Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all 808 articles
Browse latest View live

Kek Smurf buat Iman...

$
0
0
Assalamualaikum  buat sahabat handai dan rakan taulan semua...
Doa dan harapan ita agar kalian semua sentiasa sihat dan sentiasa di dalam rahmat Allah.
Ada yang sambut ulang tahun pada hari ni..
Selamat ulang tahun ita ucapkan kepada semua yang menyambut ulang tahun pada hari ini tanggal 20 Januari 2014. Alhamdulillah hari ini juga merupakan hari ulang tahun adik Iman atau nama penuhnya Nur Iman Fatiha.


Manis aje adik iman kita nikan.. 
Macam comel ajeee.. kan
alahaiiii... dah besar dah anak omakkk..
Untuk pengetahuan semua adik Iman kita ni merupakan anak tunggal kepada sahabat blogger ita Seri Kandi dan suami tercinta. Hari ini merupakan hari ulang tahun Iman yang ke 13 tahun. Memandangkan ulang tahun Iman jatuh pada hari bersekolah dan hari berkerja, jadi ibu dan ayah tercinta merancang untuk mengadakan majlis lebih awal. Ianya juga untuk membuat satu suprise buat Iman. Bertuahnya Iman.. suka.. suka.. suka.. Bukan itu aje tau! mama Iman ni dah tempah kek awal-awal lagi.. kiranya beberapa bulan yang lalu.. senang cerita dari tahun lepas lah!


Mama Iman memilih kartun Smurf untuk hiasan kek Iman kali ini. Smurf merupakan kartun kesukaan Iman dan auntie ita juga tau! hehe..

Bila cerita pasal Smurf ni kan.. ita tak boleh lupa kenangan mengusik jiwa 30 tahun yang lalu. Smurf merupana kartun biru yang amat ita gemari. Kali pertama ita tonton cerita smurf pada usia ita 9 tahun. Pada masa itu smurf di siarkan di TV Singapura, sebelum rancangan Mat Yoyo ke udara. Punyalah suka dengan cerita Smurf ni sampai ita kalau balik dari sekolah agama.. berlari lah sampai tercungap-cungap semata-mata nak kejarkan rancangan kegemaran ita ni. 



Ita bersekolah Agama di Bukit Zaharah. Balik sekolah ita akan naik bas sangkut-sangkut menuju ke rumah mak cik ita di Kg Mohd Amin. Rumah mak cik ita merupa rumah persinggahan ita sebelum ke sekolah kebangsaan pada sebelah petang. Memandangkan rumah ita yang berbatu jauhnya dari sekolah, ita terpaksa menumpang di rumah mak cik setiap hari. 

Walaupun mak cik ita seorang yang senang dan mewah tapi.. adat menumpang.. rumah orang kan.. mak selalu berpesan setiap kali ita nak ke sekolah," masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang kerbau menguak" jadi ita akur dengan situasi ita pada ketika itu..



Balik sekolah agama ita akan naik bas no 8 hijau, bas ni berhenti betul-betul di hadapan rumah mak cik ita. Kalau ita terlepas bas no 8 hijau ni, ita kena naik pula bas no 8 merah. Kalau bas 8 merah ni dia berhenti jauh, di depan sekolah English Collage atau lebih di kenali Maktab Sultan Abu Bakar. Bila naik bas no 8 merah ni lah ita akan jadi sprinter, pecut seberapa laju yang boleh untuk sampai sebelum rancangan Smurf ke udara.  

Bila sampai ita akan terus ketuk pintu rumah jiran mak cik, " mak Tah boleh tak intan tumpang tengok TV" itulah kata-kata ita acap kali ita ingin menonton Smurf. Mak Tah jiran sebelah yang dah faham benar kesukaan ita tak pernah menolak.. beliau sekeluarga memang sangat baik.. Seronok bukan kepalang bila ita dapat menonton cerita kesukaan ita tu. Bila habis cerita ita akan melukis kerektor kartun yang comel dan semestinya smurfette akan sentiasa ita lakarkan di atas kertas.



Cerita yang penuh pengajaran, kerja sama, dan kesepakatan dalam persahabatan pada ita amat sesuai di tonton oleh kanak-kanak. Tapi kini karektornya dah banyak berubah dan terdapat penambahan pada waktak cerita tersebut. 

Waaa.. dah panjang pulak ita merepek, jom kita balik ke pangkal jalan.
Berkenaan kek ni, kek ni dalamnya kek rainbow checkered, dilapisi cream cheese frosting. Luarnya fondant dan di dekorasi ala..ala.. remaja lah.. hihi.. ngorat.. ngorat.. kalau kata ita dulu.. dulu.. hihi
Ita harap sangat Iman suka..


Sebenarnya ita terharu sangat bila mama Iman ni kata Iman selalu tengok blog ita. Selalu tengok kek yang ita buat dan Iman selalu puji.. hihi malulah auntie.. 
Oleh kerana tu mamanya tempah kek dari ita untuk suprisekan Iman.
Itu yang buatkan ita berdebar-debar nak menyiapkan kek ni. Ita betul-betul berharap agar iman happy pada hari ulang tahunnya.. lebih-lebih lagi bila di sambut bersama insan-insan tersayang. Happy Birthday Iman.. semoga doa ibu dan ayah di makbulkan Allah.. Iman jadi anak yang solleha dan sentiasa membanggakan ibu dan ayah ya..


Seri Kandi juga sempat menitipkan pada ita oleh-oleh. Sedap sangat tau! comel pulak tu.. macam sayang aje nak makan kan.. Kemas aje Seri buat. Cheese yang gebu dengan shell yang rapuh di tambah nyaman bila di limpahi black frorest filling.. memang terlajak larissss... betullah.. tak sedar habis semua ita makan.. hihi kebetulan Seri ni macam tau-tau aje ita suka coklat, shell coklat yang rapuh memang luar biasa di gandingkan dengan cheese dan black forest filling.. nyummy! 
cantik kan? ni kalau buat hantaran pun cantik! sesiapa yang nak oder jangan lupa roger-roger kak Seri Kandi kita di fb beliau Seri kandi Tanah Jauhar


Bukan itu aje ada lagii.. ni haa.. rempah terlajak laris jugak ni.. dengan kerisik pun ada.. adoii.. segan akak.. Terima kasih lah banyak-banyak Seri.. tak taulah macam mana nak balas.. doa daripada akak semoga Allah bukan pintu rezeki seluas-luasnya buat Seri dan keluarga.. 








Devil's Food Choc Cake in cup

$
0
0

24 pc Devil's Food Choc Cake in cup
Tempahan daripada rakan fb sempena birthday suami tersayang


Minimum Oder untuk kek dalam cawan ni 12 pc dalam 1 kotak
Di datangkan sekali bersama sudu kecil untuk mudah nak makan nanti
Selain kek ni macam-macam lagi kek yang boleh diletakkan dalam cawan comel ni dan juga dengan pelbagai deco bersesuaian dengan tema majlis
Untuk tempahan boleh hubungi talian 017 7279179




Kek Upin Ipin 1

$
0
0



Kek Upin dan Ipin tempahan dari rakan FB
Kek red Velvet yang di lapisi cream cheese frosting
Luarnya buttercream
Deconya 2 karektor upin dan Ipin sedang bermain upih
Deco fondant dan figurine
saiz kek 9 inc bulat
Untuk tempahan : 017 7279179



Jom anak-anak kita deco cup cake!

$
0
0

Assalamualaikum anak-anak..
Apa khabar semua hari ni.. sihat tak?
Dah buat homework yang cikgu bagi?
Cepat siapkan.. jangan tanguh-tanguh nanti tak sempat siapkan dah kena marah pulak dengan cikgu.
Kalau homework dan siap dah boleh pergi main kan.. senang.. tak ada lah asyik teringat kat homework sekolah aje.. ya tak?

Ok hari ni auntie ita nak kongsikan cara-cara nak deco cup cake.. anak-anak suka tak?
Cup cake ni anak-anak boleh bagi pada kawan-kawan sebagai hadiah.. tak kiralah kawan-kawan punya ulang tahun ke.. atau atas kejayaan mereka. Selain itu anak-anak juga boleh jadikan hadiah untuk cikgu atau pun untuk hari ibu dan hari bapa. Kan seronok jika hadiah yang kita berikan itu adalah hasil air tangan kita sendiri. Tentu ibu dan ayah pun bangga. 


Hari ni auntie tunjukkan cara nak deco guna fondant dan edible image. Sebenarnya macam-macam lagi anak-anak boleh buat.. Auntie ita tahu semuanya kreatif kan..? Jom tunjukkan kreativiti anak-anak pula.

Untuk kek kali ni, auntie buat cake dalam cup plastik. Anak-anak boleh buat terus dalam cup kertas yang comel-comel atau nak buat macam auntie buat pun boleh..
Kali ni auntie buat kek rainbow, anak-anak boleh buat kek apa-apa yang anak-anak suka. Untuk resepi kek rainbow ni anak-anak boleh rujuk di resepi yang pernah auntie kongsikan di sini

Kek yang auntie buat ni auntie masak dahulu dalam loyang lain yang lebih besar, kemudian auntie potong dengan cutter bulat mengikut saiz cup tu. Pas tu auntie potong 4 untuk mendapatkan warna yang berlainan. Auntie susun berselang-seli warna dalam cup plastik, letakkan cream cheese frosting dan ulang semula proses yang sama hingga habis. Bila dah selesai, auntie simpan dalam peti ais supaya cream cheese tu sejuk dan mengeras.

Bila dah keras sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk mendeco kek pula.
Jom kita intai-intai dahulu apa bahan-bahan yang kita perlukan.


Bunga kecil tu anak-anak boleh buat sendiri daripada gumpaste atau fondant, atau anak-anak boleh beli di kedai jual bahan kek. Tapi pada auntie tak payah belilah kan.. kita nak guna sikit aje tak banyak mana pun.. Tapi anak-anak kena buat bunga ni lebih awal supaya dia keras dan mudah nak letakkan atas kek nanti.

Kita juga perlukan cutter. Cutter ni biar dia sama saiz dengan permukaan kek cawan kita tu..
Edible image ni anak-anak boleh dapatkan di kedai, kalau tak nak guna edible image anak-anak boleh juga buat sendiri apa-apa karektor yang anak-anak suka dari gumpaste atau fondant. Auntie tahu anak-anak pasti hebat kan !

Kita juga perlukan fondant dengan beberapa warna yang menarik! yang ni ikut suka anak-anak nak warna apa. Yang penting setiap warna tu biarlah ia kena antara satu sama lain.. taklah nanti macam pelik aje deco kita ni kan.. haha

Macam mana mudah aje bahannya kan.. jom kita mulakan. Auntie tahu semua dah tak sabar dah ni..
 
 
  • Mula-mula kita canai fondant untuk kita tutupkan pada cup cake kita. Canai tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis ya. Kalau ada roller macam auntie tu guna ring yang warna unggu tu ya.
  • Lepas canai kita terap atau kita potong dengan cutter bulat yang sama saiz dengan permukaan cup cake kita tadi.
  • Lepas tu boleh lah kita letakkan edible image atau apa-apa gambar yang telah kita sediakan. Tampal kemas-kemas ya pada tengah-tengah bulatan tadi.
  • Kemudian auntie gunakan alat untuk buat tali. Kalau anak-anak tak ada anak-anak boleh roll sendiri dan bentukkan macam tali, halus aje ya.. . Atau boleh buat juga buat bulat-bulat macam guli tapi buat kecil-kecil aje tau...macam manik
  • Letakkan tali atau guli kecil tadi sekeliling edible image, ini bertujuan untuk tutup bahagian tepi edible image supaya nampak kemas. Anak-anak boleh lekatkan guna gum khas kalau tak ada guna air pun boleh. Jangan letak banyak tau air tu.. sikit aje.. untuk lekatkan dia aje..
  • Dengan tali yang sama, auntie buatkan riben, ini untuk mencantikkankan lagi cup cake kita.
  • Letakkan bunga kecil sebagai pemanis, supaya ia nampak sweet aje.. Mudah kan..?
  • Akhir sekali kita letakkanlah atas cup cake kita dengan kemas..
  • Tadaaaa... dah pun siap!
  • Susun dalam kotak , kalau ada yang nak tulis apa-apa ucapan boleh lah buat pada satu atau 2 cup cake tu..



Akhir sekali anak-anak ikat kotak dengan riben dan letaklah kad ucapan sebagai penganti diri. Macam mana? Senang aje kan? semua pun boleh buat lepas ni.. Jom tunjukkan kreativiti anak-anak!



Selamat mencuba!




Kek Upin Ipin 2

$
0
0

Kek Upin dan Ipin Retro Colourful
Dalam kek rainbow di lapisi cream cheese frosting
Luar di lapisi buttercream
Deco 2 figurin Upin dan Ipin dan fondant
Saiz cake 9 inc bulat
Tempahan ~ 017 7279179
Johor Bahru sahaja



Oggy and the cockroaches

$
0
0

Oggy and the coockroaches
dalam kek rainbow dengan cream cheese frosting
Luar salut buttercream
Hiasan decoration figurine 4 katrektor, ice cream, donut dan pemukul lipas
Gumpaste dan fondant
saiz kek 9 inc
Tempahan 017 7279179





Happy Birthday Maliki 
^_^ auntie pinjam gambar ya 


Barney and Thomas cake decoration ideas

$
0
0


Barney and Thomas Cake Decoration
Dalam ke rainbow dengan cream cheese frosting
Luar salut buttercream dan fondant
Deco figurine Barney dan Thomas
Saiz kek 9 inc bulat
Untuk tempahan hubungi 017 ~ 7279179






Happy birthday Hariz dan Haziq
^_^ auntie pinjam gambar ya





RB&W dengan strawberry celup coklat

$
0
0


Rusian Black and White
Bersama strawberry celup coklat
Saiz cake 9 inc
Tempahan 017 7279179





Pink and purpple

$
0
0

Suka tengok warnanya sweet sangat.. nampak lembut dan manis..
Inilah idea ilham dari adik Amira yang akan melansungkan pertunangan hari ini.
Selamat bertunang Amira.. semoga kebahagian milik Amira dan Farhan, kekal hingga ke jinjang pelamin.


Kek pertunangan tema pink dan purpple
Dalam kek Hazelnut Mascopone
Bersaiz 9 inc tinggi 7 inc
Deco buttercream bunga dan riben
Nama ita tulis dari fondant
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 017 7279179 
Johor Bahru sahaja


Selain tu Amira juga menempah 100 keping kek Devil's Food Choc cake untuk di agih-agihkan kepada saudara-mara yang hadir nanti.
Jutaan terima kasih daripada kak Ita dan segala kekurangan kak Ita mohon maaf banyak-banyak ya..
 


Dc Mcstuffins lagi dan lagi..

$
0
0



Kek Dc Mcstuffin lagi..
Ramai pula yang menyukai karektor kartun doktor yang comel ni. Sampaikan ita dah kekeringan idea untuk mendeco..

Dalili kata kali ni jadik sikit rupa Dc ni.. hehe selalu dia kata tak jadi.. macam-macam komplen anak dara ita sorang ni..

Ok dalam kek rainbow dengan cream cheese frosting untuk layernya
Luarnya ita salut buttercream
Deco pula figurine Dc Mcstuffins bersama hiasan dari fondant
Saiz kek 9 inc
Tinggi kek tidak termasuk patung tu dalam 6 inc kalau campur patung tu dalam 10 inc
Harga kek tidak bergantung pada berat ya, sebab berat setiap kek tak sama. Harga kek ita ikut saiz kek, jenis kek di dalam dan deco hiasan. Setiap kek harganya tak sama, ya sebab ini homemade cake.
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi 017 7279179
Minta maaf banyak-banyak pada yg selalu minta pm harga.. sebab ita sibuk tak sempat nak balas komen. Pada yang benar-benar nak oder sahaja ya call no di atas, sebab ita tak punya banyak masa nak bersembang.. nanti kek tempahan orang tak siap pulak
Ita tidak ada delivery untuk mereka yang berada di luar Johor Bahru harap makhlum.




Clown Cake

$
0
0


Clown Cake
Kek Rainbow dengan cream cheese frosting
Saiz kek 14 inc panjang 9 inc lebar
Deco Buttercream untuk topping
Hiasan fondant dan figurine clown daripada gumpaste 
Tema warna ceria untuk kanak-kanak 4 tahun

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi 017 7279179
Bagi mereka yang tinggal di Johor Bahru sahaja



"Happy Family" anniversary cake

$
0
0


Happy Family 
Kek untuk anniversary 
Dalam kek Rusian Black and White
Deco dengan figurine dan fondant
saiz cake 6 inc

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi 017 7279179
Tiada penghantaran luar Johor Bahru


Tunai umrah dari bumi Sakura

$
0
0


Semalam ita dah keletihan.. tak sempat nak kongsikan kek yang telah ita siapkan. 
Kerja membuat kek bagi sesetengah orang cukup mudah.. tapi hakikatnya adalah cukup payah bila kita diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk mendekorasi kek bersesuaian dengan hajat dan impian.

Ada masa kita bersengkang mata sehari suntuk untuk menyiapkan kek yang dipesan. Kerja yang perlukan seribu satu tumpuan dan perhatian, supaya hasilnya menyenangkan hati penerimanya.

Minggu ni adalah minggu yang cukup meletihkan. Alhamdulillah tempahan yang tidak putus-putus ita terima sejak kebelakangan ini.. Sebenarnya ianya juga satu latihan untuk ita memperbaiki skil ita dalam penyediaan kek. Oleh kerana ita tidak mempunyai asas lansung dalam skil mendekorasi kek.. latihan yang berterusan pada ita adalah praktikal yang terbaik untuk ita mengasah lagi bakat anugerah yang Allah kurniakan.

Ita seronok berada di dalam dunia ita sekarang, bermain dengan tepung, fondant dan gumpaste.. memang mengujakan.. walaupun kadang kala ita cukup letih bila seharian memerah otak untuk mendapatkan hasil kerja yang dapat memuaskan hati ita.


Minggu ini ita diberi kepercayaan sepenuhnya oleh seorang isteri, untuk merialisasikan impian dan hajat sang suami tercinta.
Suami yang berimpian untuk menunaikan umrah dari bumi sakura apabila beliau berhijrah ke sana kelak.
Sejak menerima amanah tersebut.. fikiran dan tumpuan ita sentiasa terarah kepadanya.. apakah dekorasi yang sesuai untuk ita cantingkan di atas kek itu nanti..
Terbayang bunga sakura yang berguguran di bumi matahari terbit itu seakan melayang memori indah yang tak dapat ita lupakan sewaktu  ita menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu.. Kenangan di Baitullah dan di Madinah dengan semerbak harum kasturi  sesekali di bawa sang angin.. cuba ita ilhamkan di dalam koleksi kek ita nanti..

dan inilah hasilnya yang termampu ita laksanakan..
Besar harapan ita agar hasilnya memenuhi impian dan hajat mereka..



Kek Rusian Black and White 
Saiz cake 9 inc bulat
Tema menunaikan Umrah dari bumi Sakura
Deco hiasan dari fondant dan gunpaste
Untuk sebarang pertanyaan dan tenpahan 017 7279179 




Sofea the First Cake

$
0
0



Kek Puteri Sofea untuk adik Alya Batrisyia.  Sedapkan namanya..?
Batrisya bermaksud cerdik dan pintar, dari sudut Islam pula bermaksud kesejahteraan. Semoga adik Alya Batrisyia akan menjadi anak yang cerdik dan pintar dan sentiasa di dalam kesejahteraan di bawah lindungan Allah.



Alhamdulillah.. bila adik Batrisyia sukakan kek yang auntie ita buatkan.. Hilang penat auntie.. Terima kasih juga pada mama Batrisya yang sudi tempah kek kat auntie .. jauh-jauh datang dari Keluang semata-mata nak ambil kek buat Batrisyia

Semoga Batrisya gembira di hari ulang tahun ni.. Membesar menjadi anak yang membawa harapan mama dan ayah ya.. Dengar cakap mama dan ayah.. belajar rajin-rajin ya.. Auntie doakan Bartisyia berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat nanti..


Dalam ni kek rainbow di lapisi cream cheese frosting.
Saiz kek 9 inc bulat
Kek di saluti buttercream sepenuhnya
Deconya pula dari fondant dan gumpaste

Stripe tu ita buat dari fondant. Ada yang tanya macam mana ita buat stripe tu. Tiada alat khas yang digunakan, semuanya menggunakan kaedah manual. Potong dengan pisau blade. Masa nak potong tu pastikan ukurannya sama. Jangan lupa guna pembaris untuk dapatkan ukuran yang sama panjang dan sama lebar.

Macam mana nak lekatkan pada kek yang dilapisi buttercream?
Pastikan kita dah siapkan semua bahan deko tu terlebih awal terutamanya stripe, tali dan riben.
Bila kek kita keluarkan dari peti ais terus lekatkan stripe tu pada kek sewaktu buttercream tu masih mengeras, sebab bila buttercream tu dah mula lembik, kita payah nak dapatkan kek yang kemas.


Happy Chinese New Year 2014

$
0
0













Happy Chinese New Year kepada semua rakan-rakan ita sewaktu ita di bangku sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Nong Chik, kepada rakan berbangsa Cina di Sekolah Men Sultanah Engku Tun Aminah, rakan-rakan yang pernah berkerja bersama ita dahulu..  juga kepada rakan-rakan di FB dan folower ita di blog yang berbangsa Cina, kepada jiran-jiran yang meraikan tahun baru ini dengan ucapan.. jangan main mercun aaaa.... nanti wa tak boleh titooo.. maaaa... hehe







Gunung Jerai mitos.. lagenda.. dan misteri..

$
0
0
Misteri kehilangan 18 pelajar pelajar dari Kolej Universiti Isaniah KUIN, Alor Star, di Puncak Gunung Jerai menjadi tanda tanya..
Kehilangan mereka membuatkan ita terpanggil untuk ke sana.. Wah! dah macam dektitif Konan pulak ita ni kan.. menyiasat dan cuba merungkai suatu misteri.. hihi


Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.


Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Pengalaman ita bermalam di atas Batu Kapal ini cukup mengujakan. Inilah pengalamn yang tidak dapat ita lupakan.. cukup menarik sekali. Tapi ita nasihatkan jika anda nak bermalam di atas Gunung Jerai ni, sebaiknya anda hadir bersama mereka yang telah mahir selok belok gunung ini. Al maklumlah tempat-tempat macam ni.. kita kena sentiasa menjaga adap sopan dan tutur bicara..


Inilah jalan atau trek yang akan kita lalui untuk ke Batu Kapal. Kalau jalan bersaing-saing tu boleh untuk 2 orang. Keadaannya yang sangat sunyi memang membimbangkan terutamanya jika jalan bersendirian..


Inilah tangga untuk naik ke atas Batu Kapal. Bentuk bongkah batu ini yang seakan bentuk hadapan kapal yang membuatkan ianya di namakan Batu Kapal. Tapi sebenarnya bila anda bermalam di atasnya barulah anda tahu kenapa ianya di namakan Batu Kapal..



Inilah bentuk permukaan batu, berpetak-petak. Bukan akar pokok tau! ita pun hairan bagaimana ianya boleh berbentuk petak-petak yang boleh di katakan setiap satu sama besarnya. Subahanallah.. inilah keajiban dan kuasa Allah yang menjadikan alam ini, begitu indah untuk di terokai.. Bongkah batu ini pula bila kita ketuk dengan kayu, ada kawasan yang kita boleh dengar bunyinya seakan rompong atau kosong dan ada yang bunyinya padat.


Sebenarnya di sini ada di sediakan wakaf untuk bersembahyang dan berteduh. Tapi masa ita datang wakaf ini dah ada penghuni, jadi kami terpaksa mendirikan khemah di atas Batu Kapal. Kat sini tak ada bekalan air, jadi agak sukar nak ambil air sembahyang. Kita kena angkut air dari jeram berdekatan, kalau jeram kering.. kena turun ke Telaga Tok Sheikh untuk dapatkan bekalan air. 
Di sini juga tidak di sediakan kemudahan tandas atau bilik air. Memang satu cabaran.. pulak asyik nak terkucil aje memandangkan suhu di atas gunung yang sangat sejuk.



Kami mendirikan khemah dan bermalam di atas Batu Kapal. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bila malam berlabuh, kami hanya di temani bunyi cengkerik dan sesekali angin bertiup. Suhu pada waktu itu antara 12C hingga 16C memang sangat sejuk hingga terasa ke dalam tulang sum-sum.. sejuk gilerrr.. terutamanya bila hampir subuh.. bertambah sejuk kerana keadaan persekitaran yang sunyi sepi..

Malam tu memang ita tak dapat melelapkan mata.. Lamanya nak tunggu fajar menyising.. Bila semakin malam angin semakin kuat berhembus.. Bunyi angin yang kuat,  pokok-pokok dan dedaun yang bergeser seakan ita berasa seolah ita berada di atas sebuah kapal yang sedang berlayar di lautan lepas..  di lambung ombak dan badai.. Subahanallah.. sungguh besar keagungan Mu..
Dalili dah lama terlena.. dibuai mimpi indah.. teruja sungguh anak dara ita ni.. tak takut lasung ita melihat riak diwajahnya..








Dari Batu Kapal kita boleh ke Gua Naga dan Kolam Bunian. Tapi kami dinasihatkan supaya tidak kesana kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Dalili sibuk bertanyakan macam mana rupa orang bunian.. teruja sungguh dia.. Ita dah tahu pasti dia dah bayangkan orang-orang kerdil atau cerita Smurf yang selalu di tonton di kaca TV. Semakin melonjak-lonjak dia nak kesana..


Inilah denai atau laluan untuk ke Kolam Bunian dan Gua Naga. Cukup ya Dalili sampai kat sini aje..


Tak dapat ke Gua Naga dapat bergambar dengan batu yang berbentuk kepala naga ni pun dah cukup mengembirakan hati anak dara ita ni..


Ini lah bentuk Gua Naga yang sempat ita rakamkan dari Batu Kapal. Ini bahagian atasnya, tak dapat nak tengok pintu masuk ke gua. Katanya di gua ni ada air terjun yang cantik!

Flora dan fauna di sini juga cantik dan mendamaikan. Seronok sekali dalili bila dapat lihat Lotong dan pokok periuk kera yang tumbuh meliar.







Bila bumi semakin terang semakin ramai yang datang.. Mereka datang dengan pelbagai tujuan masing - masing..



Dari batu Kapal ita bergerak turun ke Telaga Tok Sheikh. Pada mulanya ita nak ke Padang Tok Sheikh, tapi terpaksa batalkan hasrat kerana kereta tak boleh naik memandangkan jalannya yang terlalu sempit dan curam. Kenderan pula banyak keluar masuk, dan berselisih. Jalan yang sempit dan cerun yang curam,  membuatkan kami merasa tidak selamat untuk menaiki kenderaan kesana. Untuk berjalan kaki pula terasa amat jauh perjalanannya.. akhirnya kami terpaksa akur dan membatalkan hasrat kesana...

Kami turun ke Telaga Tok Sheikh


Selain Batu Kapal, terdapat banyak kesan sejarah di Gunung Jerai, antaranya Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh orang yang dikatakan bertanggung jawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136.

Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.

 
Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).


Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah SWT berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.


 
Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.

Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.


 
Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah masjid dan menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.



Di katakan juga sebelum  sempat pembinan masjid dan menara itu di sempurnakan, Sheikh Abdullah telah meninggal dunia. Beliau dikatakan di semadikan di atas gunung jerai. Tapi hingga kini pusaranya masih menjadi tanda tanya samaada terletak di Padang Tok Sheikh atau di Telaga Tok Sheikh.


Inilah Telaga Tok Sheikh yang telah di bina semula. Telaga ini di katakan tidak pernah kering airnya walaupun bila tiba musim kemarau. Airnya yang dingin dan jernih membuatkan ramai pengunjung yang tidak mau melepaskan peluang merasa kesegaran airnya. Ada yang mengambil peluang untuk mengambil wuduk, mencuci muka dan tidak kurang juga yang mandi manda di sini.

Pada malam hari kolam ini di jaga oleh 2 ekor katak yang berwarna hijau. Ita sempat melihat  kedua-dua ekor katak tersebut yang seakan bertukar shift pula. Lepas Maghrib katak yang sedikit kecil dan bila subuh menjelang muncul pula katak yang sedikit besar saiznya.

Tapi ada pula yang kata tak pernah melihat katak tersebut..


Di sini pula di katakan terdapat sepasang kura-kura. Seakor jantan dan seakor betina. Tapi ita tak nampak pula kelibat kedua-dua ekor kura-kura tersebut sepanjang ita berada di sana.



Sewaktu kami turun ramai pengunjung yang telahpun mendirikan khemah masing-masing untuk bermalam di situ.  Ramai sungguh pengunjung pada hari itu kerana cuti Tahun Baru China.


Ita sangkakan suhu di Batu Kapal itu sudah terlalu sejuk, rupanya ita silap... Di Telaga Tok Sheikh lagi lah sejuknya... hingga terasa ianya tembus hingga ke tulang hitam.. Sejuk weiiii...
lagi sejuk bila menjelang subuh.. adoiii... berketar-ketar gigi belaga.. 

Seperti Batu Kapal, di sini juga tiada disediakan tandas. Yang ada cuma bilik salin pakaian. Menurut kata orang yang ita bertanya di situ, kemudahan tandas memang tidak disediakan untuk menjaga kesucian dan kebersihan tempat tersebut.

Selepas memasang khemah ita pun meronda-ronda kawasan persekitaraan sambil merakamkan gambar sebagai kenangan.






Di sini juga terdapat kebun sayur dan cendawan organik.






Terdapat juga sebuah bangunan usang yang dikatakan peninggalan tentera Jepun semasa perang dua ke 2. Tapi ada pula yang menyatakan ianya  bekas rumah genarator milik Askar Melayu Diraja Malaysia.


Tidak lengkap kunjungan jika tidak singgah dan bermalam di Regency Hill Resort. Sebuat pusat peranginan yang menjadi tarikan utama pengunjung ke Gunung Jerai.Dari sini kita boleh merakamkan pemandangan sawah padi yang menguning dan laut yang terbentang luas. Sunguh indah sekali panorama dari puncak gunung ini.


Ya Allah geram sungguh bila ita melihatkan bunga Hydrenga yang berkembang mekar.. Cantik sungguh keindahan yang Allah ciptakan.. Alhamdulillah ita masih diberikan kesempatan untuk melihat kecantikkannya.. di samping menyedut udara yang cukup segar dan nyaman..







 Jom kita intai-intai pula persekitaran resort ni.. 














Selain daripada tempat-tempat sejarah dan misteri ini terdapat lagi beberapa tempat menarik dan menjadi tanda tanya. Antaranya tangga Kenari yang di katakan mempunyai sebanyak 1001 anak tangga, Gua Rukuk atau juga di kenali sebagai Gua Gajah. Gua Naga dan Air Terjun Gua Naga, Kolam Bunian. Selain tempat misteri ini terdapat juga beberapa tempat yang dijadikan kawasan rekreasi yang menarik untuk dikunjungi, antaranya Muzium Perhutanan, tempat peranginan Regency Resort dan beberapa air terjun iaitu, Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi dan Air Terjun Batu Hampar.


Inilah tangga Kenari yang dikatakan mempunyai 1001 anak tangga.  Di katakan juga 18 orang pelajar yang hilang itu mendaki Gunung Jerai melalui tangga Kenari ini. Bila kita daki Tangga Kenari yang bermula dari Titi Hayun ini ianya akan berakhir di Telaga Tok Sheikh. Dikatakan pelajar-pelar itu yang mendaki pada pukul 10 pagi tidak muncul-muncul sehingga menjelang Maghrib. Mereka dikatakan  telah di hilangkan penglihatan dan tidak nampak antara satu sama lain. Itulah sebabnya ita katakan kita perlu ditemani orang yang mahir selok belok Gunung Jerai ni bila kita nak mendakinya.
Jangan lupa juga sentiasa dimulai dengan lafaz Bismillah.. menjaga tingkah laku, tutur bicara dan yang paling utama niat kita haruslah ikhlas kerana Allah SWT.


Setelah beberapa malam berada di atas Gunung Jerai, akhirnya kami turun ke bawah. Kami pergi meronda-ronda pula menziarahi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Gunung Jerai. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang belum dapat ita terokai di sini, memandangkan masa ita yang cukup terbatas. Insyaallah jika ada kesempatan lagi ita akan kesini lagi, bagi menerokai lagi khazanah bumi Malaysia yang penuh misteri dan lagenda.


Inilah Air Terjun Seri Perigi. Air terjun ni sangat tinggi dan curam. Masa ita datang ke sini air terjun ni kering, tiada air. Dikatakan bila tiba musim menuai padi memang kebanyakkan air terjun di sini akan kontang atau kering. Kalau ada air ita rasa pasti pemandangannya akan lebih cantik dan indah lagi..


Inilah pemandangan kolamnya yang tidak mengalir airnya. Kami dinasihati supaya tidak turun bermain air kerana dibimbangi pencemaran kencing tikus, memandangkan keadaan air yang tidak mengalir dan bertakung.


Ini pula Air Terjun Titi Hayun. Kenapa di namakan air tejun Titi Hayun kerana jambatan atau titi  yang terdapat di air terjun ini yang berayun-ayun apabila kita berjalan di atasnya.


Memang betul... titi ni sentiasa berayun walaupun seorang sahaja yang berjalan ia tetap berbuai-buai..


Ini pula keadaan air terjunnya. Sama juga seperti air terjun yang lain.. air terjun ini turut kontang bila musim kemarau. Tapi bila musim tengkujuh jangan cuba-cuba bermandi manda di sini, kerana terdapat tanda amaran yang menyatakan berwaspada kerana kelajuan air yang tidak disangka-sangka..
Walaupun masa ita bertandang ke sini airnya kontang, namun begitu masih ramai lagi pengunjung yang membawa anak-anak mereka berkelah dan mandi manda di sini.


Tidak lengkap kedatangan ke Sungai Petani jika tidak merasa atau menikmati makan tradisi disini. Sempat juga pekena Laksa Kedah, Me Sup Kedah dan Pesembor, memang kaw! kaw dan terangkat! Makanan di Kedah ini tidak kurang juga sedapnya. Ita asyik dok beli pisang goreng crispy yang adoiii... sedapnya.. sangat rangup, dan sedap lah! Harga makanan di sini juga tidak mahal.. sangat berpatutan dan rasanya pun sedap-sedap tau!



Jeruk dan bahan-bahan kering antara buah tangan yang sering menjadi keutamaan untuk para pengunjung dapatkan sebelum meninggalkan bumi Kedah yang bertuah ini.

Selepas kita ke gunung dan lembah, kali ni ita nak bawa anda semua bersama ita kita ronda-ronda di laut dan pulau pula..


Kami menaiki Jeti di Tanjung Dawai untuk melihat keindahan Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Sayak di sekitar dan juga ke Pantai Merdeka.



Ini adalah kelong pemiliharaan ikan di bawah pengawasan Kementerian Perikanan Kedah. Antara ikan yang di ternak di sini ialah ikan siakap , ikan kerapu, ikan merah dan lain-lain lagi. Sepanjang pantai pula terdapat pukat ternak kerang. Kerang dan Tanjung Dawai memang tidak boleh di pisahkan. Tidak lengkap rasanya pencarian kita jika tidak menjamah kerang rebus dan kerang bakar yang cukup power.. sampai kerumah masih terbayang dan terasa lagi keenakkannya.




Di Pantai Merdeka ini kita masih lagi dapat melihat kubu peninggalan tentera Jepun semasa perang dunia dahulu. Ramai pengunjung pula mengambil kesempatan untuk melepaskan joran bagi mengisi masa sengang mereka.


Inilah Pantai Merdeka. Gambar ini ita rakamkan ketika ita berada di atas bot. Di Pantai Merdeka ini juga kita boleh lihat 2 buah gua yang ita tak berapa pasti akan namanya.


Ke gunung suadah.. ke lembah sudah.. ke laut pun sudah.. sekarang kita naik semula ke darat untuk melawat pula jelapang padi. Pada masa ita pergi ni adalah musim menuai. Cuaca yang panas terik buatkan banyak kawasan sawah padi yang telah di tuai di bakar.







Sebelum berangkat pulang kami sempat singgah di Arkeologi Lembah Bujang. Dapatlah anak-anak ita melihat sendiri kesan peninggalan sejarah dan khazanah perut bumi yang di pamerkan di sana. Kalau tak asyik lihat dalam buku teks sekolah aje kan.. kini semua candi di himpunkan dan di kumpulkan di sini.















Pencarian kami berakhir disini. Ya Allah betapa banyak ilmu yang ita perolehi sepanjang perjalanan kali ini. Bukan sahaja ilmu, malahan pengalam yang cukup berharga yang ita kutip. Banyak misteri yang tersingkap.. kesan sejarah, lagenda dan mitos yang terungkai. Pasti ianya menjadi memori indah untuk dikenang sepanjang perjalan dalam kehidupan. Ianya banyak mengajar ita tentang alam.. kehidupan anugerah ilahi yang tak ternilai dan kesan kerohanian dalam diri..

Insyaallah semoga banyak lagi ilmu yang dapat ita kutip di pencarian ita yang lain pula..
Kenali diri selami peribadi..
Assalamualaikum..









Gift Box Cake

$
0
0

Assalamualaikum..
Bertemu kita semula..
Lama dah tak buat kek.. Bila dah mula bercuti ni.. dah mula lah liat bila nak start engin balik..
Ok ni tempahan pertama setelah ita pulang bercuti.
Dengan semangat baru.. ilham baru.. hihi yo yo aa.. aje..


Ok, kita intai kek pertama ita untuk bulan Febuari ni.
Kek ni tempahan untuk majlis Aqikah
Dalam kek Chocolate Moist
Luar nya di saluti fondant ( full fondant)
Tema kali ni 'gift box'
Warna pilihan pula coklat, krim dan pearl.
Cantik pulak ita lihat kombinasi warna ni.. pulak ita memang pengemar warna coklat. Pandai tuan punya badan mengilhamkan warna tema yang nampak sangat lembut dan eksklusif.


Saiz kek 9 inc. Bila dah salut fondant tu saiznya hampir 10 inc lah kot
Hiasan dengan riben bunga yang ita buat menggunakan gumpaste
Stripe juga dari fondant. Cara membuat stripe macam yang ita pernah terangkan, canai nipis, ukur ikut saiz yang kita kehendaki, potong dengan pisau blade dan tampal pada fondant dengan menggunakan gum khas atau air pun boleh.


Terima kasih pada yang sudi menempah dengan ita. Segala kelemahan dan kekurangan minta halal dunia akhirat ya..


Miniature Cake

$
0
0

Maniature Cake, kek mini untuk hantaran
Bersaiz bulat selinder dengan ketinggian 9 cm
Diameter cake berukuran 9 cm juga
Dalam adalah kek red velvet yang di lapisi buttercream
Luar pula di saluti fondant
Kek di hiasai bunga-bunga kecil dari gumpaste
Tema kali ini bunga-bunga dengan pilihan warna peach.


Ini adalah kek mini pertama yang ita sediakan. Nampak mudah tapi sebenarnya lebih sukar berbanding menyediakan kek biasa.
Mungkin saiznya yang membuatkan ia menjadi sedikit rumit untuk di sediakan.
Kesukaraannya adalah untuk mendapatkan permukaan kek yang licin bila di salut fondant.
Oleh itu ita terpaksa salut fondant dengan agak tebal supaya ia nampak licin dan tidak berleku-lekuk.


Kek untuk gubahan hantaran.
Satu dulang bersaiz 10 inc dapat memuatkan 5 biji kek mini ini.
Maaf dulang hantaran tidak di sediakan sekali ya.. itu adalah milik tuan punya yang meminta ita letakkan terus kek di dalam dulang yang telah di hiasi bunga.


Sekalung ucapan terima kasih ita ucapkan atas kesudian menempah dan atas kepercayaan yang idak berbelah bagi. Segala kekurangan dan kelemahan di dalam menghasilkannya adalah atas kelemahan dan kealpaan diri ini. Setiap kebaikkan adalah dari Allah SWT jua..
Selamat bertunang.. semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin..

Assalamualaikum..





Kek Fly Emirates untuk hari bahagia

$
0
0


Assalamualaikum

Kek tempahan untuk hari ini. Two tier cake untuk majlis perkhawinan. Sebenarnya hati ita cukup beder-debar nak menyiapkan kek ni. Banyak benda yang ita fikirkan. Pertamanya tentang warna tema yang di berikan iaitu Emarald Green. Agak payah nak dapatkan warna ini di pasaran. Tidak ada warna ini di jual khusus. Oleh itu ita cuba dapatkan warna dari google dan bancuh sehampir boleh dengan warna tema.
Untuk bancuhan warna Emarald Green ita campurkan Leaf green ( ameri colour) Forest green ( ameri colour) Moss green ( wilton) yang ni sikit aje tau..


Kedua tang nak menyiapkan kapal terbang Emirate. Untuk mendapatkan kapal terbang yang hampir sama ita google lagi supaya kapal terbang tu walapun tidak sama tapi cukup lah kalau ada iras-iras pun kan.. hihi yang penting warna dan simbol.


Ketiganya ita perlu membuat 2 figurine. Satu Fly Emirate punya pramugari. Dengan pakaiannya yang pada ita cukup sukar. Terutamanya pada topi dan tudungnya. Kemudian nak buat pula seorang anggota polis dengan pakaian yang lengkap. Mujur tuan punya kek kirimkan gambar untuk ita jadikan rujukan. ^_^


Bila kek dah siap ita dok terfikir pula macam mana lah nak di bawa pulang oleh tuannya. Kek ini pula akan di bawa ke Batu Pahat. Perjalanan yang agak jauh dan mengambil masa hampir 1 jam setengah perjalanan. Aduyaiii.. kecut perut nak fikirkan.. Takut patung tu tertanggal macam manalah nak mengayakannya pulak nanti..


Kek yang agak berat. Sebenarnya tuannya nak kek Rusian Black and White yang di salut fondant. Ita dah bagi tau awal kek tu tak boleh salut fondant. Tapi beliau nak juga kek yang sama. Oleh itu ita tak buat ala-ala Rusian black and White sebaliknya ita layerkan selapis-selapis. Jangan tidak kan.. kesian pulak kat pengantin yang berharap sangat dapat menikmati kek Rusian Black and white untuk hari bahagiannya nanti. Tu lah yang amat merisaukan ita. Takut kek akan terpenyek kerana kek choc moist yang agak padat dan berat.


Ita harap semuanya berjalan dengan baik. Semoga Allah merahmatinya dan semuanya sampai ke destinasi dengan selamat dan sempurna.
Terima kasih kepada tuan punya badan yang sudi tempah kek dengan akak. Walaupun jauh berbatu.. Kesian pulak rasanya. Kalau ita tak ada tempahan esok mahu sahaja ita hantarkan terus ke rumah pengantin ni..













Minions Cup Cake

$
0
0

uk.. olohh.. banyaknya minion...
Tempahan sebelum Tahun Baru Cina dan sebelum ita bercuti. Tak sempat nak masukkan sebelum ni. Sibuknya lah.. ita sampai kadang kala tak sempat nak mengadap blog ni lama-lama.
Sebenarnya banyak lagi koleksi kek yang ita dah buat belum sempat ita abadikan di galery Masam Manis ni. Yang tahun lepas punya pun banyak lagi yang tak di muatkan..
Insyaallah pelan-pelan kita masukkan... Ita kena simpan semua gambar kek yang ita buat sebagai satu kenangan terindah untuk ita kenang..


Ok beralih kita pada cup cake minion ni. Ini adalah tempahan dari orang KL. Waa... jauhnya lah.. tempah hingga ke selatan tanah air.
Terima kasih kerana sudi tempah kek dengan akak. Maaf ya kalau ada kekurangan.. dan kelemahan. Minta halal semuanya.. ya...


Sebelum ni adiknya tempah kek daripada ita. Ingat lagi  tak cup cake yang ada skru driver, tukul besi, playar dan lain-lain lagi tu..
Bila kakaknya nampak dia berkenan lah pulak.. dan minta adiknya tempahkan untuk birthday anaknya.. Kakaknya tinggal di KL dan adiknya di JB. Kerana adiknya nak ke Kuala Lumpur jadi beliau ambil kesempatan untuk oder kek dari ita. Terima kasih ya..


Sebenarnya dia nak kek ni pada Tahun Baru Cina, tapi ita dah plan nak bercuti dan ita tak menerima tempahan pada tarikh itu.. Kerana mungkin tidak mahu menghampakan harapan kakaknya dan anak saudaranya, dia minta ita buatkan sebelum ita bertolak. Jadi kek ni ita buat awal lah.. Kerana kek ni ita kena buat awal, ita tak letaklah cream cheese sebab takut tak tahan lama. Ita hanya salut dengan coklat ganache dan hiasan dengan deco minion yang menjadi pilihan.


Semuanya ada 36 biji. uiii... nasib baik 36 biji aje kalau tak adoiii... ada tergeliat tulang pinggang ita nak menyiapkan minion ni. Nampak aje mudah kan.. ? tapi adoii.. banyak benda yang kecil-kecil yang perlu di teliti. Kena buat satu-satu macam mata, cermin matanya.. gigi dan juga rambut.. boleh pengsannn..


Terima kasih atas tempahan. Semoga semuanya berpuas hati terutamanya pada adik kita yang menyambut ulang tahun ni. 
Happy Belated Birthday!









Viewing all 808 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>