Quantcast
Channel: masam manis
Viewing all articles
Browse latest Browse all 808

SKY BLUE OMBRE CAKE

$
0
0
Assalamualaikum..
Salam bersiaran kepada semua rakan-rakan yang ita kasihi sekalian..
Lama tak bersiaran, bila nak mulakan kembali terasa lemah dan longlai pula tangan ni nak mengetuk papan kekunci ni..
Entahlah kenapa.. berat benar nak mulakan semuala bila dah lama tertunggak..
Bila kata busy karang.. ada pula.. yang kata mengalahkan YB yang sibuk berkempen pulak.. entahlah.. kadang kala kata-kata sindiran, tomahan buatkan hati ni tercuit rasa juga Biasalah alam siber.. manusia boleh berkata apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.. Bukan dia kenal kita pun.. mungkin itulah bisikan syaitan yang sering mengasut..

Mungkin dari sudut lain pula ada yang berkata.. biarlah apa orang nak kata.. dia bukan kita dan kita juga bukan dia..
Inilah yang dikatakan asam garam dalam kehidupan.. tak pernah bersyukur apa yang ada padanya dan sering mencemburui kelebihan orang lain..
Sentiasa bersangka baik, dan sama-sama mendoakan semoga mereka diberikan kesedaran dan keinsafan.. kita juga haruslah sentiasa memuhasabah diri supaya tidak sama-sama terikut-ikut pujuk rayu syaitan yang telah bersumpah untuk menghasut dan menyesatakan semua anak adam..

Maaf ya.. mungkin ita teremosi sedikit.. biasalah.. nama pun manusia, hamba Allah yang lemah ini mempunyai hati dan perasaan juga.. bila usia dah meniti senja.. hati terlalu rapuh untuk bertahan.. dah tak sekuat tembok batu dan tak sepejal batu kelikir.. hanya padaNya ita memohon.. biarlah hati ini sentiasa ceria.. bagai burung yang terbang riang bila fajar menyising.. bagai bunga-bunga yang kembang bila di sinari sang mentari pagi.. bagai laut biru yang tenang dan mendamaikan..


N3 yang dah lama tertunggak..
Walaupun ada yang dah mula mengaum-ngaum di luar sana.. bila ni nak masukkan resepi dan step by step..
Maaf sekali lagi yang dapat ita pohonkan.. pertama kerana terlewat menunaikan janji.. kedua kerana ita tak sempat nak buat step by step kaedah penyediaan kek ini. Ita buat sekadar suka-suka.. Ini adalah satu hobi yang cukup menenangkan.. Terus terang ita bukanlah pandai sangat.. nak buat bunga ni pun dah lama berangan-angan.. hanya mengintai dari jauh bila rakan-rakan membuat kek yang penuh dengan  mawar yang kembang mekar.

Nak tunjukkan step buat mawar.. rasanya ita masih belum layak.. banyak lagi kelemahan yang perlu ita perbaiki.. sepatah kata Johan Raja Lawak.. sikit kembang .. sikit kuncup.. Ita hanya membuat rujukan di internet selain dari panduan buku masakan.


Apa yang menarik bila ita diberitahu, ramai yang tertarik dengan kek ini.. hingga ianya di sharekan di web page mereka https://www.facebook.com/faircakelondon
alhamdulillah syukur..

Sebenarnya ini bukanlah kek pertama yang menarik minat orang luar, kek Checkered Rainbow kek ita juga sering di tag, di sharekan di blog dan di repin oleh bloger-bloger luar. Sebenarnya inilah yang sering buatkan ita teruja untuk mencuba membuat sesuatu yang lebih baik, selain mencabar kebolehan diri ita sendiri. Walaupun ita tidak dapat mengharumkan nama negara dalam bidang-bidang yang boleh di banggakan.. namun bila melihat mereka kagum dengan kebolehan kita rakyat Malaysia.. ita terasa bangga menjadi anak Malaysia..

Bila membaca setiap komen dari mereka, ianya menyuntik semangat buat ita dan inilah yang sering menguatkan semangat ita untuk meneruskan blog kesayangan ita ini.


Kita berbalik kepada kek Sky Blue Ombre ita ni, Cara membuatnya tak lah susah sangat mungkin agak sukar untuk membuat bunga bagi ita yang terlalu amatur dan baru berjinak-jinak untuk melentikkan jari jemari ni..
Bagi yang dah mahir kejam mata pun dah boleh menyiapkan berkuntum-kuntum ya kan? ^__^


Ramai yang muskil bagaimana corak itu terhasil.
Mudah aje, ita akan terangkan bagaimana ita bentukkan corak tersebut dan apa acuan yang diperlukan untuk membuatnya. tak perlu step by step lah kan.. rasanya semua pun boleh buat jika ada peralatan yang ita terangkan nanti.



Kita perlukan 1 loyang bulat ukuran 8 inc untuk dasar kek.
Loyang selinder kecil berdiameter 2 inc atau 2 1/2 inc
Loyang bentuk segi empat tepat ukuran 3 X 10 inc

Loyang bulat  letakkan adunan asal nipis sahaja untuk dasar kek
Loyang tengah tu terpulang nak letak warna asal atau warna-warna lain yang disukai
Loyang segi empat tepat pula untuk tone warna.
Untuk lapisan dalam tu mungkin 1 loyang sahaja diperlukan tapi semakin ke luar lilitan kek kita perlukan 2 loyang.
Bila lilit tu pasti ada lebihan, dan potong setiap lebihan kemas dan bercantum rapat.
jangan lupa sapukan krim untuk lekatkan antara satu sama lain.
Mudah aje kan?
Sekarang kikta intai pula resepinya



RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010


Rujukan : Zuraini Alias
Rujukan : Checkered Cake

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc

Loyang segi empat tepat dan selinder
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan
mengikut warna dan saiz loyang yang digunakan
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
kalau loyang muat 2 atau tiga boleh masukkan sekali, tapi bagi loyang selinder yang sedikit tinggi kena bakar berasingan sebab dia lambat sikit masak, loyangnya tinggi.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap


BUTTERCREAM
Oleh : Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2013


300 gm mentega tanpa garam
200 gm gula icing ~ diayak
1 sudu teh esen vanilla


Pukul krim semua bahan hingga kembang dan gebu
Jika adunan agak lembik tambahkan sedikit mentega dan gula icing hingga mencapai piawaian yg di perlukan


Boleh juga guna apa-apa krim lain yang anda sukai
Deco kek anda mengikut kreativiti masing-masing

Kaedah Penyediaan

Letakkan sekeping kek ukuran 8 inc yang dipotong nipis atas lapik kek
Sapukan krim atasnya
Letakkan kek selinder ditengah
Sapukan krim pada kek segiempat tepat nipis ~ kek ni perlu di kemaskan terlebih dahulu di setiap tepi kek supaya sama dan kemas bila disusun
Letakkan lilitan warna pertama
Tekan kemas rapat ke kek selinder, potong lebihan kemas dan sapukan krim pada bahagian cantuman
Kemudian buat lapisan seterusnya hingga habis
Potong atas kek rata supaya nampak kemas.
Sapukan krim pada keseluruhan kek
Simpan dalam peti ais supaya krim keras
Boleh deco ikut kesesuaian

Untuk lapisan biru luar tu, ita warnakan sedikit krim mengikut tone
Lepastu ratakan pada kek dengan berus kek



Selamat Mencuba





Viewing all articles
Browse latest Browse all 808


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>