Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 808 articles
Browse latest View live

Peluang anda mengembangkan perniagaan

$
0
0
Anda menghadapi masalah memasarkan produk anda?
Kurang mendapat sambutan pada program yang anda anjurkan?
Ingin meluaskan dan mengembangkan perniagaan anda?

Berita baik untuk para usahawan dan usahawanita kita diluar sana.
Masam Manis memberikan anda peluang untuk meletakkan iklan di blog Masam Manis.

Memandangkan ita kerap mendapat kiriman email daripada para usahawan  yang berhajat untuk meletakkan iklan produk barangan mereka di blog Masam Manis, di Azlita Masam Manis Panpage maupun di Azlita Aziz facebook,  kini ita telah membuka peluang ini kepada anda di luar sana untuk mempromosikan produk anda mengikut terma dan syarat yang telah Masam Manis tetapkan.

Dengan memporomosikan produk, perniagaan atau  perkhidmatan di blog Masam Manis ita percaya anda dapat meningkatkan perniagaan anda insyaallah. Ini telah terbukti melalui beberapa promosi yang ita telah jalankan sebelum ini.


Masih ingatkan anda dengan magic pan produk dari HiG yang pernah ita promosikan sebelum ini di Sini
Sambutan yang diluar jangkaan hingga kehabisan stock membuatkan pihak penaja sangat teruja. Panggilan talifon yang bertali arus membuatkan tidur malam pun tak lena dibuatnya.  Pihak HiG terpaksa pula reoder memandangkan ianya laris bagaikan pisang goreng panasss!!


Bagaimana pula dengan kelas bersama Chef Amer?
Pertama kali ita melangkahkan kaki ke kelas Chef Amer apabila di undang oleh beliau. Kelasnya tidak semeriah hari ini. Menurut penganjur juga beliau amat sukar mendapatkan pelajar untuk satu-satu kelas yang beliau anjurkan.
Setelah beberapa promosi yang Masam Manis lakukan kini anda lihat sendiri perkembangan kelas Chef Amer, sungguh di luar jangkaan. Kadang - kala ita juga turut teruja dengan sambutan yang di berikan.

Kelas yang penuh sesak hinggakan ita tak punya ruang lansung untuk merakamkan gambar.
Permintaan yang tinggi hingga membuatkan pihak menganjur mencari kawasan yang lebih besar untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Ada kala pihak penganjur terpaksa menambah lagi kelas dari satu tarikh kepada 2 atau 3 tarikh  memandangkan sambutan yang di luar jangkaan.
Ita rasa bukan sahaja di Johor Bahru, bahkan ia telah memenuhi semua kelas Chef Amer yang beroperasi di seluruh Malaysia.


Kelas terbaru beliau merupakan kelas yang paling ramai hingga 100 pendaftaran. Pihak penganjur terpaksa memilih hanya 60 peserta sahaja memandangkan tempat yang sangat terhad. Anda boleh lihat di sini

Bagaimana?? tidakkah anda juga teringin memiliki pelajar seramai Chef Amer..

Bukan sahaja kelas, anda juga boleh mempromosikan kedai makanan yang anda usahakan seperti kedai makan KT place yang ita pernah promosikan di blog Masam Manis sebelum ini di sini


Anda boleh lihat perkembangannya di sini. Sekarang dah macam-macam makanan lagi yang di sediakan di restoran milik usahawan wanita ini.




Bagaimana??
Dengan jumlah pengunjung seramai antara 40 - 60 ribu setiap hari ita percaya  sedikit sebanyak ia dapat membantu anda memperkenalkan dan memperluaskan lagi perniagaan anda.


Jumlah pengunjung di blog Masam Manis juga pernah mencecah hingga 650 ~ 700 orang dalam satu-satu masa

Dengan jumlah pengunjung melebihi 2 juta orang tidak mustahil ianya dapat membantu anda memasarkan perniagaan anda.

Selain di blog,  iklan anda juga akan di promosikan di panpage Azlita Masam Manis yang jumlah like kini menjangkau 104K


Setiap pengiklanan anda bakal di saksikan oleh ramai pengunjung Azlita Masam Manis panpage. Pan page Azlita Masam Manis
 pernah di saksikan hingga melebihi 100 ribu pengunjung dalam sat-satu status yang ita publishkan.


Bagaimana?
Adakan anda juga berminat untuk meletakkan iklan di blog Masam Manis?
Bagaimana caranya?

Anda boleh pilih mana-mana satu cara pengiklanan di bawah yang anda rasakan bersesuaian dengan produk anda.

1. Size  728x90 pixel LEADERBOARD
Kedudukan iklan ini di sebelah bawah header di atas setiap N3 terbaru
Size  728x90 pixel
Harga RM200 sebulan
Syaratnya anda perlu menyatakan kod, url 
Setiap baner adalah di buat oleh pihak anda sendiri mengikut saiz yang telah di tetapkan seperti di atas


2. Saiz 248 x 150 pixel 
Kedudukan di sebelah kanan setiap N3
Saiz: 248 x 150 pixel
Harga RM100 sebulan
Syaratnya anda perlu menyatakan kod, url 

Setiap baner adalah di buat oleh pihak anda sendiri mengikut saiz yang telah di tetapkan seperti di atas


3. Size  728x90 pixel
Kedudukan iklan ini di sebelah bawah setiap N3 terbaru
Size  728x90 pixel
Harga RM150 sebulan
Syaratnya anda perlu menyatakan kod, url 
Setiap baner adalah di buat oleh pihak anda sendiri mengikut saiz yang telah di tetapkan seperti di atas

4. Iklankan produk dalam N3
Harga RM 300 untuk tempoh 2 hari
Ini bermaksud pihak Masam Manis akan membiarkan N3 iklan ini selama 2 hari
Iklan anda juga akan di publishkan di Azlita Masam Manis pan page secara percuma (1 kali) dan di Azlita Aziz facebook
Syaratnya setiap iklan adalah di buat oleh pihak anda sendiri
Sertakan butir-butir lengkap yang lain jika ianya tidak memenuhi ruangan iklan anda
Contoh Iklan :


5. Sekiranya anda ingin pihak Masam Manis membuat review untuk produk anda
Contoh 1 rujuk di sini
Contoh 2 rujuk di sini
Contoh 3 rujuk di sini
Contoh 4 rujuk di sini
Contoh 5 rujuk di sini

Harga RM 500 untuk tempoh 2 hari
Ini bermaksud pihak Masam Manis akan membiarkan N3 Review ini selama 2 hari
Review anda juga akan di publiskankan di Azlita Masam Manis pan page percuma (1 kali) dan di Azlita Aziz facebook
Syaratnya 
Pihak Masam Manis akan hadir ke lokasi anda untuk merakamkan gambar dan membuat review
Harga RM 500 hanya untuk mereka yang berada di Johor Bahru sahaja
Sekiranya anda berada di luar Johor Bahru, pihak anda juga perlu menangung kos-kos yang lain.

Iklan anda hanya akan di siarkan setelah penyerahan baner di sahkan dan bayaran di buat
Kami akan memakhlumkan kepada anda bila setiap kali iklan anda di publishkan
Iklan akan tamat secara otomatik mengikut masa yang telah di tetapkan. Sekiranya pihak anda ingin meneruskan iklan, anda harus menghubungi admin Masam Manis 1 minggu sebelum tarikh iklan berakhir.

Sebarang pertanyaan dan tempahan ruang iklan, anda bolehlah hubungi admin Masam Manis di talian 
011 27819883










Rusian Black and White Decoration Ideas

$
0
0
Rusian Black and White adalah kek yang paling laris dan paling banyak mendapat permintaan di kalangan para peminat kek. Keunikkan hasil kejadiannya, keenakan dan kelazatan rasa kek yang kaya dengan coklat dan cheese moca membuatkan pengemar kek coklat dan cheese tak boleh lena di buatnya.


Satu kek yang agak berat dan padat. Cara pembuatannya juga agak rumit, membuatkan ramai yang berfikir 2 kali untuk melempiaskan hajat membuat kek yang cukup istimewa ini. Pasti penciptanya tersenyum puas dan berlapang dada bila hasil kreativiti beliau menjadi satu fenomena di kalangan peminat-peminat kek tanahair.


Harganya pasti tidak menjadi soalan disini, kerana bahan yang digunakan untuk membuatnya juga bukan calang-calang harganya. Jika ingin menikmati potongan kek yang enak, pastilah kualiti bahan yang harus di utamakan. Dari bahan asanya, seperti telur mestilah dalam kondesi yang baik dan segar. Coklatnya pula sudah tentulah di datangkan khas dari ladang koko yang bermutu tinggi. Cheesenya pula sudah semestinya di terbangkan dari ladang tenusu yang terbaik di dunia. Haruman vanilla yang segar dan kegebuan kek yang lembut adunan dari serbuk koko terpilih dan gandum bermutu tinggi, pasti menjadikan resepi kek anda yang terbaik dan terlazat.

Bagaimana pula cara membuatnya?
Kesabaran dan ketelitian yang tinggi haruslah di berikan bagi mendapatkan satu kek yang bukan sahaja lazat tapi cantik dan menarik di pandang.
WOW! itulah kata yang terlahir bila anda mendapat sebuku kek idaman hati.


Kek ini di datangkan dalam 2 design yang berbeza. Satu dalam bentuk bulat dan satu lagi dalam bentuk empat segi sama.
Keunikan kek berbentuk empat segi sama kerana ianya selari dengan nama kek Rusian Black and White itu sendiri. Potongan kek yang kemas dengan corak hitam dan putih membuatkan mata tak berkelip memandang.

Bulat pula memberi satu kejutan buat sesiapa yang mendapatkannya. Hati pasti berbunga ceria bila kek di potong. Coraknya hitam putih pasti membuatkan semua mata tertumpu pada potongan yang akan di tarik keluar dari kek. Wow!! itulah reaksi pertama setiap kali kek di potong atau di hidangkan.

Kek yang telah tersedia unik ni tidak perlulah di hiasan sarat. Kata orang ' it's simple until you make it complicated'

Pasti ada yang teringin menjadikan kek ini sebagai kek ulang tahun kelahiran. Tak salah jika nak menghias kek istimewa ini supaya ia tampil lebih istimewa di hari yang cukup istimewa bagi anda dan keluarga.



Kali ini ita tanpilkan beberapa idea dan desing kek Rusian Black and White untuk birthday decoration. Mana tau ianya mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan sedikit idea bagi menyediakan kek ulang tahun untuk buah hati tersayang.
' Cook with love and bake with heart '

عن ‏ ‏عبد الله بن عمرو ‏ ‏قال ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الأرضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ مِنْ الرَّحْمَنِ فَمَن وصَلَها وصَلهُ اللهُ ومَن قطَعَها قطعَهُ اللهُ


Maksudnya:

Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah s.a.w bersabda:

Orang yang mengasihi, akan dikasihi oleh Allah. Kasihilah mereka yang ada di dunia, nescaya kalian akan dikasihi oleh mereka yang ada di langit. Sifat belas itu salah satu cabang daripada ar-Rahman. Siapa yang menyambungnya, Allah akan menyambung rahmatNya kepadanya, siapa yang memutuskannya, Allah akan memutuskan rahmatNya kepadanya pula.

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi. Katanya ia hadith Hasan Sahih.




Thank you ^__^


Anda boleh dapatkan resepi dan kaedah penyediaannya di SINI





Puding Kasih Bertaut Hantaran

$
0
0


Puding kasih bertaut untuk hantaran.
Puding yang cukup popular di kalangan bloger masakan satu masa dahulu. Puding ni pada ita dari segi rasa biasa sahaja. Cuma menariknya tentang kejadiannya. Tautan kasih antara kuntuman-kuntuman bunga mekar seakan mengambarkan bertautnya kasih antara merpati dua sejoli.
Oleh itu puding ini cukup popular untuk di jadikan hantaran tak kiralah untuk majlis perkhawinan, pertunangan waima majlis merisik sekalipun.


Ramai yang bertanya bagaimana nak mengelakkan puding dari basah dan berair. Al maklumlah kadang kala puding ni akan di bawa jauh.
Di sini ita kongsikan sedikit tips untuk mengelakkan puding daripada basah.
Lebihkan sukatan agar-agar supaya puding keras sedikit. Sukatan gula juga di kurangkan supaya puding tidak terlalu manis. Jika manis ia akan berair atau pun basah.

Kebiasannya jika untuk hantaran ita tak menggunakan santan sebagaimana resepi asal. Ita akan gantikan santan dengan susu cair. Ini adalah untuk mengelakkan puding dari cepat basi atau masam.

Berikut adalah resepi puding kasih bertaut hantaran yang telah ita olah


PUDING KASIH BERTAUT HANTARAN

Bahan-bahan A

5 gm agar-agar putih
300 ml air
200 ml susu cair
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
Sedikit esen vanilla
pewarna kesukaan

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam susu cair dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi
Masukkan sedikit esen vanilla
Kacau sebati dan masak hingga mendidih
Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian
Letakkan pewarna
Tuang ke dalam bekas acuan bunga kecil yang berlainan.

Bahan-bahan B
10 gm agar-agar serbuk putih
800 ml air
1/2 cawan gula ~ kurangkan sedikit
Esen vanilla

Cara Bahan B
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga gula melarut dan agar-agar mencair
Tutup api dan tapis

Cara Menyediakan Puding
Basahkan loyang bentuk hati dengan air
Tuangkan sedikit larutan agar-agar B ~ sedikit sahaja
Susun bunga agar-agar bunga dan daun dalam loyang
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi  agar-agar bunga dan daun tadi.
Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.






60s Cars Cake Idea

$
0
0

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana?
Semoga semuanya sihat dan berbahagia sentiasa.

Kesihatan ita tak berapa memuaskan. Batuk dan demam selsema dah seminggu menyerag. Biasa ita kalau dah kena batuk dan selsema, memang makan bulan baru nak pulih. Berbotol-botol ubat batuk di telan pun tak akan kebah-kebah juga. Tunggulah nanti dia akan baik sendiri.. emmm.. bilalah agaknya..




Sekarang dah masuk musim tengkujuh. Hujan yang turun tak kira pagi, petang maupun malam hari. Kadang nak nampak matahari mengintai pun payah bila musin tengkujuh ni. Kain baju usah cakaplah.. berbakul-bakul lagi tunggu giliran nak di sidai. Yang di ampaian pula tak dan nak angkat.. tak kering-kering lagii...


Minggu ni minggu yang paling sibuk. Sibuk melayan anak-anak yang pulang bercuti. Mak mertua dan bapa mertua ita dah pun berlepas pagi tadi pulang ke Kota Bahru. Bimbang sungguh mereka berdua takut kalau-kalau rumahnya di kampung di naiki air. Risau tinggalkan ayam di reban lama-lama. Kalau air naik siapa pula nak alihkan keretanya.. Semoga penerbangan mereka berdua lancar dan selamat sampai ke rumah.

Hari ini ita sempat siapkan 2 buku kek. Kedua-dua kek kali ini bersaiz besar. Satu kek perkhawinan dan satu lagi yang akan ita kongsikan ini adalah kek kereta antik 60 an.


Semasa ita menyiapkan kek tempahan ini, kebetulan bapa dan mak ita datang. Ralit sungguh bapa ita melihat ita menyiapkan kek ini. Hmmm... berkenan sungguh bapa ita dengan kereta antik yang ita siapkan ini, dengan rancak beliau turut berceloteh tentang kereta antik yang dahulunya juga menjadi pujaan hatinya.. hihi

Kek ini di tempah oleh kenalan FB juga. Ini adalah kali ke 2 beliau tempah kek dengan ita, sebelum ita akan menyiapkan sebiji lagi kek perkhawinan beliau yang kalau tak silap ita lagi 2 minggu lansungnya. Terima kasih buat adik Saifuddin atas kepercayaan ini.



Kek ini kalau tak silap ita untuk atuknya Tuan Haji Tahir. Kedua-dua kereta ini adalah kereta kesukaan Tuan Haji Tahir. Ita berharap agar Tuan Haji Tahir suka juga kedua-dua kereta antik yang ita sediakan, walaupun ia tak sesempurna kereta asal. Di kesempatan ini , ita juga ingin merakamkan ucapan selamat ulang tahun buat Tuan Haji Tahir, semoga sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang


Berbalik pada kek yang ita sediakan ini, ia bersaiz 17 X 10 inc. Di dalamnya adalah kek rainbow yang di lapisi buttercream. Luar kek juga di saluti buttercream. Kek di hiasi 2 kereta antik yang ita sediakan dari gumpaste. Sedikit dekorasi dari fondant sebagai hiasan.







Pelajari cara membuat bunga Ros dari buttercream

$
0
0


Assalamualaikum
Minggu ni ita sempat menyiapkan 2 biji kek yang penuh dengan bunga. Satu kek adalah untuk majlis perkhawinan dan satu lagi untuk birthday abah.


Kek yang penuh bunga ni ada yang mengelarnya Arty Cake dan ada juga yang memanggilnya Vintage Cake.
Cake yang menggunakan buttercream sepenuhnya ini perlukan kesabaran yang tinggi untuk menyediakannya.
Selain kepakaran dalam menghasilkan kelopak-kelopak bunga, pengolahan warna juga merupakan satu lagi elemen penting supaya kek yang terhasil nampak cantik dengan kombinasi warna bunga-bunga yang segar.


Untuk menghasilkan sebiji kek bakul ini, ita perlukan masa yang agak panjang. Kerana setiap warna untuk bunga adalah tidak sama. Kita perlu adun warna untuk di serasikan dan di suaipadan supaya warnaya seakan-akan bunga hidup yang segar.

Untuk menjalin bakulnya juga mperlukan ketelitian dan kesabaran. Ini supaya kita dapat hasilkan jalinan bakul yang nampak kemas.


Hari ini ita akan tunjukkan kepada adik-adik kita yang baru nak berjinak-jinak nak buat bunga rose dari buttercream.
Ada 2 kaedah sebenarnya cara nak membuat bunga ros. Satu kaedah biasa yang sering kita lihat di mana bunga ros dengan kelopak kembang. Satu lagi bunga ros dengan kelopak kuncup. Cara nak mengolah kelopak pula ikut keselesaan masing-masing. Ada yang lebih selesa buat bunga dari luar ke dalam dan ada yang sebaliknya. 
Hari ini ita akan tunjukkan kedua-dua kaedah membuat bunga rose.


Mula kita perhatikan Nozel yang kita perlukan. Nozel yang di gunakan untuk kedua-dua kuntum bunga ros yang berlainan juga adalah berlainan saiz dan corak.

Untuk bunga ros biasa ( kembang) lihat nozel di sebelah kanan. Nozel yang biasa di gunakan ialah tips no 101, 102, 103 atau 104 mengikut saiz. Semakin besar bunga yang kita inginkan semakain besar saiz nozel yang kita perlukan. Tapi kebiasannya kita menggunakan tips no 104 untuk saiz bunga ros standard.

Untuk bunga ros kuncup pula, kita perhatikan nozel di sebelah kiri. Ia lebih melengkung seakan berbentuk bulan sabit. Tips nozelnya pula adalah 123 untuk nozel Wilton dan 2106 untuk nozel Tan See Fong.


Selain kita perlukan nozel. Kita juga perlukan nail seperti gambar di atas. 
Nail yang berbentuk seperti paku yang besar di perlukan juga kon biskut putih untuk membuat sekuntum bunga. 
Jika kita menggunakan nail bentuk paku payung pula kita tak perlukan kon biskut.
Nanti ita tunjukkan kaedah membuatnya.

Kaedah 1
Bunga Ros Kembang
Nozel Tips no 104


Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari dalam ke luar dan dalam putaran huruf n.
3. Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
4. Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari dalam ke luar dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
5. Kemudian dengan cara sama, tapi kedudukan nozel di sendengkan sedikit bentukkan 5 kelopak lain pula
Begitulah seterusnya untuk lapisan kelopak yang luar sebanyak 7 kelopak.
6. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek.

Macam mana? mudah aje kan?
Sekarang ita akan tunjukkan pula banagaimana kaedah atau cara nak buat bunga yang kuncup pula.
Dengan kaedah yang sama kita masih lagi menggunakan kon biskut.

Kaedah 2
Bunga Ros Kuncup
Nozel Tips no 123



Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari luar ke dalam dan dalam putaran huruf n.
Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
3.  Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari luar ke dalam dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
4. Kemudian dengan kaedah yang sama buatlah 5 kelopak dan 7 kelopak jika inginkan kuntuman bunga yang sedikit besar.
 5. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kaedahnya sama juga seperti kaedah di atas, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek. 

Macam mana ? mudah aje kan?
Sekarang kita perhatikan pula kaedah membuat bunga dengan nail paku payung. 
Kaedah ni sama untuk membuat bunga kembang atau kuncup. Kita tak perlukan kon biskut sebaliknya menggunakan buttercream sebagai kon atau tapaknya
Jom kita perhatikan kaedahnya pula.

Kaedah 3
Bunga Ros Kuncup / Kembang
Menggunakan nail Paku Payung


Untuk kaedah ini tak kisahlah kita nak buat bunga ros kembang atau kuncup. Tapi jika nak buat Ros kembang kena guna Nozel tips no 104 dan kalau nak bunga kuncup guna nozel tips no 123.
Cuma kaedahnya berbeza tidak menggunakan kon biskut, sebaliknya kita guna sepenuhnya buttercream.

1. Kita perlukan nail paku payung
2. Letakkan buttercream dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan atas nail bentuk kon. Bahagian dasar lebih besar dan lebar dari bahagian atas yang tirus dan berbentuk kon.
3. Masukkan nozel dalam pipng bag yang lain, gunting hujungnya dan letakkan buttercream dengan warna pilihan. Paipkan kudup bunga dahulu atas kun yang telah kita bentuk.
4. Kemudian buat 3 kelopak untuk bunga ros
5. Kedudukan putaran adalah seperti cara yang dah ita katakan sebelumnya jika bunga kuncup putaran dari luar ke dalam dan untuk bunga kembang dari dalam ke luar dan masih bentuk n.
6. teruskan dengan kelopak yang 5 dan 7.

Kaedah mengalihkan bunga dari naik ke atas kek


1. Masih menggunakan gunting, sepitkan dasar bunga , kepitkan sedikit gunting tapi bukan sampai gunting tertutup habis ya.
2. Kemudian seret bunga dari nail untuk alihkan kedudukkan dari nail ke atas gunting.
3. Dengan perlahan letakkan bunga atas permukaan kek secara sendeng kedudukan gunting.
4. Alihkan atau lunsurkan dengan lidi bersih

Dah siap mudah aje kan.
Selamat mencuba!


Tak sabar rasanya....

$
0
0

Tak perlu nak celoteh panjang-panjang. Ramai yang dah pun mengenali beliau. Apa tunggu lagi kawan-kawan, Chef Amer sekali lagi berada di Johor Bahru hujung minggu ini dengan pelbagai koleksi kek terbaru dari beliau.

Pina Colada Cheese Cake ~ emmm.... pernah dengar nama kek ni.. aduiii.. nak tergeliat lidah nak menyebutnya.. yang pasti rasanya wow! hanya jauhari mengenal manikam tau!

Cheezy Berry Yummy Cake ~ kek yang penuh rasa cheezy dan semestinya yummy.. betul kan chef??

Butterscotch Dream Cake ~ kek yang sentiasa membuatkan anda terbuai-buai di dalam mimpi..

Italian Coffee Cream Cake ~ bagi mereka yang gemarkan rasa Cofee walla!! seakan anda sedang menghirup secawan cofee di Itali Woow! hebatkan..

Apa tunggu lagi.. Jom ramai-ramai kita bergelak jenaka sambil masak-masak dengan chef yang pastinya buatkan anda sentiasa tertawa dengan patah bicaranya..

Keterangan lanjut sila hubungi Pn Siti Zaleha di talian : 019 ~ 7550154






Sakura Merah

$
0
0

Assalamualaikum
Cuti sekolah ni ramailah yang melansungkan perkhawinan dan juga majlis pertunangan. Tak kurang juga yang mengambil peluang cuti sekolah untuk mengadakan majlis berkhatan.
Bagi para mempelai pasti saat ini adalah saat yang paling mendebarkan. Doa sentiasa teriring agar majlis berjalan dengan sempurna dan selamat semuanya.


Musim cuti dan musim majlis perkhawinan ni, ita juga terkena tempiasnya. Alhamdulillah tempahan untuk majlis pertunangan dan perkhawinan yang ita terima semuanya berjalan dengan sempurna. Ita berharap dapatlah ita siapkan semua tempahan walaupun keadaan kesihatan ita sebenarnya tak berapa mengizinkan.


Untuk bulan ini ita tak mengambil banyak tempahan, memandangkan cuti sekolah ni ita agak sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak. Bertambah pula ita kurang sihat jadi ita hanya ambil tempahan mana yang ita rasa ita mampu lakukannya.


Hari ini ita nak kongsikan tempahan kek untuk majlis pertunangan. Kek dengan tema bunga sakura dan warna merah ini di tempah sempena majlis pertunangan Su dan Mie.  Pasti kedua mempelai ini sukakan warna merah, kerana itu tema merah dan putih menjadi pilihan
Kek kali ni adalah kek Red Velvet dengan cream cheese frosting untuk layernya. Luarnya pula di salut buttercream dan di hiasi bunga sakura yang ita gubah dari gumpaste. 


Pada mulanya ita risau juga dengan tema pilihan ni. Bimbang dengan hasilnya nanti. Tapi bila dah jadi.. Wow! cantik juga kombinasi pilihan warna yang di pilih. Suami ita yang paling suka, katanya kek nampak simple tapi sangat eksklusif.. katanya laah kan.. hehe ita apalagi tersenyum lebarlah bila menerima pujian ikhlas dari suami. Sebenarnya ita pun suka.. ralit juga ita dok tenung kek ni.. emmm.. cantik jugak ek.. aduiii... perasanlah ita ni..

Jom lah intai-intai gambar kek yang ita dah snap ni.. Manalah tau kalau ada kawan-kawan yang nak jadikan ianya sebagai idea untuk dekorasi kek anda pula.. Tak salah kalau kita berkongsi idea kan..


Eiffel Tower destinasi berbulan madu..

$
0
0

Semalam kita dah pun melihat keindahan bunga-bunga sakura yang berkembangan di Jepun, Hari ini ita nak bawa pula anda semua ke Paris, jom kita lawat pula menara Eiffel Tower yang merupakan mercu tanda dan menjadi kebangaan warga Perancis ini.


Menara Eiffel dalam bahasa Perancis di kenali sebagai La tour Eiffel adalah bangunan yang paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Namanya diambil dari nama perancangnya, Alexandre Gustave Eiffel dan sejak dibangun pada 1889 sampai 1930 ia adalah merupakan bangunan tertinggi di dunia. Sebagai tempat wasita  ikon Kota Paris dan Perancis, menara ini dikunjungi  sekitar 5.5 juta pengunjung setiap tahun


Menara ini memiliki ketinggian 325 meter dan di atasnya terdapat antena setinggi 24 m. Ketinggiannya ini dapatlah di samakan ketingginan 81 tingkat bangunan konvesional. 

Angin yang kuat  mengakibatkan menara ini bergoyang sebanyak 6 -7 cm dan cuaca panas pula menyebabkan puncak menara meninggi hingga 18 cm. Menara Eiffel memegang rekod bangunan tertinggi selama 40 tahun. Kini bangunan ini adalah yang ke 5 tinggi di Prancis dan merupakan yang paling tinggi di kota Paris.


Macam mana ada yang bercadang nak berbulan madu di Kota Paris. Jangan lupa menjadikan pemandangan indah di Kota Paris dan keunikkan Eifel Tower sebagai satu kenangan terindah bulan madu anda nanti.

Bagi pasangan mempelai yang baru mendirikan rumahtanga dan merancang untuk berbulan madu apa kata cuba lawatai laman web ini http://perthtravelmurah.blogspot.com/ untuk mencari destinasi bulan madu anda.


Sebenarnya , hari ini ita nak kongsikan pengalaman ita menyediakan cup cake hantaran yang di pesan oleh pasangan mempelai ini. Cup cake yang bertemakan bangunan Eifel Tower ini dan warna Hijau Mint ini milik pasangan yang bakal melansungkan pernikahannya hari ini. Selamat pengantin baru ita ucapkan kepada kedua-dua pasangan mempelai yang sama cantik sama sepadan ibarat "cincin dengan permata" bukan sahaja cantik tapi kata orang tu masih lagi menjaga adat sopan sepanjang pertunangan mereka.. Alhamdulillah tahniah dari akak.. semoga mahligai yang di bina ini akan teguh seteguh bangunan Eifel Tower dan sentiasa dalam rahmat dan keredaan Allah.


Mungkin inilah destinasi pilihan bulan madu pasangan ini. Semoga semuanya di permudahkan.. 
Haiii... bilalah ita dapat menjejakkan kaki ke Kota Paris kan.. ingin benar rasanya nak merakamkan gambar pemandangan yang indah di sana.







Mee Hailam

$
0
0



Ramai yang mengeluh dan bersungut sekarang. Harga barang semakin melambung-lambung tingginya. Dulu kalau pergi pasar bawa RM 50, macam -macam boleh beli. Tapi sekarang baru capai ayam seekor dah tinggal baki duit syiling di tangan.

Mahalnya... la haii..
Bertambah-tambah mahal bila tiba musim tengkujuh. Sayur mahal, ikan mahal, ayam dan daging pun mahal jugak.. aduyaiii..
Teringat masa ita kecil-kecil dulu, kalau di kampung kami tak pernah beli ayam. Nak makan ayam kenalah tangkap ayam di reban. Kalau ayam dah terlepas pagi hari, alamat kenalah kejar sekampung..


Sayur pun tak payah beli, bila musim tengkujuh macam ni, mak selalu masak sayur kampung aje.. pucuk ubi masak lemak, pucuk kayu manis, turi, pucuk betik, pucuk paku, semuanya enak aje bila tiba musim tengkujuh. Yang paling sedap ubi rebus di cicah dengan sambal tumis.. kenyang sampai ke malam..

Mak selalu pesan, biar bebudi pada tanah.. bila susah-susah.. dapat juga buat alas perut anak-anak. Bila tinggal di bandar.. manalah tanah yang dapat nak bercucuk tanam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa. Manalah boleh bela ayam di rumah pangsa.. ya tak?


Bila ita kenang-kenang, macam manalah nasib mereka yang berpendapatan rendah. Anak pula bederet nak minta sesuap nasi. Gaji tak nak-naik.. tapi harga barang semua naik.. Belum lagi di tambah naiknya bekalan elektrik, air, harga minyak, gula.. ni tambang pengangkutan awam pun akan naik juga.. macam manalah nak hidup kalau macm ni..

Hujung tahun dah nak siapkan kelengkapan sekolah anak-anak pula, dengan yuran dan buku-buku latihan yang pasti turut naik juga harganya. Bagi yang naik bas sekolah.. dah kena bersedia dengan tambang baru.. kalau anak sorang.. masih lagi boleh bertahan.. kalau dah berderet.. sabar ajelah.. jawabnya..

Sekarang ni kita perlu berjimat, jangan banyak sangat melakukan pembaziran. Lebih-lebih lagi bila harga barangan yang semakin meningkat.
Dulu, mak ita selalu bercerita tentang kesusahan yang dilalui ketika perang Jepun. Nak dapatkan secupak beras pun susah. Sebab tu mak suka bercucuk tanam, pantang ada tanah sejengkal.. ada sahaja yang mak nak tanam. Kadang tak ada tanah mak tanam dalam tin biskut. Tanam cili padi, lada merah, kacang panjang, kacang bendi.. kata mak kalau sesak-sesak.. boleh juga buat lauk.


Mak juga selalu ajar ita cara nak jahit dan tampal baju yang koyak. Mak kata sayang baju tu.. masih elok dan boleh di pakai.. Kami adik beradik berkongsi baju, dari kakak sulung turun ke adik-adik. Baju sekolah jarang beli. Biasa pakai yang kakak punya. Cuma, ita ni payah sikit kerana masa kecil ita ni agak montel, jadi baju kakak biasanya ita memang tak muat. Bila mak belikan ita baju, pasti ada yang cemburu.. katanya mak sayang ita lebih.. sebenarnya bukan macam tu.. sebab ita memang tak muat baju akak. Kadang nak jaga hati kakak, walapun sempit dan sendat ita pakai lah jugak.. supaya tak ada yang bersungut. Ita tak sampai hati lihat mak teruk-teruk berkerja buat kuih untuk belikan kami baju baru.


Anak-anak zaman sekarang agak sukar nak faham kesusahan ibu bapa. Kadang-kala kita sebagai ibu bapa juga tidak mahu tunjukkan kesusahan pada anak-anak. Takut emosi mereka terganggu. Masa ita kecik-kecik dulu, mak dan bapa ita selalu ingatkan anak-anak supaya sedar akan kekurangan hidup. Kita tak boleh bandingkan diri dan kehidupan kita dengan orang lain yang hidupnya mewah. Bapa ita kata kalau nak senang tak ada jalan pintas, kita kena berusahasa dan kena rajin. Yang pipih tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek. Kerana itu bapa ita tak pernah duduk diam, sentiasa bekerja siang dan malam.. bertambah-tambah lagi keluarga kami yang ramai..


MEE HAILAM

1 kg mee kuning atau mee tiau
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang
 
Bahan kisar
4 ulas bawang putih 
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam 
1 inc belacan
1 inc halia
 
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa
 
Sayur
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
Kisar semua bahan kisar hingga halus. 
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum
Kemudian masukkan daging dan ayam.
Masak hingga daging dan ayam empuk.
Tambahkan air jika kuahnya kering.
Masukkan , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
Masukkan tomato buah yang di belah 4 
Perasakan garam dan gulanya
Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung
Biar kuah merenih.
Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.

 
Biasa ita akan masak kuah ni lebih.
Mee Hailam enak di makan panas-panas
Bila nak makan
Ambil pan kecil, masukkan kuah yang kita dah masak tadi sedikit untuk hidangan berapa orang nak makan
Panaskan
Masukkan mee kuning atau mee tiau, ikut kesukaan
Kermudian masukkan sayur-sayuran yang lembut, macam sawi, kubis daun sup dan daun bawang.
Jika sukakan telur, boleh pecahkan sebiji telur kemudian tutup pan tadi hingga telur setengah matang.
Boleh lah di hidangkan bersama cili jeruk, limau nipis dan taburan bawang goreng
ini untuk di makan dalam jumlah yang ramai.
Kalau nak masak sikit untuk sorang atau 2 orang makan, kecilkan jumlah bahan dan boleh di masak terus.


Birthday cake untuk suami tersayang

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Macam mana cuaca di tempat sahabat-sahabat ita sekalian? 
Nampaknya cuaca di JB ni dah pun semakin cerah. Hujan pun dah berhenti. Matahari dah mula bersinar kembali. Harap cuaca yang indah dan matahari yang bersinar indah ini  juga memancarkan cahayanya di tempat sahabat-sahabat ita juga. 



Minggu ni ita banyak dapat tempahan untuk birthday cake. Kebanyakkan kek adalah untuk suami dan bapa tersayang. 
Hari ini ita nak kongsikan kek birthday untuk suami yang di hadiahkan oleh isteri tersayang. 
Kek yang ita buat ni adalah Rusian Black and White Cake. Bersaiz 9 inc bulat. 
Tema kali ini adalah tema kasih sayang. Kasih sayang seorang ayah kepada keluarga dan anak-anaknya.


Untuk mengambarkan betapa sayangnya ayah terhadap anak, ita meletakkan love berwarna warni menghiasi kek sebagai simbul betapa kasih ayah yang ceria dan segar untuk keluarga tersayang. 
Tali pula ibarat ikatan kekeluargaan yang utuh.



Customer, ingin ita letakkan figurine ayah dengan babynya. Ita tergambarkan tentang ayah yang begitu menyayangi anak-anaknya yang sentiasa membantu sang isteri menjaga dan melayan anak-anak setiap masa.

Betapa bahagianya bahtera kekeluargaan mereka. Ita berharap agar mereka terus melayari bahtera perkhawinan dan semoga rumahtangga mereka terus di sinari kebahagian dan sentiasa dilimpahi dengan kasih-sayang yang berpanjangan. 

Hari ini juga ita akan kongsikan bagaimana caranya ita membuat tali. Ramai yang bertanya cara dan kaedahnya. Ok ita kongsikan di sini cara mudah ita membuat tali.


Untuk membuat tali ni ada alat khas yang ita gunakan berbentuk skru macam dalam gambar. Ia didatangkan khas besama beberapa tools pelbagai corak yang kita inginkan. Ada bentuk bulat besar, kecil, ada bulat banyak dadengan saiz yang berbeza-beza mengikut apa yang kita inginkan. Ada bentuk empat segi , segi tiga dan juga bentuk diomond.

Ita tak ingat kat mana ita beli sebab ita beli ni dah lama juga, tapi yang pasti kat kedai jual bahan kek. Harganya agak mahal lah kalau tak silap ita RM 100 ++ dah tak ingat sangat lah dah lama dah ni.. tapi lebih kurang macam tu lah harganya. Cubalah cari kat kedai jual bahan kek. Ita ni suka sangat singgah kedai kek, kalau jumpa aje pasti ita singgah untuk cari barang-barang yang menarik. Bila dah banyak sangat kedai yang ita singgah ita dah tak ingat kedai yang mana satu.. tapi rasanya di KL lah kan. Kalau kat JB ni memang payah nak cari peralatan untuk buat kek.

Ok caranya mudah, kita boleh guna fondant atau gumpaste. 
Mula kita canai fondant atau gumpaste bentukkan selinder supaya mudah kita masukkan dalam alat itu tadi. Pas tu kita tutup skrunya yang kita dah letakkan tools yang kita inginkan. Untuk buat tali ita pilih tools yang ada banyak lubang-lubang kecil.
pas tu kita pusinglah skrunya nanti akan keluarlah fondant dengan bentuk tali yang kita inginkan. 
Pas tu kita pintallah ia membentuk tali. Mudah aje kan!
harap penaerangan ita ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada kawan-kawan untu mendeco atas kek yang di tempah oleh customer anda pula. Selamat mencuba
Happy cooking and baking


Jom belajar buat figurin bersama Cik ita

$
0
0

Assalamualaikum anak-anak..
Anak-anak sedang buat apa tu..
Cuti-cuti sekolah ni tak ada pergi jalan mana-mana ke?
Bagi yang sedang makan angin atau melancung bersama keluarga, selamat bercuti cik ita ucapkan. Jaga keselamatan di tempat orang tau! jangan pandai-pandai nak gi jalan sendiri pulak.. nanti sesat siapa yang susah..

Bagi anak-anak yang tak tau nak buat apa cuti sekolah ni.. apa kata jom ikut cik ita masuk kelas deco-deco Cup Cake. Mesti anak-anak suka bermain dengan gumpaste, fondant dan buttercream.
Boleh cipta atau deco apa-apa sahaja karektor katrun animasi yang anak-anak  suka!


Nak tau macam mana cik ita buat kartun comel-comel ni..
Macam mana kita nak deco kartun yang comel ini atas cup cake supaya ia menjadi satu hadiah yang istimewa untuk mereka-mereka yang kita sayang.

Pasti anak-anak teringin menghadiahkan cup cake dengan dekorasi kartun comel untuk ibu, ayah, kakak, abang, kawan-kawan maupun guru-guru di sekolah.
Seronok kan bila kita dapat buat sesuatu yang istimewa untuk orang yang kita sayang..


Pada anak-anak yang tak tau nak buat apa cuti sekolah ni, bolehlah daftarkan nama jika nak mengikuti bengkel bersama Cik Ita mendeco cup cake comel untuk insan yang kita sayang.

Anak-anak kenalah minta kebenaran dari ibu bapa anak-anak terlebih dahulu ya! kalau mak izinkan barulah anak-anak boleh datang dan belajar dengan cik ita.

Anak-anak tak perlu bawa apa-apa. Semuanya disediakan. Tapi kalau anak-anak ada karektor kartun animasi yang anak-anak suka dan teringin sangat nak buat,  anak-anak boleh bawa ke bengkel untuk kita deco bersama.

Jika anak-anak berminat bolehlah hubungi Pn Siti Zaleha di talian 0197550154
Tarikh kelas :  esok bersamaan 18 hb Dis 2013
Masa : bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir apabila anak selesaikan menyiapkan cup cake ana-anak
Lokasi : di Oliez Academy, no 60, jln pulai perdana 11/1, tmn sri pulai perdana, skudai(kedai bawah) 
Mereka yang boleh turut serta adalah anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun

Doakan cik ita sihat supaya kita sama-sama dapat belajar ya..





Hugglemonster Cake
Kek Absolute Choc cake
Saiz 9 inc
Layer Italian buttercream dan choc ganache
Deco Figurine dan fondant
Tema warna colourfull



Bengkel dekorasi Cup Cake sehari bersama anak-anak

$
0
0
Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana kelas deco cup cake bersama anak-anak belangsung dengan jayanya. Kelas yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 10 Dis 2013 terpaksa ditunda ke 18 Dis memandangkan kesihatan ita yang tak berapa mengizinkan.


Alhamdulillah dan terasa lapang di dada bila dah dapat tunaikan janji pada sahabat ita. Selagi ita tak tunaikan janji, tak boleh tidur malam ita dibuatnya. Pada ita berjanji tu memang mudah tapi nak tunaikan alamak payahnya.. kalau tak tunaikan, perasaan bersalah sentiasa membelengu diri ini..

Ini merupakan kelas  ita yang pertama atau mungkin juga yang terakhir.
Ini juga merupakan pengalaman ita yang pertama dalam bidang yang tak pernah terlintas langsung difikiran ita yang akan ita lakukannya satu hari nanti.Tapi akhirnya ita berasa sangat seronok bila berada di tengah anak-anak yang comel-comel dan semuanya memberikan aura positif dalam diri ita.

Syukur ita kehadarat Allah kerana menemukan ita pada mereka-mereka yang sentiasa meniupkan semangat buat ita. Yang mempercayai bakat ita yang naif ini. Ita rasa teramat berterima kasih kepada Chef Amer, Chef Asmah, Pn Siti Zaleha, kepada sahabat-sahabat ita di FB dan juga follower ita di blog Masam Manis yang tak pernah putus- putus memberikan ita semangat, yang sering menggalakkan ita mencuba bidang yang ita tak pernah terfikir ita akan lakukan. Mendengar nasihat Chef Amer buatkan ita terasa sangat nak mencuba walaupun perasan rendah diri cukup menebal dalam diri ini, siapalah ita untuk berada bersama-sama mereka yang dah ada kelompok dan peminat mereka sendiri. Ibarat langit dengan bumi jika dibandingkan keistimewaan dan kehebatan mereka yang sudah sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Membaca email Chef Asma membuatkan ita menitiskan air mata dan membuak-buak perasan ita ingin menyahut saranan dan tunjuk ajar dari beliau. Walaupun ita tak pernah bersua dengan beliau, tapi kata-kata beliau buatkan ita berasa beliau terlalu baik dan cukup dekat dihati ini.

Cuma satu yang ita pinta janganlah ita dibandingkan dengan insan yang dah sememangnya pakar, ita hanya baru bertatih dan ingin mencari seberapa banyak pengalaman dalam hidup sahaja sebelum ita menutup mata. Ita ingin memetik kata-kata Dr Irfan Khairi "memiliki ilmu sahaja bukanlah satu kekuatan tetapi ilmu yang dipraktikkan dan diaplikasikan adalah kekuatan kita sebenarnya"

Sebenarnya ita tak sabar nak bercerita tentang keseronokan ita bila bersama dengan anak-anak. Cuma kesihatan ita yang tak berapa memuaskan buatkan pergerakan ita cukup terbatas. Tapi ita cukup seronok.. dan yang paling seronok bila anak-anak ni panggil ita Cikgu.. hihi
"Cikgu macam mana ni...?"
"Cikgu nak pasang macam mana ?"
"Cikgu boleh makan ke minion ni..?
"Cikgu boleh tak kita nak buat Upin Ipin?"
"Cikgu bila kita nak buat kek?"

Aduhhh.. pasti ita akan rindu suara dan gelak tawa mereka..
Anak-anak  ibarat kain putih.. Mereka cukup jujur bila berbicara. Tak pernah ada terselindung.. itu yang ita terfikir seeloknya ita mulakan dengan mereka yang jujur, bersih dan ikhlas hatinya.. Semoga Allah memberkati setiap apa yang ita lakukan sentiasa melindungi diri ita dan keluarga berkat doa-doa mereka.


Jom ikut ita masuk kelas, ita kenalkan dengan anak-anak didik ita yang comel-comel dan keletah-keletah semuanya.


Memulakan kelas pagi itu dengan masing-masing memperkenalkan diri. Anak-anak ni dia mula-mula malu-malu kucing tau! tunggu sat lagi bila enjin dia dah panas....


Anak-anak ni mereka tekun bila kita suruh buat.. dan sangat kreatif.! kadang apa yang mereka buat yang kita pun tak terfikir..
Mereka suka mencuba dan pantang nampak benda baru. Terutamanya yang berwarna-warni.. itulah yang mereka paling suka.. nama pun anak-anak kan.. dan gelagat mereka buatkan ita rasa cukup terhibur hari itu.
Sebenarnya dah lama ita tak main dengan kanak-kanak. Anak-anak ita pun dah besar, tinggal Dalili sorang aje.. kat rumah teman ita. Dalili pun seronok sangat dapat jumpa kawan baru, hilanglah sunyi dia.. Balik asyik sibuk pot..pet..pot..pet cerita pasal kawan-kawan barunya.. sampai tanya bila mak nak buat kelas lagi.. kita nak jumpa fara.. mira.. best..best..best..sangatt..

Dulu masa anak-anak buah ita masih kecik-kecik, rumah ita lah tempat mereka berkumpul. Kalau cuti sekolah macam ni, memang riuh rendah rumah ita dengan anak-anak saudara. Suami ita pula suka melayan.. sampai tak nak balik rumah. Tapi sekarang masing-masaing semua dah dewasa dan remaja.. dah ada kehidupan sendiri.. Cuma seorang aje anak saudara ita yang kerap melawat ita dan keluarga.. setiap kali cuti dia akan datang rumah ita. Dia anak abang ita..


Makan tengahari hari itu disediakan olen Pn Siti Zaleha dari Oliez Academy. Terima kasih cik Siti.. Berselera anak-anak kita makan.. ialah bila makan ramai-ramai dengan kawan-kawan memang cukup seronok. Sambil belajar deco-deco juga ada jajan untuk kunyah-kunyah.. mi siput yang soo.. crunchy! sedap yum.. yum..  Adik farah kita sempat berbisik pada ita.." kalau ada sambal kicap ni.. lagi best! kan cikgu.. hahaha kata-katanya buatkan ita tergelak..  kelakor tau adik farah kita..
Siapa nak oder boleh contact kak Siti kita.


Sesi akhir petang itu.. yang anak-anak tunggu-tunggu, main dengan buttercream. Seronok betul dorang dapat main dengan buttercream dan fondant. Masa ni lah nak tengok betapa kreatifnya mereka!


Inilah kek yang sempat anak-anak sediakan Kek Choc Moist. Ingatkan nak deco ramai-ramai kek ni, tapi masa pulak tak mencukupi.. tak apalah mungkin di lain kali kita deco atas kek besar pulak lah ya.. anak-anak.. ^__^

Jom kita lihat pula hasil kreativiti anak-anak pulak!





Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pn Siti Zaleha dan Oliez Academi yang sudi mengundang ita


Kepada ibu bapa dan anak-anak juga
Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang bengkel ini berlangsung.
Semoga kita berjumpa lagi.. 


BoBoiBoy Cake

$
0
0

Watak-watak dalam cerita animasi sangat penting dalam menzahirkan sesebuah karya. Apa sahaja karektor kartun animasi samaada dari luar atau dalam negara, ianya cukup dekat dalam jiwa anak-anak.

Hari ini kita bercerita sedikit pasal cerita animasi superhero yang menjadi kebangaan Malaysia. Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang berjaya menghasilkan produk kreatif animasi BoBoiBoy ini ialah Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin, bolehlah dianggap satu kebangaan dan amat-amat dinantikan oleh masyarakat Malaysia, setelah sekian lama anak-anak kita dilambakkan oleh produk luar negara.   
              
Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemahkan daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya cerita animasi Upin Ipin sehingga ianya menjadi satu fenomena satu masa dahulu.

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu Bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan Bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin  Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.


Boboiboy menceritakan kisah seorang budak berusia 10 tahun yang mampu untuk menukarkan dirinya kepada 3 karakter yang mempunyai kuasa yang berbeza. Kejahatan yang dipaparkan dalam kartun animasi ini adalah berkaitan keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, Boboiboy mampu menukar dirinya kepada 3 karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin, dan kilat. Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah Superhero pertama kanak-kanak Malaysia ini ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

BoBoiBoy sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan pencapaian anak muda ini.


Frozen Disney Birthday Cake

$
0
0

Frozen filem Disney yang baru di tayangkan di Malaysia. Cerita ni ditayangkan di Malaysia dalam 2 versi. Satu filem asal berbahasa Inggeris dan satu lagi di alih bahasa ke dalam Bahasa Malaysia. Biasa kalau cerita kartun Disney ni seronok jika di tonton dalan versi bahasa Inggeris.

Baru-baru ini ita berkesempatan menonton filem animasi yang cukup mendapat sambutan dikalangan peminat filem dari luar negara terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil. Seronok menonton filem animasi ini, kerana jalan ceritanya pada ita cukup menarik, tidak meleret-leret dan tidak membosankan. Ita boleh katakan filim animasi ini cukup hebat dengan kesan bunyi yang baik karektor dan watak yang hebat dan lagu-lagunya juga sesedap halua telinga mendengar.


Cerita ni berkisahkan kasih sayang, antara adik Anna pemilik suara ( Kristen Bell) dan kakak Elisa pemilik suara (Idina Menzel). Sewaktu zaman anak-anak mereka cukup rapat, tapi oleh kerana satu kemalangan akibat tangan Elisa yang boleh membuat ais. Akhirnya mereka dipisahkan walaupun hidup dalam istana kerajaan Arendelle.


Watak orang salji yang bernama Olaf, membuatkan cerita ini mempunyai sedikit sentuhan lucu. Olaf yang comel pasti akan sentiasa mencuit hati kanak-kanak. Kehadirannya bersama beberapa rakan lagi lakonan Kristoff (Jonathan Groff) dan seakor rusa dalam membantu Anna mencari kakaknya yang melarikan diri setelah rahsianya diketahui.

Cerita ini juga mengigatkan kita supaya tidak mudah mempercai orang yang baru dikenali, kerana pasti ada sahaja musuh dalam selimut.
Pelbagai pengajaran, di tonjolkan dalam cerita ini, yang pastinya semuanya membuatkan kita terhibur.

Film hasil sutradara oleh Chris Buck (Tarzan, Surf's Up) dan Jennifer Lee (penulis skenario Wreck-It Ralph) dan diproduksikan oleh Peter Del Vecho (Winnie the Pooh, The Princess and the Frog). Menampilkan musik dari Tony, pemenang Robert Lopez (The Book of Mormon, Avenue Q) dan Kristen Anderson-Lopez (In Transit)






Dora The Explorer jom belajar cetak huruf

$
0
0

Dora the Explorer adalah seri animasi anak-anak dari Amerika milik jaringan television kabel Nickelodeon. Episode percobaan disiarkan tahun 1999 dan menjadi seri reguler mulai tahun 2000. Seri animasi ini dibuat oleh Chris Gifford, Valerie Walsh, dan Eric Weiner.
Dora the Explorer sangat sukses sehingga sudah menghasilkan 1 milion dolar Amerika hanya dalam penjualan tahun 2004 saja.


Watak utama cerita ini adalah seorang gadis genit, comel, baik hati dan sangat suka mengembara.
Ia selalu ditemani oleh Boots, seekor monyet. Mereka berdua mengembara untuk membantu seorang teman atau mencari sesuatu yang mereka perlukan.

Arah pengembaraan  mereka biasanya dibimbing oleh peta yang jika tidak digunakan  ianya tersimpan dalam bag galas milik Dora. Selain peta, di dalam bag galas Dora juga terdapat berbagai benda yang kebiasannya diperlukan dalam pengembaraan mereka.

Sepanjang perjalanan mereka akan dibantu oleh beberapa teman yang akan menolong mereka, seperti keluarga dan saudara Dora, juga binatang-binatang, tumbuhan, atau benda yang boleh berkata-kata.
Satu-satunya yang sering menganggu perjalanan mereka adalah Swiper, seekor rubah. Swiper suka mencuri barang-barang yang diperlukan  dalam perjalanan.


Dalam penjelajahannya, Dora banyak mengajak penonton untuk turut serta membantunya, seperti mengajak anak-anak yang menonton untuk menjawab pertanyaan Dora, membantu menghitung, memilih jalan atau benda yang mereka perlukan dari beberapa alternatif pilihan, mencari benda yang tersembunyi, atau memperingatkan bila Swiper menghampiri mereka.

Cerita berlanjutan dengan munculnya anak panah menyerupai penunjuk tetikus dalam komputer, sehingga penonton seolah boleh melakukan pilihan atau menunjuk sesuatu.
Di ahir perjalanan, ketika tujuan mereka sudah tercapai, Dora biasanya merayakan kejayaan dengan menyanyikan lagu kejayaan pengembaraan mereka. Dora juga akan menanyakan para penonton bahagian mana dari pengembaraannya yang paling disukai.

Cerita ini sangat menarik untuk tontonan anak-anak kecil, kerana ia sedikit sebanyak dapat membuka minda mereka untuk berfikir dan belajar.


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi kaedah untuk menulis abjad atas kek.
Ramai antara rakan-rakan yang dah beli cetak huruf abjad ni , tapi masih tidak tahu kaedah atau cara menggunakannya dengan betul. Jom ikut ita kita belajar cara mudah untuk menulis nama dengan cetak huruf ini.


Mula-mula dapatkan cetak huruf ini di kedai menjual bahan kek
Sediakan gumpaste dengan warna yang kita inginkan
Masukkan sedikit tepung jagung ke dalam kain muslin dan jadikannya seperti bunjut.
Canaikan gumpaste paling nipis
Tepukkan debu tepung jagung pada kedua-dua belah gumpaste yang telah di canai nipis tadi
Tepukkan debu tepung juga pada cetak huruf yang kita inginkan
Dengan menggunakan roller, rol supaya ia rata dan menampakkan huruf
Kemudian dengan hujung roller kita ratakan sekali lagi supaya permukaan tepinya licin dan mudah untuk ia tanggal dari cetak
Buangkan bahagian lebihan yang tidak perlu dengan lidi bersih
Kemudian ketuk-ketukkan cetak hingga gumpaste huruf tertanggal dari cetak
Tadaa... dah siap! mudah aje kan..
Selamat mencuba!



Selamat Tahun Baru 2014

$
0
0

Akhirnya tahun 2013 meninggalkan kita juga..
Perginya yang tak akan kembali, bersama kenangan.. pahit, manis suka dan duka... hanya lipatan sejarah yang mungkin akan kita kenang selagi hayat dikandung badan.

2013, tahun yang paling mencabar bagi ita. Tahun ujian dan dugaan daripada Allah SWT,  " ujian dan perancangan Allah SWT, tidak siapa yang tahu.. " mungkin ada rahmat yang menanti.. terima semua dengan sabar dan penuh rasa kesyukuran.." kata emak mengigatkan ita setiap kali ita lahirkan rasa kekecewaan dan kesedihan ita sepanjang tahun lalu..

Ya.. inilah ujian Allah untuk ita.. "Ya Allah aku terima segala ujian mu dengan sabar dan penuh keinsafan.. namun aku tak mampu menanggung segalanya.." hanya doa yang mampu ita panjatkan agar ita diberikan kekuatan,.. hidayah..dan petunjuk..

Kesedihan dan kekecewaan tidak akan mengubah perjalan hidup kita.. Hidup perlu diteruskan.. Ita hanya memohon padaNya agar tahun yang mendatang .. adalah lebih baik dari sebelumnya.. semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan ita dan keluarga..


2014 menanti dengan penuh tanda tanya..
Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak
Rasa cabarannya lebih hebat lagi.. bukan sahaja pada ita dan keluarga.. mungkin pada masyarakat diluar sana juga.
Kenaikan harga barangan dan taraf kehidupan adalah antara cabaran yang paling hebat yang perlu ditempuhi dengan sabar. Nak tak nak kita kena tempuhi juga.. siapalah kita yang ingin lantang bersuara.. Ibarat wau melawan angin..

Kata orang buat baik salah.. tak buat baik pun salah.. Perumpamaan pula menyebut "buat baik berpada-pada"
Sifat manusia yang sukar kita fahami.. Yang pekak pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah
Banyak udang banyak garam.. banyak orang banyak ragam..
Ita harap dalam tahun ke 4 ita melayari dunia blogging ini.. ita semakin matang.. dalam setiap apa tindakan yang ita lakukan. Ibarat berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. Semoga ita diberikan kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan kerenah dan asam garam dunia maya.

Ku relakan kau pergi membawa semua kenangan lalu, yang banyak memberikan ku pengajaran.. Kunantikan kedatangan mu dengan harapan dan nur..
Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan amal ini ikhlas kerana Allah dan menjadi timbangan amal kebaikkan pada hari Kiamat
Selamat tahun baru kepada semua pembaca budiman..






Photos of the week

Lontong dan kuah lodeh

$
0
0

Assalamualaikum,
Sarapan apa pagi ni?
Pasti makanan yang enak dan lazat yang disajikan untuk keluarga. Tak kisahlah samaada ianya di beli di luar maupun di sendiakan sendiri, apa yang penting tahun ini kita kurangkan pembaziran. Makan ikut keperluan dan kemampuan.

Pagi ni ita nak kongsikan  lontong dan kuah lodeh yang ita sediakan untuk sarapan keluarga. Kebiasannya orang Johor ni, bila sebut lontong terus terbayangkan kuah lodeh dan nasi impit bersama sambal tumis. Tahukah anda apa sebenarnya lontong itu? Ita pun sebenarnya kompius hihi..

Pencarian ita di google, menemukan ita dengan apa itu lontong sebenarnya. Kalau ada yang mungkin tak tau apa itu lontong  dan perbezaan antara lontong, nasi impit atau nasi kapit dan ketupat, jom ita kongsikan di sini.


Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.
Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.

Kerana dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa.

Nasi himpit atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia merupakan sejenis makanan yang dibuat daripada nasi yang ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga membentuk ketulan besar. Hasil akhirnya hampir sama dengan ketupat nasi. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto.

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa yang muda.


Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.
Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.


Lodeh adalah kuah yang biasa di gandingkan dan di makan bersama lontong, nasi himpit atau pun ketupat. Jika di Johor kebiasannya ia menjadi menu utama pada pagi hari raya. Tapi lodeh juga di jadikan sarapan pagi. Kuah lodeh cukup mudah disediakan, ramuan utamanya adalah santan dan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kobis, lobak merah, terung, timun dan sengkuang. Selain di Malaysia, lodeh juga makanan yang popular di Indonesia.

Hari ni ita kongsikan resepi lodeh yang mak mertua ita sediakan. Tak banyak bezanya dari segi bahan, cuma mak mertua ita lebih suka meletakkan udang basah setiap kali menyediakan kuah lode.Dari segi rasa mungkin tak banyak beza tapi ianya kelainan tersendiri.


KUAH LODEH

Bahan Sayur 

1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terung panjang
1 keping tahu kering ~ rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu ~ di potong kecil dan goreng
4 keping tempe ~ dipotong dan digoreng
2 ikat suun ~ direndam
lada merah dan hijau ~ dipotong serong


Bahan Rencah ~ dikisar halus

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu udang kering
2 sudu ikan bilis
sedikit belacan 
2 sk jintan kasar ~ digoreng tanpa minyak
2 batang serai ~ dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas ~ dititik


Bahan lain

200 g udang hidup yg dikupas kulit
2 liter santan pekat dan cair ~ daripada 2/3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis


Pijarkan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang dan tumis lagi
Kemudian  masukkan santan, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuan bermula dengan sayur keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut. 
Kemudian masukkan bahan-banahn yang lain
Biar hingga kuah didih
Kuah lodeh di sajikan bersama lontong atau nasi himpit ataupun ketupat. Enak di makan bersama sambal tumis, kuah kacang, serunding, rendang  dan telur rebus



Alhamdulillah....







Sepasang kek pertunangan

$
0
0

Saya suka kek sayaaa...
Macam cantikkk jeeee...
Macam somellll... jeee...
Macam cayang jeeee..

Heheee... wah! angkat bakul nampak..
Sesekali kita puji diri sendiri tak salahkan.. dan ada baiknya juga tau! Cuba kita ingat-ingat balik berapa kali lah kita dah puji diri sendiri atau kata lain kita beri penghargaan pada diri sendiri..  sepanjang kita bernafas di bumi Allah ni.. ada tak? ada tak?
Alahaiii.. kesiannya diri kita ni.. kerja teruk siang malam.. tapi tak pernah roh atau tuan empunya diri berikan kata-kata pujian..

Sebenarnya ianya juga adalah sala satu daripada cabang terapi diri. Selain ia mengaktifkan ion-ion positif dalam minda dan tubuh.. ianya juga meransang kita untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi..

Bagus ke kita memuji diri sendiri..?
Allah SWT telah berfirman : “... maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci ...”  
QS An Najm ~ (52) : 32


Kita kembali kepada Islam, Hendaknya pujian itu bertujuan amar makruf nahi mungkar. Ia menjadi nasihat, untuk memberikan petunjuk pada suatu permasalahan, sebagai pelajaran, pendidikan, nasihat, pengajaran, atau untuk mendamaikan kedua pihak yang bermusuhan, demi menolak keburukan lawannya, atau karena tujuan baik lainnya. Oleh karena itu, sebutlah kebaikan diri sendiri dengan niat sebagaimana perkara-perkara tersebut. Hendaknya juga disertai keyakinan bahwa ucapannya itu akan diterima dan menjaga apa yang telah diucapkan dan sesungguhnya ucapan itu juga akan kita temui pada diri oang lain.. waallahu alam..


Kita berbalik kepada kek yang ita kongsikan hari ini. Kek ini adalah kek yang sempat ita siapkan tahun lepas.. huiiii.. macam lama aje kan.. tahun lepas tu.. padahal baru aje berlalu 3.. 4 hari yang lepas.. hihi...
Ini adalah antara kek yang paling ita suka sepanjang tahun lalu.
Kadang bila kita suka buat sesuatu, ianya menjadi satu keseronokkan yang hanya kita sahaja yang lebih mengerti. Ia juga membuatkan kita leka dan lupa sejenak pada permasalahan yang membelengu diri saat itu..








Koleksi kek Cars

$
0
0

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan bakers ita sekalian..
Pernah tak kalian tiada idea nak deco cake?
Ita rasa situasi begitu kerap terjadi pada semua bakers. Terutamanya bila kita kerap dapat tempahan dengan design yang sama.. Satu minggu pula terdapat beberapa kek yang ditempat customer dengan design yang sama.... aduh! sakit kepala dibuatnyaaa...
Jika customer bagi design macam mana yang mereka inginkan.. urut dada lah sikit kan.. lepas sikit tension nak mereka design baru.. tapi kalau yang setakat bagi tema, dan design terserah kepada batu gemala patik.. tu yang buat peluh menitik.. tik tok.. tik.. tok.. dibuatnya..





Hari ini ita kongsikan beberapa koleksi tempahan kek dan cup cake dengan tema cars.  Kek ni semua simple deco dengan kek yang pebagai perisa. Ada rainbow cake, choc fudge cake, Rusian Black and White cake dan durian delight.

Manalah tau kalau ada antara rakan-rakan yang kekeringan idea, bolehlah jadikan koleksi kek ini sebagai rujukan untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif lagi..

Akhir kata... cook with love and bake with heart! enjoy!












Viewing all 808 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>