Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 808 articles
Browse latest View live

Nasi Beriani

$
0
0
Assalamualaikum Warga Johor sekalian.
Hari ni ada berita baik bagi pengemar-pengemar nasi beriani..
Kalau orang Johor mana boleh lepas dengan nasi beriani yang dah menjadi antara menu yang cukup popular di negeri selatan Malaysia ni..

Setiap kali hujung minggu pasti ramai yang mengadakan kenduri kendara.. menyambut tetamu atau meraikan kawan-kawan. Nasi beriani adalah antara menu wajib yang akan menjadi salah satu hidangan pada kawan dan taulan.

Gambar daripada koleksi album Chef Amer Hamzah
Biryani  atau biriani (beriani) adalah hidangan berupa nasi (biasanya dari beras basmati) yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging. Di Indonesia dan Malaysia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi (nasi biryani, nasi briyani, nasi briani, atau nasi beriani). Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryā(n) (بریان) yang berarti goreng atau panggang.Pada zaman dulu, beras digoreng di dalam minyak samin sebelum direbus di dalam air bersama rempah-rempah hingga setengah masak.

Biryani dibuat dari beras yang sudah direbus terpisah di dalam periuk. Setelah beras setengah masak, beras dicampur dengan bahan-bahan lain, ditutup rapat di dalam periuk besar, dan dimasak hingga matang. Biryani berbeza dengan pullao (pilaf) dalam cara memasak. Sewaktu membuat nasi pilaf, beras digoreng bersama rempah-rempah di dalam minyak samin, dan langsung dimasak hingga matang.
Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak biryani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya popular di India dan Pakistan, malahan juga di Irak, Iran, Afganistan, Bangladesh, dan kalangan penduduk muslim Sri Lanka.

Rempah-rempah yang dipakai sewaktu memasak biryani, termasuk di antaranya: minyak samin, kacang-kacangan, jintan, cengkeh, kapulaga, kayu manis, daun salam koja, ketumbar, daun mint, halia, bawang bombay, dan bawang putih. Nasi biryani yang asli memakai safron.
Nasi biryani non vegetarian menggunakan daging sapi, daging ayam, daging kambing, daging domba, atau udang. Hidangan sampingan pula berupa dahi chutney, korma, kari, sayur terung, atau telur rebus.

Rujukan : http://id.wikipedia.org/wiki/Biryani

Ramai yang suka makan.. tapi tak ramai yang mahir dalam penyediaanya. Kaedah penyediannya yang unik menjadikan ianya akan terasa asyik bila dinikmati.
Mungkin ada yang dah mula memikirkan untuk menyediakannya sendiri untuk keluarga tersayang..
Atau ada yang dah berkira-kira untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan..
Apa tunggu lagi.. Peluang anda terbuka luas sekarang dengan kehadiran Chef Amer ke Johor untuk mengajar kaedah penyedian Nasi Beriani Gum yang cukup Power!

Kelas yang pasti cukup hapening, dengan segala tip dan panduan yang cukup berguna dari seorang Chef yang cukup berpengalaman ini. Bakat yang di warisi dari kedua ibu bapa seawal usianya 10 tahun lagi..

Tempat yang sangat terhad.. Cepat sementara ada kekosongan...



Biarlah anak-anak berfantasi...

$
0
0


Doc Mcstuffin Birthday cake

Ben 10 Cake

Twinkle-twinkle Little Star

Piya dan Team Red Warriors

Spongebob and friends

Princess baby bear

Fife the flowertots

Princess and king papa Birthday cake

Pororo Birthday Cake

Paddington Bear Cake

Animal Safari 2 tier cake

Avengers Cake

Animal safari

Owl Birthday cake

Mickey and Minie Birthday Cake

Sofea The First, Transfomer dan kucing comel

Sofea the First cake

Elmo and Cookies Monster cake

Stich untuk si manis 17

Thumbelina Birthday Cake

Kenapa mahal sangat..?

$
0
0

gambar dari Cupcake 2 Heaven

Ramai yang bertanya dengan ita, bagaimana nak meletakkan harga pada kek yang dijual.
Ya itu adalah satu masalah besar bagi para peniaga.. nak meletakkan harga.. kalau letak mahal dikatakan cekik darah pula.. kalau murah kita pulak yang rugi.. penat dan terasa tidak berbaloi.

Memandangkan harga barangan yang naik melambung-lambung sekarang ni.. harga kek juga turut melonjak naik mengikut harga pasaran. Almaklumlah untuk menghasilkan kek kadang kala kita banyak menggunakan barang import seperti kekacang dan keju  yang harganya sekarang melambung-lambung naiknya. Ini belum termasuk coklat, whipping cream, butter dan lain-lain barangan import juga turut melonjak naik..

Ada sesetengah daripada kita kurang peka dalam hal ini. Mereka kurang tahu bab harga barangan kerana kurang menggunakannya. Bagi mereka yang serius dalam bidang ni.. sedikit kenaikan sahaja sudah cukup terasa.. dan mula panik bagaimana nak letakkan harga pada kek yang di tempah pelanggan.

Rata-rata ramai yang bersunggut, kenapa home made cake terlalu mahal? berbanding dengan harga kek yang di jual di kedai kek atau di supermarket.
Ada yang dah tau jawapan tapi buat-buat tak tau.. Ada yang memang tak tahu kerana jarang beli kek di kedai.
Ita cuba simpulkan di sini untuk di jadikan sebagai panduan

Kek yang di jual di supermarket atau di kedai kek biasanya di buat dalam jumlah yang besar. Kos barangan juga di beli dalam kuantiti yang banyak dan mereka dapat harga yang special untuk itu berbanding dengan mak cik yang datang beli tepung sekilo.. gula sekilo.. di kedai runcit

Anda juga tidak akan mendapat layanan seumpama tuan puteri ketika membeli kek di kedai atau supermarket.. dengan kata lain pilihan adalah amat terhad.. apa yang di sediakan itulah sahaja yang anda boleh pilih.. tak banyak pilihan..
Ini berbeza bila anda memilih home made cake.. semua kek di reka khas atas pilihan dan citara anda. Dari jenis kek, fillingnya.. toping.. malahan deko dan hiasan semuanya adalah kepuasan anda sepenuhnya, pembuat hanya merialisasikan setiap impian anda sekadar kemampuan.

Home made cake biasanya adalah kek baru.. Fresh From The Oven, berbanding kek di kedai yang entah dah berapa lama berada dalam ruang sejuk beku.

Di akui hasil air tangan orang Islam yang terjaga dari segi kebersihan, kualiti, produk halal , beserta doa dan di sediakan dengan penuh kasih sayang.. berbanding kedai yang kita pun tak pasti siapalah pula yang membuat dan menyediakannya. Harus di ingat, setiap penyediaan kek banyak menggunakan gelatin. Jika beli di kedai kita tak tau adakah gelatin yang di gunakan halal berbanding home cake yang kita yakin dari sumber yang halal.

Kek dihantar kepada pelanggan jika ada permintaan berbanding kek di kedai yang kita perlu beratur untuk mendapatkannya.

Masa yang di ambil untuk menyediakan home made cake juga harus difikirkan. Harga yang di bayar adalah masa yang cukup berharga yang di gunakan untk menyediakan sebijik cake. 1 bijik kek kadang kala mengambil masa berhari-hari untuk menyediakannya. Dari permulaan proses membuat kek yang mengambil masa berjam-jam di dapur. Ini tidak termasuk menyediakan kek yang banyak stepnya. nak sediakan filling, topping atau apa-apa sahaja yang pelanggan inginkan.

Kek yang di deco dengan figurine atau bunga dari gumpastye pula mengambil masa berjam-jam  lamanya dan kadang kala hingga seminggu untuk memastikan figurine atau bunga benar-benar kering sebelum diletakkan di atas kek sebagai hiasan dekorasi.

Pada ita apa yang membuatkan home made cake mahal adalah kerana Art worknya. Ianya cukup berseni hingga anda tidak akan dapatkanya di supermarket. Ada yang membuatnya khas untuk anda dan tiada dua atau tiganya..

Sekarang tepuk dada dan tanya selera.. pilihan di tangan anda.. 



Ayam Masak Gulai Kawah

$
0
0

Assalamualaikum
Lama rasanya ita tak membebel dalam blog kesayangan ita ni..
Ialah sejak ita dah semakin sibuk ni.. masa seakan mencemburui perjalanan ita seharian..
Kadang kala ita terasa amat-amat rindu nak melakukan apa yang ita sukai dan minati..

Nak bersantai-santai macam dulu sambil membelek-belet kamera kesayangan seakan dah tak punya waktu.. Jadual ita kian padat dengan pelbagai aktiviti yang kadang kala ita rasa seakan tak mampu untuk ita laksanakan..

Banyak juga kerja ita yang tertangguh.. entah bila ita punya waktu untuk melaksanakan semuanya...

Ada masanya ita rasa seakan bosan dengan apa yang ita lakukan sekarang.. Ita seakan tidak punya masa untuk diri sendiri.. Ita sukakan dunia ita yang dahulu.. Dunia yang ita cipta untuk membahagia diri ita.. bukan orang lain..

Pejam celik-pejam celik.. kita dah hampir sampai ke penghujung tahun.. aduh.. cepatnya masa berlalu.. rasa baru semalam menyambut kedatangan tahun baru.. kini dah melambai-lambai pula diari tahun baru..

Penghujung tahun.. adalah masa yang cukup mendebarkan.. Minggu anak-anak mula sibuk dengan peperiksaan. Mana yang periksa UPSR pasti dah terasa lega.. cuma debaran menanti kala keputusan diumumkan kelak.. Anak-anak PMR dah mula bersiul riang.. dah terlepas beban yang tergalas.. tahun depan PMR dah tak ada lagi..  Teringat masa ita bersekolah dulu.. masa tu zaman SRP rindu dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu..  Lepas SRP ramai kawan-kawan yang berpindah ke sekolah berasrama penuh.. yang tinggal teruskan perjuangan yang belum berakhir..

Bulan depan anak-anak SPM akan berperang pula.. harap biarlah kejayaan mengiringi perjalanan anak-anak.. berkat usaha yang tak mengenal erti jemu dan doa yang tak putus-putus.. biarlan mereka tuai hasilnya setelah penat berhempas pulas..

Selamat berjuang anak bangsa ku.. semoga kejayaan dijualang.. insya Allah..

Lama ita tak kongsi resepi.
Hari ni ita masak lauk kesukaan ita Ayam Masak Gulai Kawah.
Resepi ni cukup mudah kerana ita guna rempah khas gulai kawah yang mak mertua ita kirimkan dari Kota Bahru . Sejak pertama kali makan lauk gulai kawah ita seakan jatuh cinta. Sekarang bila ada adik-adik yang balik ke Kota Bahru, ita tak akan lepaskan peluang untuk memesan rempah gulai kawah kesukaan ita ni. Kadang kala sampai berkilo-kilo ita minta belikan.. Pada yang ada kawan-kawan duk Kelantan bolehlah minta belikan rempah ni.. sedap..
Tapi ita masak ikut cara ita. Ita suka lebihkan bawang agar kuahnya terasa manis. Lebihkan rempah biar kuahnya terasa pekat dan beraroma bila dihirup.. Lebihkan cili biar berasap telinga bila menikmatinya.. 

Rempah ni dijual secara timbang. Ia dalam bentuk serbuk. Jadi tak kiralah berapa kilo kita nak beli dan berapa banyak kita nak masak nanti. Ia boleh di simpan dan tahan lama.

AYAM MASAK GULAI KAWAH

1 ekor ayam ~ potong, dan cuci bersih
Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian di goreng setengah masak
angkat dan toskan, ketepikan

3 sudu besar rempah gulai kawah ~ campurkan sedikit air untuk dapatkan pes
2 labu bawang besar hiris
3 ulas bawang putih kisar
6 tangkai cili kering kisar ( jika inginkan sedikit pedas)
1 inc halia ~ titik atau hiris nipis
2 keping asam keping
1 batang serai sititik
rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga)
Sedikit lada hitam di tumbuk halus ( dalam 1/2 sudu teh)
Minyak untuk menumis
1 kiub ayam knoor
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskin rempah tumis 4 sekawan
Masukkan serai, bawang, bahan kisar dan halia. Masak hingga harum
Kemudian masukkan rempah gulai kawah, tumis hingga terbit minyak dan garing
tambahkan air jika kuah kering
Masukkan ayam, masak hingga ayam masak sempurna
Tambahkan kiub ayam dan lada hitam
Biarkan merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan bersama nasi hangat.





Tempahan kek yang lalu..

ICE BOX CAKE

$
0
0



Ice Box Cake adalah kek yang cukup mudah cara dan kaedah penyediannya.. semudah ABC.
Tak perlukan oven untuk menikmati kek yang diibaratkan seperti memakan sepotong ice cream.
Kek yang boleh disediakan bila-bila masa sahaja. Untuk dimakan seisi keluarga atau di nikmati bersama rakan-rakan.


Banyak kaedah dan cara penyediaannya. Nak pilih yang mudah atau yang sedikit rumit terpulang pada selera masing-masing.
Selain mengunakan biskut sebagai bahan asas.. Kita boleh juga campurkan buah-buahan seperti pisang, strawberry, cherry, fruits coktail,  mix fruits atau mix nuts. Terpulang pada selera masing-masing.

Di sini ita terangkan beberapa kaedah dan cara menyediakannya. Anda boleh pilih yang mana berkenan dihati dan sesuai selera keluarga.


ICE BOX CAKE

Biskut Marie atau biskut Oreo secukupnya
250 gm Whipping Cream
sedikit esen vanilla
Ganache Choc / Melty Hershey / Caramel / Nutella
Choc Rice / Choc Cincang / mix fruit / mix nuts

Satukan Whipping Cream dan sedikit esen vanilla dan pukul hingga kental
Susunkan biskut atas lapik kek
Letakkan whipping cream
Susun lagi biskut dan ulang hingga habis
Tuangkan choc ganache / Melty Herhey / caramel
Akhir sekali taburkan choc rice / choc cincang / mix fruit atau mix nuts
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Sedia di nikmati

Atau boleh guna resepi ini untuk krim berperisa berry

80 gm Rasberry puree / strawberry
6 gm gelatin
25 gm air
150 gm krim bukan tenusu

Satukan gelatin dlm air dan biarkan mengembang
Tuangkan dalam puree rasberry dan panaskan secara kukusan
Pukul krim bukan tenusu hingga kental
Kaup balik dalam puree rasberry
Tuangkan atas biskut selapis-selapis berselang seli
Lain-lain kaedah sama seperi cara di atas
Boleh gantikan ganache choc dgn jam strawberry / strawberry filling

Atau boleh guna resepi ini untuk perisa choc
2 biji kuning telur
100 gm choc masakan gelap
8 gm gelatin
30 gm air
250 gm krim bukan tenusu

Campurkan gelatin dlm air dan biarkan kembang
Panaskan gelatin secara kukusan
Cairkan choc secara kukusan
Panaskan kuning telur secara kukusan hingga berkrim * pastikan sentiasa di kacau
Satukan kuning telur dalam coklat
Tuangkan gelatin dan kacau rata
Pukul krim putar hingga kental
Kaup balik dalam krim coklat tadi
Lapiskan pada biskut selapis-selapis
lain-lain kaedah sama seperti kaedah diatas.




3rd Bloggersary

$
0
0





Hari ni ulang tahun Masam Manis yang ke 3... uikkkk... macam tak caya aje kan...
Pejam celik... pejam celik tak sangka.. dah 3 tahun rupanya... Kalau baby mungkin dah pandai minta adik..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana Masam Manis masih ke udara. Walau tak sekerap dan serancak dahulu.. tapi kata orang baik ada dari tiada..
Nak buat macam mana tuannya asyik sibuk memanjang.. kadang kala tak sibuk tapi buat-buat sibuk.. dan cuba-cuba menyibukkan diri.. hihi

Tak sangka kan?.. Masam Manis mampu bertahan.. sejauh ini, ita jangkakan perjalanannya tak lama.. maklumlah tuannya ni ikut mood.. time rajin.. hari-hari nak up date.. tapi bila bateri dah weak.. mulalah ia meragam.. kereta antiklah katakan...

Tapi sebenarnya tak mudah tau nak bertahan sejauh ini.. Kadang kala ita rasa sangat sedih.. ialah bila orang luar tak faham minat kita Ada yang mula buat pelbagai andaian , dan tak kurang juga yang mencemuh.. yang kadang kala amat-amat menguris hati.. Ada ketika ita hampir-hampir putus asa.. sedihnya dengan ragam dan kerenah manusia..

Ita hanyalah manusia biasa... yang banyak kelemahan dan kekurangan.. Ada ketikanya ita juga melakukan kesilapan. Sebagai hambanya.. ita cuba bersabar. Hanya yang ita minta tolonglah fahami.. jangan terlalu mendesak dan juga terus menghukum..

Perjalanan sebagai blogger cukup mengujakan. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang jalan kenangan.. ada masam ada manis semuanya.. menjadi suatu yang ita jadikan pengalaman dan ilmu yang cukup berharga.

Malaslahkan nak menyorot kembali peristiwa masam yang berlaku.. biarlah ianya menjadi lipatan sejarah... Kita selak lembaran kemanisan.. semoga ianya menjadi penawar buat mereka yang seiringan. Boleh juga jadikan panduan meniti perjalanan kalian.

Memulakan karier sebagai blogger masakan 3 tahun yang lalu. Dengan berbekalkan kamera kompak ita belajar menyarap, merangkak dan bertatih.. Ada kala jatuh terduduk.. dipapah untuk berdiri semula.. di suruh berlari dan menari.. Indahnya.. anugerah yang tuhan kurniakan..


Dari sini ita mula mengenali ramai kenalan. Kenalan lama kenalan baru.. dan ada juga mereka yang menjadi idola ita selama ini. Selalu membaca dan menatap wajah beliau di  buku atau majalah masakan. Melihat aksi dan keletah beliau di TV dan kini ita banyak menimba pengalaman dari beliau.. Ilmu yang tercurah begitu besar maknanya pada ita.. Hanya doa ita panjatkan agar beliau terus di berikan kesihatan yang baik.. dimurahkan rezeki agar terus mencurahkan ilmu pada anak bangsa..

Peristiwa yang paling menyeronokkan apabila ita di beri peluang untuk membuat buku masakan. Ya Allah apakah aku bermimpi.. tak kala buku berada di dalam gengaman. Melihat buku-buku masakan ita tersusun kemas di rak buku di kedai-kedai buku.. aduh... sayu dan hibanya rasa di dalam hati.. Terima kasih ya Allah.. hanya pada mu aku bersyukur atas nikmat yang dikau pinjamkan..

Ibu dan bapa ita adalah orang yang paling gembira...
Mereka jugalah insan pertama yang ita tunjukkan buku masakan ita selain suami dan anak-anak. Melihat kecerian di wajah suci mereka.. tak tergambar betapa banyak juraian air mata ita mengalir.. Mungkin intan tak dapat membanggakan emak dengan segulung ijazah yang pernah ita janjikan.. tapi intan tahu.. mak dan bak sangat bangga dengan usaha intan selama ini... Terima kasih Mak.. terima kasih Bak.. kerana memberikan intan peluang merasai nikmat ciptaan Ilahi.. Ampunkan intan.. halalkan segal-galanya.. Ya Allah hanya padamu aku memohan agar dikau kasihi dan sayangi kedua ibu bapaku.. sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi diri ini..


Ita seronok berblog.. Seronok berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan..
Ita cukup meminati seni. Pada ita ianya anugerah ilahi. Tak semua orang di berikan bakat dan keistimewaan ini. Seni itu indah.. seni itu ilusi..
Hobi ita suka pada sesuatu yang indah.. Ita suka melukis.. ita sangat cintakan lukisan..
Ita sukakan keindahan.. dan keindahan itu ita garapkan dalam kepingan foto yamg ita rakamkan..
Apa yang Allah ciptakan ada keistimewaannya.. samuanya seni yang ilusi yang indah di mata dan berbunga ceria di hati..
Ita cukup suka menghias rumah. bakat semulajadi ini ita gunakan sebaiknya untuk keluarga..
Pada ita rumah adalah dunia ita.. ianya juga syurga buat ita dan keluarga..

Sekarang ita dah mula berjinak-jinak dalam menerima tempah. Ianya adalah atas permintaan.. Kerana itu ita tak ambil banyak.. sekadar mana yang ita mampu aje.. Ini pun sekadar suka-suka.. selagi ita suka.. kalau dah bosan esok.. esok ita berhentilah.. Ita cepat bosan bila buat sesuatu benda tu..

Ramai rakan-rakan yang hantar email minta ita ceritakan pengalaman ita dalam dekorasi kek.. di mana ita belajar? bila mula timbul minat.. mungkin sedikit pengalaman untuk dijadikan panduan. Sebenarnya minat ita mendekorasi kek dah lama.. dah ita katakan ita suka pada sesuatu yang indah.. dan segar.. Dahulu.. setiap kali ita nak beli kek di kedai atau membuat tempahan.. ita selalu kecewa dengan dekorasi kek yang di beri pilihan. Tak banyak yang kita boleh pilih.. dan kebanyakkannya dah ditetapkan.. Pada ita hari yang bersejarah itu perlulah diraikan.. bukannya selalu.. setahun hanya sekali sahaja.. Walaupun ada antara kita yang berkata tak payah ikut budaya barat sangat.. tapi dari satu sudut lain ia mengambarkan betapa kita menghargai dan menyayangi mereka.. Sayangi dan tunjukkan kasih sayang selagi nyawa dikandung badan.. walau dengan apa cara sekalipun..

Untuk pengetahuan adik-adik yang sering bertanya.. sebenarnya ita tak pernah pun pergi belajar dekorasi kek. Mungkin sebab ita suka.. ita minat.. jadi ianya lahir dari dalam jiwa.. Buat dengan sepenuh hati untuk mengembiralkan insan lain.. Oleh kerana itu ita lebih suka buat kek untuk ulangtahun anak-anak.. Suka bermain dengan gumpaste dan fondant.. seronok bila melihat mereka teruja dengan karektor animasi kegemaran.. mereka.

Tapi ada masa ita sedih juga..
Ramai yang tak faham.. atau buat-buat tak faham..
Dah berapa kali ita tegaskan.. apa yang ita buat adalah atas permintaan tuannya. Ita tak boleh nak memandai-mandai dengan tempahan yang mereka minta.
Ada yang minta ita pakaikan tudung pada karektor yang ita buat agar tampil lebih muslimah..
Maaf ya kak... ini kek orang.. orang tempah dan minta ita buat kan macam tu.. ita dibayar untuk itu.. Ita tak boleh buat atas arahan akak.. kerana yang tempah orang lain... maaf sangat-sangat jika ita tak mampu nak tunaikan permintaan akak.. Bukanlah bermakna ita membelakangkan agama dan tiada akidah.. pada ita Islam juga mengajar  kita agar menghiasi diri dengan sifat Sidiq , Amanah, Tabilq dan Fatanah

Ada juga yang menghentam kata ita buat dajal bila ita buat karektor Minion bermata satu.. aduhaiiii... dah karektor kartun itu bermata satu.. ita nak buat macam mana...? Ita akan tanya balik owner betul ke nak yang mata satu.. mereka kata ya nak yang mata sau.. jadi ita hanya mengikut arahan.. tapi teruk juga ita kena hentam seakan ita telah melakukan satu dosa yang tak boleh dimaafkan...

Kepada adik-adik ita diluar sana.. yang berminat nak buat tempahan dekorasi kek.. ambil ini sebagai satu cabaran. Kita tak akan dapat puaskan hati semua pihak. Manusia mempunyai pelbagai ragam.. dan kerenah.. Ingat pada yang satu.. Ikhlaskan diri.. insyaallah Allah mendengar doa hambanya.. lakukan semuanya ikhlas kerana Allah...

Alhamdulillah... walaupun Masam Manis dah tak serancak dahulu.. tapi ita bersyukur kerana ia masih dikunjungi. Terima kasih ita ucapkan pada rakan-rakan yang sering berkunjung. Terima kasih juga kerana menjadikan blog Masam Manis sebagai bahan rujukan. Sama-samalah kita manfaatkan setiap ilmu  dengan sebaiknya... Setiap yang baik jadikan sebagai panduan dan yang buruk jadikan sebagai pengalaman untuk memperbaiki diri ke arah kebaikkan..



Maaf kerana kadang kala ita tak sempat nak balas semua email dan pm rakan-rakan. Masa ita cukup-cukup terbatas dengan aktiviti seharian, tugasan dan juga keluarga yang lebih mendambarkan perhatian. Ita tahu ada yang merajuk hati.. Ita minta maaf.. tapi kalau anda berada di tempat ita anda juga tak mampu nak membalas berpuluh-puluh email dan masage setiap hari..
Pada yang bertanya soalan.. tu.. kadang kala soalan tu dah pernah ita terangkan dalam blog sebelum ini. Pada yang nak resepi tu.. ita minta tolong sangat.. carilah dalam blog ita.. janganlah minta ita carikan link.. ita tak punya masa.. harap sangat lah faham.. Pada yang minta ita terangkan atau tunjukkan step.. harap banyak bersabar.. insyaallah ita akan cuba tunaikan satu hari nanti.. insyaallah... berikan ita sedikit masa.. kerana banyak sangat janji ita yang belum tertunai...

Kepada yang sering kirimkan pada ita buah tangan..
Terima kasih banyak-banyak.. Ita hanya mampu berdoa agar kalian di murahkan rezeki.. pemberian yang cukup bermakna ini akan ita simpan sebagai kenangan jalinan ukhwah antara kita..

Azam ita di tahun mendatang...
Semoga ita diberikan kesihatan yang baik untuk terus melakukan apa yang ita minati..
Semoga ita terus diberikan ilham untuk berkongsi dengan semua..
Semoga ita dapat menunaikan semua janji ita pada semua..
Semoga ita dapat lakukan yang lebih baik lagi di masa hadapan..
Semoga Masam Manis terus di minati insya Allah..

Akhir kata, jika selama kita mengenali ada sebarang kesilapan atau terkasar bahasa dalam pergaulan.. ita dengan rasa rendah diri memohon ampun daan maaf atas segala ketelanjuran kata.. Semoga jalinan ukhwah antara kita terus mekar dan mewangi..

Wasalam...

Ikhlas
Azlita Aziz


Kari Daging Mamak Style

$
0
0


Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua..
Dah masak?
Masak apa hari ni..?
Ita masak yang simple-simple aje.. Kebetulan daging korban yang mak bawakan tempoh hari masih berbaki. Jadi ita masak lah apa yang ada aje dalam peti ais.
Kalau hari Jumaat kena masak awal. Anak-anak balik sekolah pun awal. Kebetulan hari ni Amirul balik.. boleh lah makan bersama sebelum mereka pergi solat Jumaat.

Kalau masak kari.. ita selalu ingat mak. Mak ita cukup suka masak kari. Kadang-kadang boleh dikatakan setiap minggu mesti ada satu hari yang mak akan masak kari. Bila ita berumah tangga.. suami ita kurang sikit lauk kari ni.. jadi ita pun kuranglah nak memasaknya.. Bila sesekali masak lauk kari.. bertambah-tambah juga dia makan.. senang rasa hati bila lihat suami makan bertambah-tambah.. sedaplah tu.. hihi bisik ita..

Oh ya! sebelum kita inta-intai resepi.. ita naklah jawab beberapa pertanyaan yang sering ditanyakan. Berkenaan pinggan mangkuk dan periuk belanga lama yang ita gunakan. Ada yang tanya.. kak mana kak ita dapatkan barangan tersebut.?
Ita ni sebenarnya suka merayap.. kalau berjalan tempat tumpuan ita adalah pada pinggan mangkuk. Ita suka kumpul pinggan mangkuk.. sekarang ni dah tak ada tempat dah nak simpan.. rumah pun tak besar mana.. almari pun dah penuh dengan yang sedia ada..
Biasa kalau yang lama-lama ni ita cari di pasar karat.. Tempat yang popular di Ipoh. Kat situ kalau ita pergi.. aduyaiii... macam tak mau balik.. rambang mata..macam semua ita nak angkut bawa balik..
Barang lama ni kalau kita beli kena hati-hati. Balik kena samak dulu.. Walaupun ita tak menggunakannya dalam keperluan ita sehari-hari.. tapi ita kena pastikan ianya bersih dari najis yang kita tak nampak... Ialah kita pun tak pasti siapa tuannya yang terdahulu.. kan..

Ita hanya gunakan sebagai prop sahaja.
Bila ambil gambar masakan ita suka kalau prop yang digunakan bersuai padan dengan makanan yang akan ita hidangkan. barulah nampak aura masakan tersebut.. hihi itu pendapat ita sahaja.. mungkin bagi orang lain..  lain pula pendapatnya
Sebenarnya ita suka sangat pada barang-barang lama.. dari dulu memang suka kumpul barang lama. Kata orang tak ada yang lama.. tak adalah yang baru.. Barang lama yang penuh nostalgia.. Ita bukan beli sesuka hati aje tau! kebanyakkannya ada memori indah ita bersamanya yang perlu ita kenang..


Ok jom kita intai resepi kari yang dikongsikan oleh Iris Samara
Resepi asal menggunakan ayam, tapi ita tukar kepada daging

KARI DAGING MAMAK STYLE
Olahan daripada resepi Kari Ayam Mamak Style
Oleh Iris Samara
Rujukan : My Resepi

1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
Ita tukarkan ayam kepada daging 1/2 kg dipotong kecil

Bahan A
10 biji bawang putih
3 inci halia
~ dikisar

Bahan B
1 biji bwang bsar ~ dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan C
2 biji tomato
2 batang serai ~ diketuk
2 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan D
8 sudu besar serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili  ~ ikut kepedasan masing-masing
Semua bahan ini disatukan dan dibancuh dengan air untuk mendapatkan pes

lain-lain
Ubi kentang secukupnya
3/4 santan atau susu cair

Bahan E ~ perasa semuanya secukup rasa
Serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
garam dan gula 

Tumis bahan A sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B dan bahan C. 
Tumis hingga daun kari agak garing.
Masukkan ayam dan ubi kentang. 
* Kalau guna daging, daging tu direbus dahulu hingga empuk.
Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. Ini la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai dan daun pandan tu. 
Tumis lebih kurang 3 minit, pastikan anda masak dengan api perlahan.
Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. 
Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D masukkan bahan E. 
Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati
Ingat selalu tutup periuk dan masak dengan api pelahan.
Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan atau susu cair dan garam. Kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.




Minion and Agnes cake for Arif

Red Tie Cake untuk ayah

Click! click! click

$
0
0















Lama rasanya ita tak keluar outing sambil clik! clik!
Hujung minggu lalu dapatlah ita melempiaskan hajat nak ambil gambar luar sambil mengasah skill  ambil gambar yang tak berapa menjadi.. huhu dah berkarat.. 
Lokasi kali ni.. kami ke Sedili dan Mersing

Sebenarnya inilah hobi kami sekeluarga di masa senggang. Tapi lama dah tak buat aktiviti ni.. sejak sibuk dengan baking .
Anak-anak juga dah sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Pagi kami dah bertolak dengan harapan cuaca cerah hingga ke petang.. almaklumlah JB sekarang sering hujan.. lebat pulak tu..
Pagi kami singgah sarapan di Kota Tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang di tuju.
Tak banyak tempat yang menarik di sini. Susah juga nak dapatkan angle yang cantik!
Mangsa ita kali ini Amirul.. hihi model yang tak berbayar.. Anak dara ita hari ni bad mood.. Dia macam tulah.. kalau bad mood tak boleh paksa.. 
ok lah kita layan lah gambar yang sempat ita rakam..









Donut With Chocolate Croqant

$
0
0


Assalamualaikum
Hari ni ita buat donut lagi..
Donutttt??
Memang kesukaan ita. Dari dulu kini dan selamanya..
Tapi ita sebenarnya suka donut dulu-dulu yang mak buat. Donut yang gebu dan hanya di sira dengan gula icing. Kalau makan pasti tak nampak orang lalu kiri kanan.. hee

Sekarang ni, terdapat pelbagai donut dipasaran. Dengan pelbagai citarasa untuk menambat dan memikat selera pengemarnya. Tak kiralah apa donut sekalipun... ita tetap dengan selera anak kampung ita yang hanya sukakan donut sira gula icing..

Baru-baru ini ita ada terdengar tentang kelas membuat donut, dan ada member yang ajak ita join kelas tersebut. Tapi bila ita dengar tang yuran yang dikenakan.. beristifar panjang jugak lah... ya Allah mahalnya.. sampai cecah ribuan ringgit... Hanya donut aje tu.. aduyaiii... apasallah mahal sangat..

Mungkin bagi mereka yang berkemampuan tak ada masalah.. tapi bagi yang kurang.. alahaiii... kesiannya.. Kalau mungkin ada yang bercadang nak buka kedai donut.. mungkin boleh pertimbangkan untuk join kelas tersebut.. tapi kalau hanya belajar untuk makan family.. ita rasa lupakan ajelah.. bukan hari-hari kita nak makan donut.. ya tak??

Lagi pula pada pendapat ita kalau nak buka kedai jual donut sekalipun.. adakah kita mampu bersaing dengan kedai donut yang sedia ada..


Hari ni ita akan kongsikan Donut Choc Croqant. Bagi pengemar donut bersira chocolat ita rasa pasti akan sukakan rasa donut yang meletup-letup dimulut bila di kunyah..

Mungkin cara membuatnya sedikit rumit.. Tapi tak salah jika nak mencuba! ya tak?
Anak-anak dan suami ita suka donut ni.. Kata mereka sedap! boleh makan lagi dan lagi..
Ada yang nak cuba?
Jom kita intai-intai resepi dan kaedah membuatnya..

 


DONUT WITH CHOCOLATE CROQANT

500g tepung roti / tepung gandum / tepung superfine
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur
200 ml air

100g magerine / butter
1 sudu kecil garam

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh, canai dan terap seperti donat biasa atau bulat-bulatkankan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

Cara ita
Ita masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Ita simpan doh di dalam oven yang ita panaskan sekejap. Tutup  api oven dan biarkan suhunya suam. Lepas tu ita masukkan donut dan rehatkan dalam oven yang suam hingga ia naik sekali ganda. Kemudian barulah di goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas.

GANACHE COKLAT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter ~ ita tambah

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Tuangkan atas donut
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik
* buat 1/2 adunan sahaja

CROQANT

100 gm badam cincang
100 gm gula
20 gm butter

Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga rata dan berderai

Masukkan 1/2 croqant dalam ganache
Salutkan atas donut
Baki croqant di tabur atas donut kemudian
Sedia dinikmati


Sawi Putih Masak Lemak

$
0
0



Bila pergi pasar, dalam kepala macam-macam dah difikirkan. Nak masak apa lah hari ni..?
Kadang kala dah baikkkk... punya perancangan dari rumah nak masak itu dan ini.. Tapi bila sampai pasar barang nak di cari tak ada lah pulak, terpaksa lah kepala ligat berfikir untuk tukar perancangan memasak.. Tukar menu lain lah pulak..

Situasi begini kerap berlaku pada suri rumah. Nampak mudahkan tugas sebagai seorang suri rumah.. Tapi sebenarnya ia adalah satu tugas yang agak sukar. Lebih-lebih lagi jika warga rumah itu agak cerewet dengan hidangan yang kita sajikan.. itu tak makan.. ini tak makan..

Ita cukup beruntung kerana memiliki suami yang tak cerewet bab makan. Apa sahaja yang ita masak.. dia akan menikmatinya dengan cukup berselera sekali. Cuma yang agak sukar untuk melayan selera anak dara.. Tapi mujur anak-anak telah ita didik supaya memakan sayur-sayuran. Untuk makan sayur tak ada masalah.. Apa sahaja sayur yang ita masak mereka akan makan. Anak-anak ita paling suka sayur kobis dan kangkung. Kalau masak pasti tak cukup seikat.



Sayur kegemaran ita pula, sawi putih. Dulu mak ita cukup suka masak sawi putih di masak lemak. Dan ini juga merupakan menu kesukaan ita. Nak.. nak pula jika dilawankan dengan sambal belacan dan ikan goreng.. dah buatkan ita tersandar kekenyangan.

Selepas ita berumahtangga, ita masaklah lauk ini untuk suami. Beliau yang tak pernah makan mula tercengang-cengang.. katanya maknya tak pernah pula sayur sawi di masak lemak. Kebiasanya maknya masak air atau di goreng kering.
Ita kata tak cuba tak tau..
Selepas itu.. suami ita cukup suka makan lauk ni.. bertambah-tambah dia makan bila dilawankan dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Menu yang simple ini amat membuka selera kami sekeluarga..


SAMBAL BELACAN LIMAU KASTURI

15 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
2 inc belacan bakar
Limau kasturi secukupnya anggaran 5 biji
garam dan gula secukup rasa

Kisar atau tumbuk cili api, cili merah, belacan bakar, garam dan gula
Perahkan jus limau kasturi
Kulitnya di hiris halus dan gaulkan dalam sambal



SAWI PUTIH MASAK LEMAK

3 pokok sawi putih di potong
asingkan batang dan sayurnya
Batangnya potong 1 inc 

5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis ~ di rendam boleh juga guna udang kering atau belacan
1/2 inc kunyit hidup atau 1 sudu teh kunyit serbuk
Kesemua bahan di atas di kisar atau di tumbuk halus

1 batang serai dititik
1 batang cili merah di hiris
1 keping tahu yang telah di goreng jika suka
1/2 biji santan atau 100 gm santan KARA di bancuh dengan  sedikit air

Pijarkan sedikit minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan serai dan tambahkan air
Masak hingga didih
Masukkan batang sawi, tauhu dan santan
Biarkan merenih
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan sayur sawi dan lada merah
Sedia di hidangkan




 

Ferrari Cake

$
0
0



Rusian Black and White Cake
Saiz 9 inc empatsegi
Berat dalam 4 kg ++
Deco Figurine Red Ferrari
Half fondant cake decoration untuk hantaran
Untuk tempahan area Johor Bahru
017 7279179
atau pm saya di
Tender Biru
Azlita Masam Manis
Azlita Aziz 
 
 



 
Happy Holidays...
 
 
 
 

Salam Perpisahan.. hilang di mata di hati jangan...


Tahniah!

$
0
0

Pertama sekali nak minta maaf sebab ita dah tersalah eja pulak perkataan tahniah tu.. aduyaiii... macam mana boleh tak perasan pulak.. tertinggal pula huruf H tu.. Bila tengok balik gambar baru perasan ita dah tertinggal huruf H alahaiii.... maaf ya cikgu... :)

Tahniah ita ucapkan kepada semua adik-adik atau anak-anak yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang telah di umumkan keputusannya semalam. Pasti ramai ibu bapa yang telah menarik nafas lega.. ialah kalau tidak pasti terasa sebu dan memulas-mulas perut selagi keputusan tidak berada dalam gengaman.

Drama air mata.. dan gelak tawa pasti menjadi suatu memori indah yang tak tergambar dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi pencapaian yang di raih adalah di luar jangkauan. Pasti terasa hilang penat bila melihatkan kejayaan anak-anak.


Kejayaan bukanlah atas usaha individu.. ianya adalah hasil usaha sama daripada ibu bapa, guru-guru warga pendidik dan pelajar itu sendiri yang sudah pastinya mendambarkan sebuah kejayaan. Pada adik-adik kita yang kurang bernasib baik.. jangan sedih.. jangan kecewa.. perjalanan mash jauh.. banyak lagi peperiksaan yang bakal kita tempuhi. UPSR adalah satu permulaan untuk menguji sejauh mana pencapaian kita untuk masa hadapan.


Taniah juga ita ucapkan pada sekolah-sekolah yang telah meraih kecermerlangan. Ini semua berkat doa ibu bapa yang tidak putis-putus.. berkatan didikan guru yang tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa.. dan juga keikhlasan pelajar untuk mencapai kecermerlangan. Sekolah yang cemerlang adalah kerana adanya guru-guru yang cemerlang. Pemimpin yang cemerlang.. ibu bapa yang cemerlang dan yang paling utama pelajar yang sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah kecermerlangan.


Akhir kata jadikan kejayaan hari ini untuk meraih lebih banyak lagi kejayaan di masa hadapan..
Kepada semua warga pendidik anda adalah yang terbaik. Jasa dan pengorbanan warga pendidik akan sentiasa terpahat di sanubari setiap anak didikmu..




Dia datang lagi....

$
0
0
Assalamualaikum

Walaupun telah seminggu ianya berlalu.. tapi kehangatannya masih lagi terasa..
Itulah hebatnya penangan Nasi Beriani Power yang di bawakan khas oleh Chef yang tidak asing lagi ke Negeri Johor Darul takzim bumi yang bertuah ini.

Hujan renyai yang turun berselang seli dengan terikan sang mentari tidak sedikitpun mengugat kelancaran bengkel yang julung-julung kalinya di adakan di Pusat Latihan UTM. Sesekali memasak diluar seronok pulak rasanya..
Suasana santai dengan pohon menghijau sesekali ditiup hembusan angin, semakin merancakkan lagi majlis ini.


Dia datang...
dengan lengang-lengoknyaaa...
Dia datang...
dengan senyum simpulnyaaa..
Dia datang....
dengan senyum manisnyaaa...
Dia datang...
dengan lemah gemalainya...



Riuh dengan gelagat para peserta yang datang dari seluruh ceruk rantau bumi Malaysia dan jangan tak tau ada yang datang sejauh dari UK semata-mata untuk menuntut ilmu dari Chef yang tidak asing lagi ini.

Terima kasih yang tak terhingga dan tahniah buat para peserta. Sesungguhnya ita tahu, menuntut ilmu bukan lah sesuatu yang mudah. Bukan  wang ringgit sahaja yang terpaksa dilaburkan tapi apa yang paling berharga adalah masa yang di peruntukkan demi mengejar ilmu.


Penyertaan kali ini sungguh diluar jangkaan. Seawal iklan dibuka, panggilan talifon tidak putus-putus berdering. Hinggakan kak Siti kita tak menang tangan dibuatnya. Jumlah peserta yang melimpah ruah hingga hampir mencecah 100 orang yang mendaftar, membuatkan Olize Academi terpaksa menyenarai nama mereka yang telah meletakkan deposit terlebih awal. Chef Amer pula tidak mahukan kelas yang terlalu ramai.. ini demi menjaga keselesaan setiap peserta yang turut serta. Akhirnya kesepakatan di ambil antara pihak Chef dan Oliez untuk memilih 60 orang peserta sahaja untuk bengkel kali ini. Kepada yang tak dapat turut serta jangan berkecil hati.. Insyaallah Chef Amer pasti akan mengadakan lagi bengkel Nasi Beriani Power jika masa mengizinkan.



Demi memastikan bengkel kali ini berjalan dengan sempurna. Chef Amer awal-awal lagi telah berkampung di Johor, bagi menyiapkan segala kelengkapan memasak, dengan rempah ratusnya dan bahan-bahan basah yang di beli oleh chef sendiri. Ini bagi memastikan semua bahan yang di gunakan menepati piawaian chef dan yang penting bila di zahirkan di dalam hidangan ianya menjadi sesuatu yang cukup istimewa buat semua..

Satu guni beras Pusa di gunakan untuk memasak nasi beriani untuk di jamu kepada 300 orang. 3 ekor kambing juga di tumbangkan. Kali ini chef menggunakan kambing sebagai menghormati peserta yang beragama hindu. Ayam tak usah cakaplah kan entah berapa ekor pun ita tak pasti, yang ita tahu setiap peserta yang hadir di bekalkan dengan bungkusan nasi untuk keluarga yang menanti di rumah.
Seronokkan bila kita berguru dengan chef yang tidak lokek.. Bukan sahaja tidak kedekut ilmu malahan Chef Amer juga seorang yang cukup pemurah.. ini bukan lah ita membodek tau!! apa yang ita cakap ini adalah benar semata.. Kalu tak caya jom kita join kelas chef yang lain pula..


Keseronokkan jelas terpancar, apabila setiap peserta bergotong-royang dan turut sama memasak bersama-sama. Ini barulah benar-benar rewang kan..?
Bila melihatkan gelagat ini ita terus terbayangkan suasana kenduri-kendara dikampung.. Sesungguhnya suasana begini semakin terhapus dek kerana masyarakat kita yang semakin longgar semangat kejiranan.. semuanya nak mudah, ringkas dan cepat.



Apa yang menariknya yang ita inginkan kongsikan pada anda tentang bengkel kali ini adalah semangat kekeluargaan yang telah terbit dikalangan setiap peserta. Terharu ita apabila melihat setiap pesertya membawa makanan dari rumah masing-masing untuk di rasa dan di nikmati oleh rakan-rakan yang lain. Macam-macam makann, kuih muih, kek  dan lain-lain lagi.. tapi maaf sebab ita terlupa nak rakamkan hidangan yang dibawa oleh peserta kerana ita berasa sangat teruja dengan sambutan yang diberikan pada bengkel Chef kali ini. Terima kasih ya.. ita benar-benar mengharapkan jalinan ukhwah antara kita kekal berpanjangan.. insyaallah.. Apa yang pasti semua yang dibawa oleh setiap peserta memang sedap dan enak tak terkata..

Terima kasih juga yang bagi ita buah tangan.. segan pulak rasanya.. Tak tau apa yang dapat ita katakan... hanya rasa syukur dan semoga kalian dilimpahkan rezeki dari Allah..

Ini lah antara juadah yang disajikan pada hari itu..
Ita tak sempat nak ambil gambar masa kawan-kawan sedang menjamu selera kerana ita menunaikan solat. Bila ita turun semuanya telah selesai.. ini sahajalah yang sempat ita rakamkan untuk tatapan folower ita.. Jangan kecur air liur pulak tau!

Ita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat kak Patmah Aspar yang bersusah payah membawakan udang untuk dimasak oleh chef.. Banyak nyalah akak bawak.. besar-besar pulak tu.. Ita tahu, pasti semua peserta juga teruja menikmati hidangan udang dari kak Patmah. Ita hanya mampu berdoa semoga Allah murahkan lagi rezeki akak.. semoga akak diberikan kesihatan yang baik.. dan sentiasa berbahagia disamping keluarga tersayang.

Bila kak Patmah bawa udang.. bertambah lagi ilmu kami semua hari itu.. bila Chef kongsikan pula resepi udang yang istimewa ini.. terima kasih Chef sememangnya chef seorang yang sempoi.. dan tak lokek ilmu..


Macam cantik.. aje..
Macam comel aje...
Macam cute aje..
peserta termuda kita kali ini..
ala tomeiii... tomeiii...


Tidak lengkap rasanya jika tidak mendapat sijil dari Chef. Kalau tak dapat sijil tu tak lulus lah kan chef.. Opsss.. hari tu ita tak dapat sijil tau!! nampaknya ita kenalah masuk lagi bengkel Nasi Beriani Chef.. hihi


Akhir sekali, tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat tenaga pengerak dan tunjang utama bengkel kali ini. Tanpa jejaka-jejaka hensem semalaya ini pastinya pincanglah maljis ini ibarat lagu yang tak berirama..
Semuanya masih bujang trang tang-tang.. kalau ada yang berkenan jangan lupa hantar borang  hihi

Jom kita intai-intai pula apa kata para peserta yang hadir bengkel kali ini




Nak tahu jadua bengkel Chef Amer seterusnya
Jangan lupa intai-intai jadual kelas Chef Amer di Sini
atau boleh juga jenguk di sini





Misteri Villa Nabila

$
0
0

Tiba-tiba nama Villa Nabila menjadi cukup gah dan popular.
Misteri kehilangan adik Izzat merungkai satu persoalan yang masih sama-samar.
Aduh malas pulak nak ulas kes budak-budak yang cetek akal ni..
Ita petik kata Ketua Polis "Polis bayak lagi kerja lain nak buat.."

Benarkah wujudnya Villa yang diberi nama Villa Nabila di situ..

Teringat akan pertanyaan Dalili di suatu petang pada awal tahun..
" mak kawan kita kata ada satu rumah berhantu  depan Danga Bay "
"Nama rumah tu Villa Nabilla.."
" mak pernah dengar?" sambung Dalili lagi cuba melengkapkan jalan ceritanya..
" mak tau tak? kawan kita kata.. dulu rumah tu dihuni oleh sepasang suami isteri yang kaya.. dia ada anak tau mak.. perempuan namanya Nabila.. tu yang dia namakan rumah tu Villa Nabila" sambung Dalili lagi.. penuh semangat
Ita hanya mendengar.. biar dia terus bercerita..
" Mak tau tak? kawan kita kata.. mak dia dan ayah dia mati dalam kemalangan.. lepas tu dia telah di bunuh oleh orang gajinya yang inginkan harta bapanya yang banyak tu.. " sambung Dalili lagi dengan penuh lancar..
" Mayat Nabila kan mak.. katanya ditanam di dinding rumah tersebut.. Kesian dia kan mak"
Membugil matanya melengkapkan cerita dengan bersungguh-sungguh..
" Mak tak pernah dengar ke mak? mak kan duduk situ dulu.. " Pertanyaan Dalili buatkan ita tergelak..

"Mana lah ada Villa Nabila di situ.. mak tak pernah dengar pun nama Villa Nabila. Sejak mak kecil kawasan situ adalah kawasan permainan mak.. tau..! Ni mesti kawan Dalili nak takutkan Dalili.. Dah lah jangan percaya.. karut aje.." sambung ita cuba menenangkan Dalili yang dah mula percaya akan cerita dongeng itu..


Semalam Dalili berteriak sewaktu buletin TV3,
"kan mak kita kata betul.. ada Villa Nabila kat situ.. tu lah mak tak caya.."
Kata Dalili buatkan ita tergamam..
Terkebil-kebil biji mata melihat buletin yang di baca..
Budak hilang?
Villa Nabila?
uishhh.. macam mana ita boleh tak pernah tahu akan adanya Villa Nabila disitu..
Macam pelik ajeee...


Ita lahir pada tahun 1971 di bandarraya Johor Bahru di kaki Bukit Timbalan.
Dibesarkan di Kampung Mohd Amin di kaki bukit Straits View. Rumah atuk ita di situ begitu juga rumah mak cik ita yang lain..
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nong Chik dan bersekolah agama di Bukit Zaharah.
Pada masa dahulu penduduk di Johor Bahru tidaklah sebegitu padat. Semangat kejiranan yang utuh membuatkan kami mengenali satu sama lain walaupun sepelaung jauhnya.. Rata-rata kawasan persekitaran adalah kawasan sepermainan kami adik beradik. Dari bandar JB, Jalan Ayer Molek, masuk ke Jalan Mahmoodiah.. Jalan Kolam Ayer , Jalan Petri , Jalan Abdul Samad, Jalan Sungai Chat, Jalan Nong Chik semuanya adalah laluan kami hari-hari. Ramai kawan-kawan ita juga tinggal di kawasan pesekitaran.

Bapa ita juga dibesarkan di situ, bersekolah di English College yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar. Bapa ita dahulu bersahabat baik dengan arwah Tok Mat atau lebih dikenali sebagai Allahraham Tan Sri Mohamed Rahmat. Mereka selalu keluar memancing di Pantai Lido bersama-sama. Tok Mat juga tinggal di situ bersama keluarga beliau.


Seingat ita kawasan Straits View adalah kawasan golongan elit. Di situ juga terdapat banyak rumah kerajaan. Rumah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan rumah Menteri Besar juga terletak di situ. 
Rumah di kawasan itu sangat cantik-cantik dan unik-unik. Rumahnya besar-besar.. maklumlah orang bangsawan.. Di situ juga banyak terdapat rumah yang penghuninya berbangsa Inggeris. Mungkin mereka adalah saudara mara Sultan.. ita tak berapa pasti.. atau boleh jadi juga pembesar British yang masih berkhidmat dengan kerajaan Johor pada masa itu. Di situ juga letaknya Istana Bukit Serene, atau ita panggil Istana Hijau kerana bumbung Istana yang berwarna hijau.  Ita selalu juga merayap di kawasan itu, masa ita kecil dulu, kat situ banyak ditanam pokok buah mentega. Jadi kami adik beradik selalu lah dok rembat buah mentega yang ditanam di tepi jalan istana. 
Di situ juga lah terdapatnya sebuah hotel yang diberi nama Macinta. Hotel ini adalah antara hotel yang terawal di Bandaraya Johor Bahru. Tapi hotel ini bukanlah macam hotel sekarang. Kebanyakkan penghuni hotel tersebut adalah mat saleh dan minah-minah saleh.. kadang kala ternampak juga kelibat warga Jepun. 

  
Kenapa ita kata begitu..
Rumah mak cik ita betul-betul di bawah kaki bukit 
Setiap hari ramailah minah salleh dan mat-mat saleh yang lalu di tepi rumah mak cik ita untuk ke kedai Pak Habib yang terletak  betul-betul di sebelah rumah mak cik ita. 

Berbalik kita pada cerita Villa Nabila.
Yang mana satu yang dikatakan Villa Nabilla?
Ita sendiri kurang pasti

Ketiga-tiga rumah ini adalah berdekatan antara satu sama lain. Dan ketiga-tiganya tidak berpenghuni. Rumah yang telah usang dan telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun lamanya. 
Sayang, rumah yang tersergam indah dengan lokasi pemandangan menghadap Selat Tebrau yang indah ditinggalkan sunyi tanpa penghuni.
Siapa pemilik banglo mewah ini masih menjadi persoalan dan suatu misteri...

Apakah misteri di sebalik rumah-rumah ini.. masih belum terungkai...



Seingat ita rumah usang 4 tingkat ini adalah milik seorang Dato' berbangsa Cina. Dahulu rumah ini dikenali sebagai Christine Palace. Rumah ini betul-betul berhadapan dengan Pantai Lido atau kini lebih dikenali sebagai Danga Bay di kalangan pengunjung. Seingat ita rumah ini telah didirikan pada era 80an. Sewaktu itu laluan hadapan atau jalan Pantai Lido merupakan laluan ita sehari-hari dari rumah ita ke sekolah. 

Rumah yang berwarna putih biru ini dan berbumbung biru keunguan, cukup gah pada era itu kerana struktur bangunannya yang sangat unik. Rumahnya bertingkat-tingkat mengikut kaki bukit dimana ia didirikan. Ia juga kalau tak silap ita merupakan antara rumah yang terawal menyalut pagar dengan mozaik. Kalau dahulu pagar bersalut mozaik dah kira kaya betul lah orang tu kan..

Sewaktu tinjauan ita ke lokasi, ita telah berkenalan dengan seorang pak cik ni.. Alamak ita terlupa pula nak tanya siapa namanya.. kerana terlalu asyik mendengar beliau bercerita.



Menurut kata beliau, beliau pernah bekerja di sini. Pemilik rumah ini katanya adalah seorang Dato berbangsa Cina yang dikenali beliau sebagai Dato Yap Sing Hock. Katanya lagi, Dato Yap adalah pemilik Christine Palace sebuah pusat hiburan yang popular di Johor Bahru pada era itu. Tapi menurutnya lagi, rumah ini bukanlah Christine Palace sebagaimana yang ramai sangkakan. Ianya adalah rumah persinggahan Dato Yap dan keluarga. Katanya lagi, sewaktu dia menjaga rumah ini dahulu, rumah ini sangat cantik. Terdapat 2 bangunan, satu di sebelah hadapan dan satu lagi di sebelah belakang dan di atas bukit. Rumah ini juga terdapat 2 kolam ikan yang selalu dibersihkannya setiap hari iaitu satu di bahagian hadapan, dan satu lagi di bahagian bangunan belakang.














Menurutnya lagi, selepas Dato Yap menghilangkan diri, dia pun turut meninggalkan rumah ini kerana telah menmdapat pekerjaan lain. Selepas itu dia tidak pernah lagi singgah di sini sehinggalah mendengar berita kehilangan budak lelaki di Buletin TV 3 malam semalam. 
Seingat pak cik inilah sewaktu dia bekerja di rumah mewah ni, tiada pulak sebarang peristiwa paranormal yang berlaku di sini.. Rumah ni ok aje.. dan sering dikunjungi saudara mara dan kenalan Dato Yap.

Ya.. baru ita teringat pusat hiburan Christine Palace yang terletak berhadapan dengan Flat Bukit Cagar. Tempat itu merupakan pusat hiburan yang kerap dikunjungi oleh warga kota terutamanya pada malam minggu. 

Ita segera meninggalkan lokasi dan bergegas ke Bukit Cagar, nampaknya bagunan itu telah pun di robohkan dan di gantikan dengan bangunan Fella Design.



Rumah usang di belakang banglo Dato Yap juga cukup indah pada amatan mata ita..
Struktur bangunannya yang unik  dalam binaan era zaman British membuatkan ita terlalu asyik mengamati keindahan bangunan usang ini. Kenapa ita katakan begitu, kerana bangunannya sama seperti bangunan rumah-rumah kerajaan era Kolonial di Johor. Sekali pandang bangunannya ita rasa se usia bangunan sekolah Bukit Zahara, sekolah agama ita yang terletak di Jalan Ayer Molek.

Rumah ini tidak lah sebesar dan segah bangunan rumah Dato Yap. Tapi ita sukakan struktur bangunan lama ini.
Rumah ini terletak betul-betull di atas bukit. Mengadap Laut Selat Tebrau. Tapi dek kerana bangunan rumah Dato Yap yang tinggi dan pokok yang telah merimbun, ia terlindung dari pandangan.
Ita tak pasti siapa pemilik rumah usang ini. Adakan ini yang dikatakan Villa Nabilla, Wallahualam..

Ita yakin ini adalah rumah orang kenaamaan berpandukan lambang kebesaran yang ada pada salah satu dinding bangunan.








Petak-petak dan batu bentuk gelung-gelung ini juga menimbulkan persoalan.
Tapi anggapan ita, ini adalah kolam ikan milik tuan rumah..
Pasti suatu masa dahulu kelibat ikan berenang-renag di kolam ini pasti memberikan satu keindahan dan ketenangan pada pemilik bangunan usang ini.

Kewujudan pokok ini di sisi juga merungkai satu persoalan.. kalaulah kita berada di sini pada waktu malam.. apakah yang kita gambarkan..


Ada yang kata rumah ini adalah rumah Dato Onn bin Jaafar. 
Tapi ada pula yang menyatakan kediaman Dato Onn terletak di Jalan Petri.
Kedudukan rumah ini yang agak jauh dari jalan raya membuatkan kita tidak perasan akan kewujudan rumah ini jika kita melalui jalan belakang.
Padang rumput yang menghijau dan rimbunan pohon sena turut menyembunyikan rumah indah ini dari pandangan mata.


Seorang pemuda yang bertugas membersihkan kawasan sekeliling, memaklumkan beliau sendiri tidak perasan akan adanya rumah usang ni di sini.. walaupun telah lama bertugas membersih kawasan persekitaran. Pelik bila dia melihat kehadiran ramai orang berpusu-pusu masuk ke laluan ini yang membuatkan beliau turut terpanggil untuk mengetahuinya. 



Ita cuba bertanya adakah beliau mengetahui siapa penghuni rumah ini.. beliau terus mengeleng-gelengkan kepala. 
Menurutnya lagi pelbagai kejadian aneh berlaku sepanjang beliau bertugas di situ.. yang katanya agak pelik.. tapi beliau tidak mengindahkannya. Biasalah kawasan lama dan sunyi pastinya membuatkan kita bermain dengan perasaan dan terbawa-bawa dengan khayalan.. sambung anak muda ini lagi..

Adakah benar rumah usang ni Villa Nabilla yang di katakan mempunyai seribu misteri...?
Terimgat ita akan filem RAHSIA lakunan Noor Kumalasari dan Shukri Hasyim
Macam ada persamaan aje..
Hanya Dia yang lebih mengetahuinya..











Ben 10

$
0
0
Cuti sekolah datang lagi..
Cuti akhir tahun yang agak panjang, sebelum anak-anak memulakan sesi persekolahan baru tahun hadapan.
Sekejap aje masa berlalu anak-anak dah semakin membesar.
Pasti cuti sekolah membuatkan ibu-ibu tak menang tangan melayan kerenak anak-anak.
Tapi hati-hati.. sentiasa pastikan keselamatan anak-anak. Pantau setiap pergerakan anak-anak yang semakin meningkat remaja.. supaya kita tak berputih mata di kemudian hari..


Bagi adik-adik yang menyambut ulang tahun pada hujung tahun, auntie nak ucapkan selamat ulang tahun.. Jadi anak yang solleh.. jangan tinggal solat.. hormat mak dan ayah.. dan yang paling penting cuti sekolah ni jangan nakal-nakal..!


Hari ni ita nak kongsikan kek yang di tempah oleh rakan FB yang bertemakan Ben 10.
Ben 10 adalah karektor animasi kesukaan adik Alfie. Mama Alfie tempahkan sekali beberapa cawan cup cake juga dengan tema yang sama.
Wah.. dah besar dah Alfie.. 5 tahun sudah usianya


Terima kasih, ita ucapkan.. atas kepercayaan
Ita harap sangat adik Alfie berpuas hati.. Kalau Alfie suka auntie lagilah beribu-ribu lemon sukanyaaa...
Selamat ulang tahun Alfie..





Little Einstein Cake Ideas

$
0
0


Assalamualaikum
Lamanya rasa tak jenguk di sini. Kesibukan dan beberapa hal keluarga yang harus di utamakan membuatkan ita menyepi seketika.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Semoga di permudahkan oleh Nya..

Ita pun tak boleh lama-lama di sini. Cuti sekolah ni tugas semakin bertambah. Kebetulan juga ibu dan bapa mertua ita datang menziarahi kami di samping juga mengunjungi kenduri perkhawinan anak saudaranya. Ita juga harus menyiapkan beberapa lagi naskah buku masakan ita yang dah lama tertungak. Belum selesai ita siapkan buku tu.. pihak MPH meminta pula ita buat buku yang lain pula. Alhamdulillah.. syukur, cuma masa ita cukup-cukup terbatas sekarang ini, bertambah pula tempahan kek dari kawan-kawan yang tak menang tangan di butanya.


Maaf pada yang ita tak dapat ambil tempahan kerana faktor masa ita yang amat terbatas. Kadang ita takut juga nak ambil tempahan kerana takut tak dapat tunaikan memandangkan ita cukup sibuk akhir-akhir ini.

Ita juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada yang mempercayai bakat yang ada dalam diri ini. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan ita pohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Setiap kelemahan sudah pastinya dari kelemahan yang ada dalam diri ini.


Hari ni ita ceritakan sedikit tentang kek yang di tempah oleh rakan FB
Beliau tempah dah lama rasanya dalam bulan Ogos yang lalu. Deco pilihan adalah cerita animasi kesukaan anak nya Little Einstein.

Kek ni 2 tier cake. Kek atas yang berwarna biru adalah rainbow cake yang di lapisi cream cheese frosting. Kek di bahagian bawah pula adalah Red Velvet cake juga di lapisi cream cheese frosting.
Kek ni full fondant dan dekorasinya adalah figurine kerektor animasi Little Einstein yang ita buat dari Gumpaste.

Kek atas bersaiz 5 inc dan kek bawah bersaiz 9 inc besar. Deco kek adalah atas permintaan tuan empunya, cuma ita ada ubah beberapa warna dan kedudukan figurine supaya tidak lah sebijik kek asal.


Ramai juga yang bertanya berapa lama ita peruntukkan masa untuk menyiapkan sebiji kek. 
Sebenarnya ia banyak bergantung pada dekorasinya. Kalau deco yang simple cepatlah ita siapkan, tapi kalau yang agak rumit dan banyak figurine macam ni, mau satu hari suntuk juga ita nak menyiapkan.

Biasanya ita akan siapkan kek satu hari awal. Contoh bila customer nak kek esok petang, hari ni ita dah mula siapkan kek. Ita akan lapisi kek dengan krim dan lempa kek terlebih dahulu. Kek ita akan pastikan semalaman dalam peti ais untuk menstabilkannya. Esok, pag-pagi lagi ita dah mulakan proses mendeco, melapis dengan fondant, menghias dan menyusun atur dekorasi pada kek.


Untuk figurine, ita buat agak awal 2 atau 3 hari sebelum ita mula menyediakan kek. Selain untuk memastikan figurin ita stabil ianya juga akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses ita menyiapkan dekorasi pada kek ita nanti.

Untuk membuat figurine, ita ambil masa yang agak lama juga. 1 hingga 2 jam proses ita nak siapkan, tapi semuanya bergantung juga pada figurine tu.. kalau yang mudah cepatlah ita siapkan.. tapi kalau yang agak rumit berjam-jam juga nak siapkan. 

Sebab tu kalau yang tanya kenapa kek yang ada figurine mahal, kerana masa dan seni itu cukup mahal harganya.. Anda bukan membeli kek sebenarnya tetapi anda membeli masa dan bakat mereka yang sudi untuk menyempurnakan permintaan anda. 




Viewing all 808 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>