain makan dengan nasi, ita suka makan dengan roti, dengan lempeng, jemput-jemput, roti jala atau biskut lemak.. sedapnya..!



Semasa bercuti tempoh hari, ita mengikut suami ita ke utara. Kebetulan kami singgah di rumah kawan suami yang berbangsa India.  Hari tu mereka menjamu kami dengan kari ikan yang sangat sedap. Rasa karinya sama dengan kari yang kebiasannya ita makan di restoran mamak.



Ita pun tanpa segan silu bertanyakan resepi macam mana beliau menyediakan kari. Kari yang ita sediakan tak sesedap kari beliau. Ya Allah tak sangka beliau mempelawa lagi ita datang ke rumahnya esok untuk menunjukkan bagaimana beliau menyediakan kari ikan yang enak sangat pada selera ita.

Kebiasannya kalau ita sediakan kari pasti ita akan letakkan santan. Kari kalau tak ada santan memang bukan karilah namanya pada pendapat ita.. rupanya ita silap.. Kari ikan Indian style tidak menggunakan santan dan cara penyediaannya juga ada sedikit kelainan yang membuatkan ita cukup teruja. Sedap tau kari kawan ita ni.. anda semua pun boleh cuba!


KARI IKAN INDIAN STYLE
Resepi Oleh : Sara

2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa, ita guna ikan sagai.
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa


Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering


Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum
Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari.
Tumis hingga harum dan bawang garing.
Bila dah garing masukkan bahan kisar
Masak lagi hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.
Masak hingga cili benar-benar garing.
Kemudian masukkan rempah kari ikan.
Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.
Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa.
Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit.
Kemudian tambahkan air.
Biarkan ia merenih sebentar.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.
Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.


Dah pun siap kari ita.. wow! tak sabarnya nak makan..
Bau dia.. perghhhh!! tak boleh tahan....






Seri Muka Gula Merah

$
0
0

Selamat malam semua..
Kejap aje dah malam kan.. rasa baru aje post n3 kari ikan tadi.
Malam ni ita nak kongsikan sajian minum petang yang sempat ita sediakan petang tadi. Lama pulak tak membuat seri muka.. tekak ni terasa-rasa pula nak makan kuih seri muka. Hujan-hujan ni nak keluar rumah malas lah pulak.. akhirnya godek ajelah sendiri. Guna aje lah mana bahan yang berbaki di dapur.



Cari punya cari berkenan dengan resepi Seri Muka Gula Merah. Macam sedap aje kan.. biasa kalau yang hijau atau pandan tu memang selalu lah nampak orang jual, yang gula merah ni kurang sikit kita jumpa.. kalau ada pun kena tunggu bila malam kenduri.. itu pun kalau tuan rumah ada sediakan.. kalau tak kenalah buat sendiri kalau betul-betul teringin nak merasa.


Resepi ni ita ambil dari blog Ayu. Menurut Ayu resepi di kongsikan oleh Ria putih di My Resepi. Berkenan dengan kuih talam Ayu yang berkilat-kilat tu membuatkan ita tak sabar rasa nak mencuba. Tapi macam yang Ayu kata talam ni permukaannya memang tak licin macam talam biasa.. kenapa ya? mungkin sebab menggunakan gula merah ke? rasa adunan dan bahan yang di gunakan sama sahaja seperti talam yang lain tak banyak beza. Mungkin juga kerana gula merah kot...

Ok macam mana rasanya?
Rasanya ok jugalah.. suami ita kata sedap.. lain dari yang lain..
Pada ita pula mungkin ianya menggunakan gula merah rasanya macam ada rasa lain sikit.. kalau mak ita dia kata rasa pedo.. nak describe lain perkataan apa ya...? Tapi ita rasa kalau guna gula Melaka lagi sedap kot.. sebab gula Melaka ni rasanya lemak sikit.. dan manisnya tak sama macam gula merah. Gula merah ni manis dia kuat sikit... dan ada kelat-kelat sikit..


Walau bagaimanapun pada ita setiap kuih itu ada keistimewaannya tersendiri.. kalau semua rasa sama aje.. tak syok lah pulak kan.. kalau guna gula Melaka namanya kenalah tukar serimuka gula Melaka. Yang ini namanya serimuka gula Merah.. jadi sesuailah dengan namanya dan rasanya.. Boleh cuba kalau nak rasa kuih yang lain dari biasa.

Kuihnya lembut.. tak manis sangat.. sesuai sebagai hidangan untuk minum petang, sarapan pagi, untuk kenduri-kendara atau merai tetamu.  Jom cuba!


SERI MUKA GULA MERAH
Resepi Oleh : riaputih@myresipi.com
Rujukan : Ayu

Lapisan bawah ( Pulut)

2 cawan beras pulut ~ untuk dapatkan pulut yang lembut kena rendam dahulu pulut palig kurang 4 jam, sebaiknya semalaman. Lepas tu cuci bersih dan toskan.
2 1/2 cawan santan cair ~ ita guna santan KARA capur air dan jadikan 2 1/2 cawan )
1 sudu teh garam

Mula-mula kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Sediakan loyang 8 inc lapik dengan plastik dan sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Satukan pulut yang telah di rendam dan di toskan tadi dengan santan dan garam, kemudian kacau rata
Tuangkan adunan pulut dalam loyang ratakan, tutup loyang dengan kertas aluminium  dan kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak.
Bila pulut dan masak, tekan-tekan bagi ia mampat.


Bahagian Atas

1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
1 1/4 cawan pati santan ~ ita campur KARA dengan sedikit air jadikan 1 1/4 cawan tapi yang ni santannya pekat sikit.
1/2 cawan gula merah
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan di simpul ~ ita tambah

Bahagian atas ni ita buat ikut cara ita lah ya
Mula-mula ita masak santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan simpul hingga gula larut
Kemudian tapis.
Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan juga telur
Kemudian kacau rata
Satukan dengan adunan santan gula merah tadi dan kacau hingga tiada bentil-bintil
Kalau takut ada bintil tepung tapis adunan

Kemudian tuangkan adunan gula merah ni atas lapisan pulut tadi
Tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 20 ~ 30 minit atau sehingga adunan atas masak sepenuhnya.
Bila dah masak tunggu kuih serimuka benar-benar sejuk sebelum keluarkan dari loyang
Potong kuih bila ia telah sejuk sepenuhnya dengan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak supaya mendapat potongan yang kemas.










Puri sekali makan pasti nak lagi dan lagi..

$
0
0

Kawan-kawan pernah makan Puri?
Tahu tak apa itu Puri?
Puri adalah makanan masyarakat India. Ia di jadikan hidangan untuk sarapan pagi, mahupun untuk makan malam.
Puri di makan bersama kuah kari atau dal. Ita pasti sekali anda dah cuba pasti anda rasa nak makan lagi.. dan lagi..
Puri ni cara membuatnya cukup mudah dan ringkas. Bahan asasnya hanyalah tepung gandum, air , garam dan minyak. Rasanya seakan roti canai tapi pada ita ia lebih enak dari roti canai. Tapi puri ni kena makan masa panas-panas kerana bila dah sejuk dia akan liat.



Apa yang uniknya puri ni dia akan mengelembung seperti pelampung bila di masak. Ia ada ruang udara di dalamnya yang membuatkan ianya cukup rangup bila di nikmati.

Ini adalah satu lagi resepi yang di ajarkan oleh Sara pada ita. Katanya puri cukup di gemari oleh mereka sekeluarga. Memang betul, sejak ita belajar buat puri.. hari-hari ita sediakan puri di rumah. Suami ita dan Dalili cukup mengemarinya.

Ita cukup bertuah bila berkenalan dengan Sara.. macam-macam resepi masyarakat India yang dia nak ajar.. Tapi sebab masa kami yang terbatas ita hanya sempat belajar beberapa resepi sahaja. Insyaallah bila ita jumpa sara lagi.. macam-macam lagi resepi masyarakat India Utara yang harus ita pelajari daripadanya. Sara juga berjanji dengan ita untuk ajar ita buat tosei.. roti nan.. kuah rojak.. mee ketam dan lain-lain lagi.. Kalau ita berkesempatan jumpa sara lagi ita pasti akan menuntut ilmu dengan sara. Apa yang ita seronok sangat.. sara ni dia akan ajar kita betul-betul.. dia siap tunjukkan ita caranya supaya ita tak tersilap. Terima kasih sara.. Banyak sangat ilmu yang ita peroleh dari sara.

Hari ini ita nak kongsikan kaedah membuat puri ni pada semua.. Kalau anda  ada masak kari.. asam pedas ke.. bolehlah buat puri.. cicah dengan kari.. wallaaa... memang sedap sangat.. makan puri ni pun buat kita kekenyangan..






PURI
Resepi Oleh : Sara

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak


Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar
Masukkan juga garam
Tuangkan air sedikit-sedikit
Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut
Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit
Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentunya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri


Panaskan minyak dalam kuali.
Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.
Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas
Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.
Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula
Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung
Bila dah gelembung terus angkat.
Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya..


Dah pun siap puri kita..
Puri ni makan dengan kari ikan memang sedap! anda boleh dapatkan resepi kari di Sini

Pergh.. dah tak sabar nak makan..
Ingat tau makan masa dia panas-panas...!







Salam ulang tahun ke 4 Masam Manis

$
0
0
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.. teristimewannya buat semua sahabat-sahabat ita di alam maya ni.. Semoga penghijrahan kita pada tahun ini membawa kita ke satu farsa baru dengan keimanan yang semakin utuh buat Dia yang satu. Semoga kita di berikan petunjuk.. di kuatkan lagi pegangan agama dan keimanan serta senantiasa di berikan kesihatan yang baik untuk senantiasa sihat melakukan ibadah dan meneruskan kehidupan seharian.

Alhamdulillah kita masih di berikan peluang sekali lagi untuk sama-sama menyambut kedatangan Maal Hijrah. Alhamdulillah juga kerana kita masih bernafas di bumi ciptaan Ilahi ini.. di kelilingi insan-insan yang di sayangi serta senantiasa di berikan kehidupan yang bahagia.

Sekali lagi ita panjatkan kesyukuran kerana tahun ini merupakan tahun yang ke 4 Masam Manis menyambut ulang tahunnya. Tak sangka pejam-celik-pejam celik telah 4 tahun masa berlalu. Rasa sangat teruja dan bersyukur kerana ulang tahun Masam Manis tahun ini berserta dengan kedatangan Maal Hijrah. Ita berharap penghijarahan kali ini membuatkan Masam Manis semakin matang menghadapai sepak terajang dalam dunia blogging yang ada pasang surutnya.

Adat kita dalam kehidupan.. ada masam manisnya.. begitu jugalah dengan dunia blog.  Yang manis sangat indah untuk di kenang.. yang masam pula walaupun menjeruk rasa.. di mamah-mamah.. di telan juga akhirnya.

Tahun ke empat yang juga berada pada 2014 merupakan satu cabaran yang cukup hebat buat Masam Manis. Pelbagai onak dan duri yang terpaksa di tempuh. Di lambung ombak dan badai hingga adakalanya terasa hampir karam di pukul gelombang. Tahun ke empat ini juga menjadikan ianya semakin matang.. semakin lali dan semakin berani.. Semoga tahun mendatang memberikan seribu sinar buat Masam Manis meneruskan kesinambungan dalam berkarya dan berkongsi rasa.

Tahun ke 4 ini juga buat julung kalinya Masam Manis mula menerima tempahan kek, yang pada mulanya dari rasa suka-suka akhirnya mendatangkan juga sedikit imbuhan buat Masam Manis. Terima kasih kepada semua yang masih setia.. kadang kala terasa sangat sayu bila diri ini amat-amat di hargai.. dan blog picican ini senantiasa di layari..

Ada ketikanya terasa sangat dukacita bilamana setiap perkongsian ini di salah tafsirkan.. di salah ertikan.. hingga mengundang perbalahan. Setiap perkongsian anggaplah ianya adalah satu anugerah daripada Allah.. mungkin Masam Manis hanyalah satu pemangkin yang menyampaikan setiap yang tersurat dan juga tersirat. Sentiasa bersangka baik dan senantiasa ingat setiap apa yang di sampaikan adalah satu amanah daripada Allah.. jika baik penerimaannya maka baiklah ia..

Ita melihat dunia blog masakan dari sudut yang berlainan kini.. Semakin ramai blogger baru yang muncul. Masing-masing semakin kreatif. Sangat suka dengan perkembangan terkini dunia blog masakkan. Rata-rata mereka cuba berkongsi dengan seikhlasnya. Gambar masakan yang di pamerkan juga semakin hebat! hingga ita rasa blog masakan kita kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan blogger masakan dari luar negara. Syabas dan tahniah ita ucapkan kepada semua blogger masakan. Sebenarnya itulah yang ita harapkan sewaktu mula-mula ita menapak dalam dunia blog.. ita berharap sangat supaya  blog masakkan tempatan boleh pergi jauh bukan hanya menjadi ayam sabung di gelanggang sendiri.

Harapan ita, semoga kita dapat bersaing secara sihat.. tiada rasa cemburu atau rasa iri hati. Untuk apa kita simpan segala rasa hasad.. memandangkan kita hanyalah blogger masakan.. tiada imbuhan atau habuan yang menanti.. hanya rasa keseronokan yang terisi di kala kita cuba mengisi masa senggang yang terluang. Di samping mengutip setiap pahala untuk bekalan kita di sana nanti.

Ita percaya jika kita senantiasa berfikiran positif dan menerima semuanya dengan ikhlas dan seadanya.. insyaallah.. setiap yang baik pasti ada ganjaran pahala yang menanti kita.

Akhir kalam dari ita dan Masam Manis, anggaplah setiap perkongsian di alam maya ini adalah satu ibadah. Setiap yang baik itu datang dari yang maha Kuasa..

Di kesempatan ini juga dan bersempena kedatangan Maal Hijrah, ita dengan rasa rendah diri.. menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai sepanjang ke udara di alam maya.. ada hati yang terluka.. ada kata-kata yang berbisa.. ada ungkapan yang tersasar.. ada gerak tubuh yang menjengkilkan.. ita sekali lagi menyusun sepuluh jari dari kejauhan.. agar semuanya di maafkan.. Manalah tahu jika tahun ini adalah tahun terakhir kita.. semoga kita semua sentiasa di berikan petunjuk dan senantiasa berada dalam redoNya..

Assalamualaikum.....




Jeruk Mangga Asam Boi

$
0
0

Kalau nampak buah mangga.. adoiii... kecur liur di buatnya kan..
Ita ni cukup suka makan buah mangga. Terutamanya yang muda dan rangup, apatah lagi yang masam.. sedap sungguh kalau dapat di cicah dengan gula dan kicap.. uiii... dah mengences air liur ni..

Biasanya mangga muda di jadikan jeruk atau ada juga yang membuat sambal belacan. Kalau mak ita dia tak benarkan pokok mangga atau buah mangga dari pokoknya di jadikan sambal belacan.. katanya nanti buahnya buruk.. atau busuk dalamnya. Kata mak itu adalah petua orang lama.. mak selalu ingatkan supaya kami tak melanggar pantang turun temurunnya. Jadi.. kalau terasa nak makan sambal mangga muda terpaksalah beli di pasar atau ke pasar tani..





Mangga yang di jadikan jeruk memang sangat enak. Ibu mertua ita cukup pakar dalam membuat jeruk. Boleh dikatakan jeruknya lebih enak dan lebih lazat dari jeruk yang di jual di pasaran. Rasanya yang manis sedang-sedang bertambah lagi keranggupan mangga bila di gigit itulah yang membuatkan ita asyik teringat-ingat aje jeruk air tangan ibu mertua..

Sejak akhir-akhir ini rata-rata di FB ramai yang menayangkan Jeruk Mangga Asam Boi. Aduh.. naik mengences air liur bila memandangnya.. Bertambah menitik-nitik air liur ini bila terpandang asam boi yang tergolek-golek di dalam balang..


Resepi asal ni ita tak pasti dari siapa.. tapi ita pernah makan jeruk ini sebelum ini yang banyak di jual di pasaraya. Harganya boleh tahan juga mahalnya kerana dia di timbang dalam gram.
Hari ini ita dapat tempahan untuk membuat jeruk mangga asam boi.. ada yang mengidam katanya.. ^_^
Bila dah berhajat ita pun tumpang sekaki. Ita buat banyak sikit. Mujur sewaktu lalu di hadapan pasar nampak banyak gerai menjual mangga muda. Ita pun apa lagi.. capailah mana yang patut.. dengan harapan dapatlah melempiaskan hajat..

Buat jeruk asam boi ni tak lah susah mana.. bahan pun mudah aje.. tak banyak pun bahannya. Jom kita intai bahan yang kita perlukan sebelum ita tunjukkan bagaimana cara dan kaedah penyediaan jeruk asam boi yang mudah ini


JERUK MANGGA ASAM BOI

4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!





Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Ita ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.



Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.


Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Ita tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.



ya Allah sedapnyaaa....





Karipap Pusing

$
0
0

Dah lama ita berhajat nak buat karipap pusing ni, sejak ita terpandang Shiela kongsikannya lama dahulu. Kebiasannya ita beli sahaja karipap pusing daripada sepupu suami ita yang menjualnya frozen. Nak buat memang tak berapa pandai masa tu. Nak tanya cara membuatnya terasa segan pula memandangkan beliau menjadikan karipap pusing ni sebagai sumber pendapatan.

Karipap pusing sepupu suami ita yang ita panggil Rokna ni cukup popular hingga beliau tak menang tangan menyiapkan tempahan. Karipapnya hingga di eksport ke Singapura memandangkan permintaan yang cukup tinggi.



Pada mulanya beliau membuatnya secara sambilan sewaktu beliau menetap di Kota Bahru. Karipapnya selalu di hantar ke Kuala Lumpur selain mendapat permintaan dari penduduk tempatan. Bila beliau mengikut suami beliau yang di tukarkan ke Johor Bahru, permintaan karipapnya mula meningkat dari sehari ke sehari.


Ita cukup kagum dengan beliau kerana beliau membuatnya sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa kecuali anak-anak, itu pun jika anak-anaknya pulang bercuti. Karipapnya juga sangat sedap. Ada karipap daging, kentang, dan sardin.

Hari ini ita berpeluang untuk menyediakan sendiri karipap pusing berbekalkan ilmu yang di kongsikan oleh Shiela. Terima kasih Shiela, sedap karipap ni.. sangat rapuh dan enak untuk di nikmati terutamnya untuk minum petang. Di tambah dengan secangkir kopi memang terangkat!

Mungkin ita kena banyak lagi praktis untuk menghasilkan karipap pusing yang cantik lapisannya. Kepada rakan-rakan jangan lupa untuk mencuba tau!

Sebelum buat karipap pusing kita kena sediakan intinya terlebih dahulu. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja inti yang anda suka. Di sini ita kongsikan dua inti yang anda boleh pilih.


INTI KENTANG

4 biji kentang saiz besar ~ di potong dadu kecil
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian kisar
2 sudu besar ikan bilis ~ di rendam lembut kemudian kisar
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ di kisar
10 tangkai cili kering ~  rendam hingga lembut kemudian kisar ( boleh kurangkan )
3 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak
Tumiskan daun kari dan bahan kisar hingga harum dan garing
Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing
Masukkan kentang dan tambhakan air
Biarkan ia merenih dan kentang empuk
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan ia kering
Angkat dan toskan minyaknya.


INTI SARDIN

3 biji kentang bersaiz kecil ~ di potong dadu
1 tin besar sardin ~ ambil ikannya sahaja, buang tulang tengah dan di lenyek lumat
3 ulas bawang merah ~ di kisar
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 inc halia ~ kisar
10 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar ( boleh kurangkan )
1 sudu teh lada hitam ~ di tumbuk halus
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk mernumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan garing
Masukkan kentang dan air asam dan masak hingga kentang empuk
Masukkan sardin dan lada hitam
Masak lagi hingga pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Angkat dan toskan minyaknya

Anda boleh pilih yang mana satu resepi yang anda suka. Sekarang inti pun dah siap kita tunggu dia sejuk. Sementara inti sejuk bolehlah kita sediakan doh karipap.


KARIPAP PUSING
Resepi Oleh : Chahaya Shiela

Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


Untuk doh A
Satukan semua bahan untuk doh A dalam bekas. Gaul hingga sebati. Boleh di kepal atau di bulatkan.
Kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan dan ketepikan.

Doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 cawan air anggaran ~ air ni tuang sikit-sikit


Untuk doh B 
Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan kawah atau lubang di bahagian tengahnya
Kemudian panaskan minyak, dan tuang minyak panas kedalam kawah tepung yang dalam mangkok tadi.
Gaul rata dengan senduk atau sudu  AWAS MINYAK PANAS!!
Gaul sehingga ia menjadi serbuk roti.
Sementara itu garam kita bancuhkan bersama air hingga larut.
Tuangkan air garam  sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.
Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
Bahagikan doh B kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.


Canaikan satu bahagian doh B yang kita telah bahagikan tadi.
Letakkan satu bahagian doh A di tengahnya
Bungkuskan dan kemaskan padat
Kemudian di bulatkan, ketepikan
Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.


Doh yang telah di satukan tadi, di canai sederhana ketebalannya. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Kemudian di gulung menjadi selinder yang panjang.
Kemudian di canai sekali lagi sederhana tebal juga.
Gulung semula menjadi selinder.
Ulang proses yang sama untuk doh yang selebihnya.
Kemudian doh ini direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.


Ambil satu bahagian doh dan potongkan kepada 6 kepingan
Ambil sekeping doh yang telah di potong dan canaikan bentuk bulat, sederhana tebal. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Jika nipis ia susah di kendalikan, mudah pecah semasa meletakkan inti. Jika tebal pula tidak enak pula untuk di nikmati nanti.
Letakkan inti yang di sukai di bahagian tengahnya, jangan penuh sangat sebab takut pecah pula dohnya.
Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka.
Klimkan kemas agar tidak terbuka semasa proses mengoreng nanti
Ulang proses yang sama hingga habis kesemua kepingan doh


Dah pun siap karipap kita.
Untuk satu adunan ini dapat menghasilkan 24 keping karipap pusing.
Jika nak buat frozen ada dua kaedah.

Kaedah Frozen
1. Selepas siap karipap ni di klim terus susun dalam bekas kedap udara. Susun ia satu-satu dan jarakan supaya ia tak melekat-lekat nanti.
Tutup berkas kemas dan terus simpan dalam tempat beku dalam peti ais. Bila nak goreng nanti keluarkan sebentar, dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

2. Kaedah ke dua pula, kita goreng dahulu setengah masak dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng sekejap aje, kemudian anagkat. Susun dalam bekas kedap udara, dan simpan dalam bahagian beku dalam peti ais. Bila nak makan keluarkan biarkan ia lembut baru goreng semula.

Kaedah mengoreng
Bagi yang nak makan terus, pastikan semasa mengoreng minyak betul-betul panas.
Cara mengoreng karipap pusing ni tak sama macam karipap biasa. Kalau karipap biasa minyak tak boleh panas sangat nanti ia mengerutu dan gelembung-gelembung permukaan karipap tu.. tapi sebaliknya karipap pusing kena goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya karipap ni cantik kejadiannya. Api tidak boleh terlalu kecil nanti karipap ni akan serap minyak yang banyak dan buatkan kita muak bila menikmatinya.
Goreng hingga ia kuning keemasan, kemudian angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya minyaknya di serap.
Kemudian bolehlah di hidangkan panas-panas.





Gulai Nangka Berempah

$
0
0

Sayur kampung ni memang enak bila di nikmati dan tidak jemu walaupun di hidangkan setiap hari. Pucuk paku, pisang muda, pucuk betik, pucuk ubi dan nangka muda adalah sajian yang kerap di sediakan oleh emak masa ita kecik-kecik dahulu.

Bila terpandang nangka muda di pasar kemarin, ita pun capai sebungkus. Lamanya rasa tak makan gulai nangka muda... kalau di lawankan pula dengan ikan masin dan sambal belacan pasti mak mertua lalu pun tak perasan...



Sekarang ni nak masak nangka muda tak susah, sebab semuanya ada di jual di pasar. Harganya mungkin agak mahal lah sikit berbanding jika kita ambil di pokok sendiri belakang rumah.. Kita juga tak payah bersusah-susah bersilat dengan getah nangka bagai.. sebab kebiasannya nangka yang di jual di pasar telah pun di bersihkan.. tinggal kita nak masak aje.. mudah aje kan..


Hari ni ita masak gulai nangka. Resepi kali ni ita inginkan kelainan sikit.. selalu dok masak lemak putih atau lemak kuning aje kan.. kali ni ita masak berempah pulak..
Perghhh... masa menumis aje baunya dah harum semerbak.. maklumlah rempah ratus bila di campak dalam kuali berenang pula dalam minyak panas manalah tak bangkit baunya.. tak sabar rasa nak menikmati hidangan tengahari kami sekeluarga.

Resepi macam biasa ita skodeng dari dapur otai masak kita.. Tentang masakan tradisional.. otai kita ni memang tak boleh di sangkal lagi kepakarannya..
Apa tunggu lagi.. jom kita intai resepi


GULAI NANGKA BEREMPAH
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

1 kg nangka muda yang siap dikupas
7 ketul tulang ikan kurau masin ~ rendam sebentar, cuci bersih dan toskan
1 keping kecil isi ikan kurau ~ rendam sebentar, cuci bersih dan toskan
2 batang serai ~ dititik
1 keping asam gelugor
700 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan sedikit gula
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan Kisar

15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan halus
1/2 inci belacan
5 biji cili merah
3/4 camca teh lada hitam biji


Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Masukkan serai, tulang dan isi ikan kurau masin tadi, kacau rata.
Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa.
Biar mendidih perlahan hingga nangka masak.
Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!





Air Detox bagi yang inginkan tubuh idaman

$
0
0

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.



Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan. 

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.


Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema
 Macam mana dah tak sabar dah nak memulakan proses detox anda?
Jom ikut ita, ita tunjukkan kaedah penyediaan air detox yang mudah di sediakan ini.


AIR DETOX

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.
Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox
Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar


Potong atau hiris buah-buahan ini nipis-nipis.
Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang yang boleh di tutup nanti


Kemudian tambahkan air sejuk atau air dari peti ais sebanyak 1 liter.
Jika suka anda boleh tambahkan ketulan ais, tapi anda harus ingat ketulan ais tidak baik untuk kesihatan.


Bila semuanya dah sempurna, tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum.


Sebaiknya anda minum pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Bagi anda yang bekerja ita cadangkan anda lakukan pada hujung minggu kerana tau-tau aje lah kan.. namapun detox sudah semestinya anda akan kerap ke tandas. Jadi pastikan iannya tidak menganggu rutin harian anda sehari-hari. Selamat mencuba!






Viewing all 808 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>